Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»#TahukahAnda: Kerusi Mana yang Selamat dalam Pesawat?
Auto Terkini

#TahukahAnda: Kerusi Mana yang Selamat dalam Pesawat?

SyafieBy Syafie31/12/2024
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


KAJIAN dilakukan Badan Keselamatan Kenderaan Kebangsaan (NTSB) di Amerika Syarikat menunjukkan penumpang di bahagian belakang pesawat selepas sayap mempunyai peluang terbesar untuk selamat dengan kadar keselamatan 69 peratus.

Sementara itu, penumpang di bahagian tengah hanya mempunyai kadar keselamatan 56 peratus, manakala penumpang kelas pertama di bahagian depan hanya mencatatkan 49 peratus peluang untuk selamat.

Satu lagi kajian dijalankan pada 2012 menggunakan pesawat Boeing 727 di Gurun Mexico dengan patung dummy sebagai penumpang menunjukkan bahagian depan pesawat paling teruk terjejas ketika pendaratan cemas, dan 78 peratus penumpang di bahagian lain berjaya diselamatkan.

Selain itu, analisis pada 2015 dilakukan pasukan penyelidik majalah Time, berdasarkan data 30 tahun daripada Pentadbiran Penerbangan Persekutuan (FAA) mendapati kerusi di bahagian belakang pesawat mempunyai kadar kematian terendah (32 peratus) berbanding bahagian tengah (39 peratus) dan bahagian depan (38 peratus).

Semua kajian itu memberikan gambaran jelas mengenai keselamatan penumpang bergantung kepada kedudukan tempat duduk ketika kemalangan pesawat. Walaupun banyak kemajuan sudah dibuat dalam keselamatan penerbangan, penumpang di belakang pesawat tetap menunjukkan kadar keselamatan tertinggi.

Kebimbangan terhadap keselamatan penerbangan semakin meningkat berikutan beberapa insiden nahas pesawat kebelakangan ini.

Antaranya adalah nahas pesawat Azerbaijan Airlines yang meragut 38 nyawa apabila pesawat yang membawa 67 penumpang termasuk lima anak kapal terhempas di Aktau, Kazakhstan pada 25 Disember lalu.

Beberapa hari selepas itu, satu lagi tragedi menimpa pesawat Jeju Air 2216 yang mengalami kerosakan pada gear pendaratan dan tergelincir sebelum melanggar tembok dan terbakar hingga mengorbankan 179 nyawa.

SUMBER: IndiaToday

Auto Terkini autotainment Badan Keselamatan Kenderaan Kebangsaan (NTSB) kajian Kapal Terbang Kerusi Kapal Terbang Nahas Kapal Terbang pesawat tahukah anda
Syafie

    Dari 'Negeri Bawah Bayu' membawa semangat ke 'Negeri Jelapang Padi'. Walaupun jauh merantau, Gunung Kinabalu dan Jambatan Tamparuli tetap di hati. Jalan Terus!

    Artikel Berkaitan

    Auto Terkini

    Honda Super-N Diperkenal, Hanya GBP20k (RM106k)!

    10/04/2026
    Auto Terkini

    Denza Z9GT: Shooting-Brake China Kini Di Eropah, Fungsi Crab-Walk, EV dan Hibrid

    10/04/2026
    Harga diesel Semenanjung Malaysia
    Auto Terkini

    Kerajaan Teliti Mekanisme MyKad, MyKasih untuk Subsidi Diesel

    10/04/2026
    Kerajaan cadang letak polis di stesen minyak sempadan
    Auto Terkini

    Kerajaan Teliti Letak Polis di Stesen Minyak Sempadan

    09/04/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Perodua Bezza paling laris Mac 2026
    Auto Terkini

    Bezza Pintas ‘King’ Proton Saga, Perodua Kekal Dominasi Jualan Mac 2026

    By Syafie10/04/2026
    Pakej aksesori Mitsubishi Xforce 2026
    Aksesori

    MMM Tawar Pakej Aksesori Mitsubishi Xforce 2026, Harga Mula RM700!

    By Syafie09/04/2026
    Yamaha Tenere 700 2026
    Roda2

    HLYM Lancar Yamaha Tenere 700 2026 Baharu, Harga RM58,998

    By Shazwan Hisam04/04/2026
    Honda ZR-V Cross Touring 2026 MUGEN
    Aksesori

    MUGEN Perkenal Kit Aero Honda ZR-V 2026

    By Abang Hirata10/04/2026
    Moto Morini X-CAPE 700 2026
    Roda2

    Moto Morini X-CAPE 700 2026 Kini di Malaysia, Harga RM33,888

    By Shazwan Hisam03/04/2026
    Mforce.Cas tawar rebat RM2,400 untuk motosikal elektrik
    Auto Terkini

    Mforce.Cas Tawar Rebat RM2,400 untuk Motosikal Elektrik

    By Shazwan Hisam03/04/2026
    Proton X50 2026 Quartz Black
    Roda4

    Proton X50 2026 Terima Warna Quartz Black, Gantikan Passion Red

    By Shazwan Hisam09/04/2026
    Roda4

    #BIMS2026: Ford Ranger Super Duty – 209 Horsepower, Harga Hampir RM200k di Thailand

    By Shazwan Hisam01/04/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.