• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Autotainment / #TahukahAnda: Nak Menunggang Jauh? Apa yang Boleh, Tak Boleh Minum?

#TahukahAnda: Nak Menunggang Jauh? Apa yang Boleh, Tak Boleh Minum?

October 14, 2020 By Wahid Leave a Comment

999
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


MEMANG sudah jadi budaya popular penunggang motosikal Malaysia untuk berkonvoi atau mengembara (touring) ke tempat jauh.

Aktiviti  konvoi memerlukan tenaga dan konsentrasi supaya tidak leka dan mengantuk ketika menunggang. Malangnya, antara situasi yang kita harus tempuh ialah dehidrasi, iaitu kehilangan cecair dalam badan akibat kesan cuaca tropika negara tercinta ini.

Apaila mengalami dehidrasi, kita akan rasa mengantuk, hilang tumpuan dan sakit kepala. Lagi teruk, kita mungkin tidak sedar dengan kesan dihidrasi kerana ia berlaku perlahan. Jadi, kita meman kena banyak minum sepanjang perjalanan. Namun, minuman itu pula ada jenisnya, bukan main teguk saja.

BACA >>> Konvoi YSuku Kena Reman, Tak Sempat Pekena Ikan Patin

YANG PATUT DIJAUHI

1. Minuman Beralkohol
rider-mabuk
Alcoholic drinks

Semua tahu, orang Islam tidak boleh minum arak. Tetapi wajib dihuraikan di sini juga mengenai kesan mengambil minuman alkohol.

Minuman beralkohol bukan saja membuatkan kita mabuk, tetapi juga akan menarik keluar air (diuretik) dari dalam badan. Pembuat arak akan cakap, minum sekian-sekian arak itu boleh menyegarkan badan, tetapi itu kalau duduk relaks tidak ke mana-mana.

Malah, anda tidak sepatutnya membawa kenderaan jika mengambil minuman keras. Tersilap langkah, nyawa sendiri atau orang lain yang tidak bersalah melayang.

2. Minuman Tenaga
monster-energy-drink
Energy drinks

Minuman tenaga seperti Livita, Monster Energy, Red Bull dan lain-lain mengandungi kandungan gula dan kafein disintesis, iaitu dibuat dalam makmal dan bukan daripada sumber semulajadi.

Kafein misalnya akan menarik keluar air dari badan, seperti juga kandungan gula tinggi. Jadi, sesetengah orang akan rasa selalu hendak buang air kecil selepas minum air tenaga. Tidak salah hendak minum satu atau dua tin jika rasa mengantuk, tetapi jangan jadikan ia seagai pengganti air minuman biasa.

Kita juga kena minum banyak air selepas itu. Janganlah minum dari Kuala Lumpur sampai ke Hatyai atau Phuket. Memang boleh kena penyakit (penulis pun dah pernah hadap).

3. Minuman Ringan
minuman-ringan-soft-drink
Soft drinks

Minuman ringan, sama ada bergas atau tidak, sering diiklankan sebagai minuman menyegarkan. Bbrrr... sini, bbrrr... sana. Tetapi ia juga mengandungi gula diproses daripada jagung yang dipanggil 'sirap fruktosa tinggi' (high fructose corn syrup - HFCA).

HFCA digunakan meluas untuk memaniskan minuman dengan tahap kemanisan tinggi berbanding gula natural yang diproses daripada tebu atau buah-buahan. Ini menjadikan HFCA menjadi pilihan pemuat minuman kerana lebih menijmatkan kos pembuatan.

HFCA dituduh sebagai bahan yang menyebabkan peningkatan berat badan dan penyakit kencing manis dalam beberapa dekad ini.

Selain itu, pemanis mencegah badan daripada berhidrat. Oleh itu badan kita lebih terhidrat (hilang air) kerana minuman ringan juga mengandungi kafein. Sama macam minuman tenaga, cukuplah minum 1-2 tin, selebihnya minum saja air biasa.

4. Kopi atau Teh (terutama Teh Tarik)
teh-tarik
Teh tarik

Kami tahu, sebagai orang Malaysia, kita meman suka minuman manis, khususnya teh tarik. Peminat kopi juga suka manis. Tetapi seperti yang kita huraikan di atas, terlalu banyak gula mencegah badan kita menyerap air dan kafein ialah bahan diuretik.

Seagai makluman, kafein sebenarnya tidak menghilangkan mengantuk atau lesu. Sebaliknya, bahan itu menahan molekul adenosin (adenosine) daripada bergabung dengan reseptor saraf dalam otak. Inilah yang membuatkan kita tidak rasa mengantuk.

Namun, kesan ini hanya akan bertahan sementara, bergantung ketahanan kepada kafein pada setiap individu.

5. Smoothie/Milkshake/Ice Blend/Bubble Tea
ice-blended
Assortment of milky bubble teas with fruit
milkshake
smoothie-berry

Susu kocak (milkshake) dan smoothie memang sedap, apatah lagi jika diminum sejuk. Milkshake dibuat dengan mencampurkan aiskrim dalam minuman, manakala smoothie mencampurkan aiskrim dan jus buah. Ais kisar (ice blend) pula menggunakan minuman yang dikisar bersama ais.

