
PERODUA mengesyorkan pemilik Perodua Axia (2023) serba baharu supaya mengambil empat langkah pemanduan berhemah untuk membantu menjaga prestasi trenkuasa dan kecekapan penggunaan bahan api model segmen-A itu.
Ini kerana unit enjin mana-mana kereta baharu berisiko berlaku kadar geseran dalaman tinggi pada awal penggunaan disebabkan semua komponen mula bergerak. Pergerakan komponen akan menyebabkan berlaku geseran.
BACA >>> #Perbandingan: Beza Luaran Perodua Axia X (2023) vs Axia GXtra (2019)
BACA >>> #Perbandingan: Beza Luaran Perodua Axia X vs Perodua Axia AV (2023)

Kadar geseran antara komponen dalam enjin akan berkurangan selepas 1,000km. Berikut empat saranan Perodua kepada pembeli Axia (2023).
- Jangan memandu pada kelajuan lebih 90kmj jika odometer belum mencapai jarak 1,000km.
- Jangan memandu dalam tempoh lama dengan mengekalkan halaju tertentu secara konsisten, sama ada laju atau perlahan.
- Jangan tekan pedal minyak rapat ke lantai ketika baru memulakan pemanduan (terotel penuh).
- Elakkan membrek mengejut untuk jarak 300km pertama kecuali berlaku situasi kecemasan.
BACA >>> Pelanggan Tempah Perodua Myvi Ubah Fikiran Pilih Beli Axia (2023)
BACA >>> #Perbandingan: Perodua Axia AV (2023) vs Axia AV (2019), Mana Lagi Ngam?
BACA >>> Tiada Lagi 4-EAT, Perodua Axia (2023) Guna Transmisi D-CVT, Apa yang Bagus?
BACA >>> Ada 220k Tempahan Tunggak, Pembeli Belum Dapat Axia Lama Digalak Tukar Perodua Axia (2023)


2 Comments
ada pantang larang juga yaaa
Saya dah tempah awal tapi sampai skg tiada berita..Mmg saya minat dgn Axia baru AV reka bentuk yg menarik,ruang dlm agak luas.