Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Autotainment»#TahukahAnda: Myocardial Infarction – Serangan Jantung yang Boleh Berlaku Tanpa Simptom
Autotainment

#TahukahAnda: Myocardial Infarction – Serangan Jantung yang Boleh Berlaku Tanpa Simptom

FarahBy Farah06/01/2022
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


PASTI ramai sudah menonton video tular seorang pemandu treler yang tercungap menahan sakit akibat serangan jantung hingga menyebabkan kenderaan dipandunya terbabas dan melanggar tiga kereta di Sungai Buloh, Selangor, beberapa hari lalu.

Dalam video itu turut kedengaran suara perakam wanita yang tersalah anggap dan menuduh mangsa sedang mabuk.

BACA >>> Ada Mahu Bantu Drebar Treler, Tapi Tidak Jadi Kerana Dituduh Mabuk

Bagaimanapun, apa disangka itu nyata salah apabila polis mengeluarkan kenyataan mengesahkan pemandu treler , Ahmad Sukri Abd Samad meninggal dunia di hospital kerana mengalami serangan jantung atau dalam istilah perubatan disebut ‘myocardial infarction’.

Memandangkan ada tersalah sangka penyakit itu sebagai mabuk, artikel ini akan menjelaskan simptom ‘myocardial infarction (MI)’ yang boleh menimpa sesiapa saja dan di mana saja walaupun ketika memandu.

Apakah Myocardial Infarction?

MI  ialah istilah perubatan kepada serangan jantung disebabkan darah beku yang menyekat aliran darah ke sebahagian otot jantung hingga boleh menyebabkan organ berhenti berdenyut.

Apabila sebahagian jantung tidak mendapat bekalan darah berserta oksigen diperlukan, organ berkenaan boleh berhenti berdenyut dan boleh menyebabkan kematian jika tidak cepat mendapatkan rawatan. Kesan MI dapat dilihat apabila seseorang itu mengalami simptom:

  • Sakit dada sebelah kiri (Pesakit adakala akan mengadu seperti terbakar dan pedih ulu hati)
  • Berpeluh dingin.
  • Sesak nafas.
  • Rasa berdebar.
  • Pengsan atau berpusing.
  • Sakit bahagian bahu dan tangan.

Punca penyakit MI ialah:

  • Umur
  • Jantina
  • Sejarah keluarga sakit jantung
  • Merokok
  • Menghidap penyakit kronik seperti kencing manis, darah tinggi, sakit buah pinggang, dan kolesterol tinggi.
Kenapa Sesetengah Kes Tiada Simptom atau Gejala?

Proses pembentukan lemak, kolesterol atau sebatian lain yang dipanggil plak dalam arteri koronari (injap jantung) berlaku perlahan, dipanggil aterosklerosis (atherosclerosis). Proses berkenaan tidak memberikan sebarang simptom.

Malah apabila arteri koronari menjadi sempit dan menyekat aliran darah, salur darah lain yang berdekatan kadangkala akan mengembang untuk mengimbangi salur darah yang sempit tadi. Ini penjelasan terbaik kenapa pesakit tidak mendapat sebarang simptom atau gejala amaran.

Jaringan salur darah sekitar jantung yang mengembang itu dipanggil sirkulasi kolateral (collateral circulation) dan berfungsi melindungi seseorang daripada serangan jantung dengan menghantar darah diperlukan kepada organ tersebut. Sirkulasi kolateral juga boleh berlaku selepas serangan jantung untuk membantu otot jantung kembali pulih.

Apa Perlu Buat Jika Nampak Seseorang Mungkin Diserang Sakit Jantung?
  • Jika nampak seseorang itu tidak sedar, sukar bernafas atau bercakap, pertama sekali dapatkan bantuan pasukan kecemasan. Hubungi 999.
  • Periksa sama ada pesakit masih bernafas atau nadi masih berdenyut.
  • Jika tidak bernafas, atau tiada denyutan nadi, barulah mula lakukan CPR.
  • Lakukan dengan ‘keras dan pantas’ atas dada pesakit dengan kadar yang kerap, kira-kira 100-120 tekanan seminit.
  • Jika tidak pernah dilatih untuk CPR, lakukan tekanan dada sahaja. Lakukan pernafasan ke mulut jika anda pernah mendapat latihan  CPR.

Moga tindakan pantas kita, dapat menyelamatkan nyawa orang lain.

BACA >>> Bukan Nak Tolong, Tapi Sibuk Rakam, Drebar Treler Disangka Mabuk Rupanya Sakit Jantung
BACA >>> Drebar Treler Sakit Jantung: Tidak Tahu Siapa Rakam, Cuma Muat Naik Video WhatsApp

SUMBER: MyHealth.gov.my | MayoClinic.org | Heart.org

drebar treler Myocardial infarction? pemandu treler Pemandu Treler Sakit Jantung Penyakit Jantung Sakit Jantung Serangan Jantung tahukah anda tanda-tanda sakit jantung
Farah

    Artikel Berkaitan

    Orang ramai di Kuala Lumpur
    Tahukah Anda

    #TahukahAnda: Rakyat Malaysia antara Paling Malas Jalan Kaki di Dunia?

    21/05/2026
    Autotainment

    #TahukahAnda: Steinwinter Supercargo – Lori Futuristik Yang Terlalu Awal Untuk Zamannya

    21/05/2026
    Autotainment

    #TahukahAnda Ini Risiko Jangka Panjang Jika Abaikan Servis Berkala Kenderaan

    21/05/2026
    Trivia Arsenal dan automotif
    Tahukah Anda

    #TahukahAnda: 10 Trivia Pasal Arsenal dan Automotif yang Ramai Tidak Tahu

    20/05/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Auto Terkini

    Agong Terima Aurus Senat, Limousin Elit Rusia Yang Jarang Keluar Dari Negara Asal

    By Shazwan Hisam15/05/2026
    HEV

    Foton Tunland V7, V9 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga Mula RM123,800!

    By Syafie20/05/2026
    Roda2

    BMW M 1000 RR Limited Edition Isle of Man TT, 115 Untuk Ulang Tahun ke-115 TT

    By Abang Hirata23/05/2026
    Roda2

    Suzuki V-Strom 1050 M6 Ada Warna Baharu, Percuma Pannier Aluminium!

    By Shazwan Hisam14/05/2026
    Toyota Yaris Cross 2026 lancar di Malaysia
    Roda4

    Toyota Yaris Cross 2026 Rasmi Lancar di Malaysia, Ada Dua Varian, Harga Mula RM99,900!

    By Syafie12/05/2026
    Foto acah Honda City facelift
    Auto Terkini

    Honda India Dedah Foto Acah Honda City Facelift, Foto Bocor di Internet, Apa yang Baharu?

    By Syafie20/05/2026
    Ferrari HC25 2026
    Roda4

    Ferrari HC25 2026 – Roadster One-Off Khas untuk Seorang Pelanggan

    By Abang Hirata18/05/2026
    Modenas uji potensi skuter elektrik MEV-2
    Auto Terkini

    Modenas Uji Potensi Skuter Elektrik MEV-2 Dalam Sektor Pelancongan Langkawi

    By Shazwan Hisam17/05/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.