Jenis minuman ini mempunyai kandungan gula tinggi. Jadi, kalau hendak minum, jangan banyak. Mengenai teh bubble, minuman ini memang mengandungi kandungan gula tinggi, tetapi kita sebenarnya boleh minta jurujual kurangkan sirap gula. Soalannya, sedap ke kalau tak manis?

PATUT DIMINUM

1. Air Mineral/Minuman
Drinking water
rider-minum

Air minuman ialah jenis minuman terbaik untuk mengelakkan masalah dehidrasi kerana dapat menggantikan semula bendalir dalam badan yang hilang menerusi perpeluhan. Ia juga menolong menyingkirkan bahan toksin dalam badan.

Kita boleh campurkan glukosa dalam air jika perlukan tenaga. Penulis juga tidak lupa membawa pek hidrasi (sila rujuk di bawah) yang mengandungi air yang dicampur dengan glukosa jika buat aktiviti touring. Ia memang berkesan untuk hilangkan rasa mengantuk, lesu dan dehidrasi.

2. Minuman Isotonik
100 Plus
minuman-isotonik

Minuman isotonik seperti 100 Plus, Gatorade dan sebagainya menggantikan elektrolit yang hilang dalam badan ketika berpeluh. Elektrolit ialah sejenis air garam yang membolehkan sel-sel bdalam badan berfungsi. Sebab itu sudah menjadi tradisi untuk kita minum air garam selepas makan durian ataupun pada hari yang terlalu pans. Tetapi ingat, jangan ambil minuman isotonik terlalu banyak. Jangan gunakan minuman isotonik bagi menggantikan air biasa.

3. Air Kelapa
Coconut water
air-kelapa

Sebagai penduduk negara Asean, kita sudah tahu kebaikan air kelapa. Minuman ini ada 95 peratus peratus air yan mengandungi elektrolit. Isotonik semulajadi! Isi kelapa ada sumber fiber. Air kelapa seeloknya diminum tanpa campuran gula walaupun rasa masam.

4. Jus Tembikai
Jus tembikai
air-tembikai

Kandungan buah tembikai ialah 92 peratus air. Selain itu, ia mengandungi manisan semulajadi. Isi tembikai juga baik dimakan untuk mendapatkan kandungan air dan zat.

Pengkaji di negara Sepanyol juga mendapati bahawa jus tembikai mempunyai bahan L-citrulline yang menolong untuk mengurangkan rasa sengal atau sakit otot. Oleh itu, just tembikai merupakan jus yang terbaik bagi kita yang menunggang motosikal.

Apapun, jangan pula ditambah gula jika kita rasa tidak cukup manis.

5. Susu
drink-milk-minum-susu
Susu

Tidak ramai kalangan kita suka minum susu, apatah lagi ketika berkonvoi atau touring. Ini kerana mulut dan lidah kita cenderung mencari minuman manis apabila haus.

Tahukah anda, susu bukan saja dapat mengelakkan masalah dehidrasi, tetapi mampu memberikan tenaga, vitamin dan kalsium. Jika anda minum susu, pilihlah jenis putih tanpa sebarang perisa seperti coklat, strawberi, kurma dan sebagainya. Ini kerana ada banyak gula dalam susu berperisa.

BACA >>> #SembangDeras: Hak Minum Arak Itu Macam Mana?


PENUTUP

pek-hidrasi-1
pek-hidrasi-2

Sebaik-baiknya kita gunakan pek hidrasi dalam beg yang membolehkan kita minum ketika menunggang. Kami setuju ada banyak tempat untuk berhenti dan minum sepanjang jalan raya Malaysia. Namun, penggunaan pek hidrasi membolehkan kita minum secara berterusan berbanding menghabiskan sebotol minuman apabila berhenti.

Ia juga mengelakkan kita berhenti berkali-kali apabila berkonvoi atau touring, sekali gus merugikan masa perjalanan. Pek hidrasi sudah tidak mahal sekarang, dan boleh dibeli bawah RM100, dan ada juga mencecah ratusan ringgit.

Itu saja buat kali ini. Artikel akan datang kita bincangkan pula mengenai apa boleh dan tidak boleh makan ketika menunggang jauh.

Related

999
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Autotainment Tagged With: Apa yan Rider Boleh Minum, Apa yang Rider Tak Boleh Minum, autotainment, tahukah anda, tip

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
  • 'Makgad' Kena Tahan Disyaki Lakukan Pemerasan di Hospital Kajang
    'Makgad' Kena Tahan Disyaki Lakukan Pemerasan di Hospital Kajang
  • Apakah Notis 114? JPJ Boleh Guna Aduan Umum Sebagai Bukti Saman
    Apakah Notis 114? JPJ Boleh Guna Aduan Umum Sebagai Bukti Saman
  • #ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)
    #ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)

PANDU UJI

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Proton e.MAS 7 Bukan EV Biasa, Ini Masa Depan Automotif Negara!

PROTON e.MAS 7 boleh diibaratkan semacam satu fenomena yang menarik … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Kia Sportage 2025 dari Shah Alam ke Janda Baik, Mampu Cabar Pasaran SUV Segmen-C!

SAYA dan rakan media pada 23 Januari lalu dijemput Dinamikjaya Motors … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev