Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Autotainment»#TahukahAnda: Kenapakah Kelajuan dan Bacaan Spidometer Moped Kerap Berbeza?
Autotainment

#TahukahAnda: Kenapakah Kelajuan dan Bacaan Spidometer Moped Kerap Berbeza?

ZYBy ZY21/04/20193 Comments
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


SEJAK debut kapcai Yamaha LC 135 dulu, yang khabarnya mampu dipecut mencecah kelajuan 140-150kmj dalam keadaan standard, ramai pemilik motosikal lain tidak puas hati. Sejak itu, masing-masing mula mempersoalkan ralat bacaan meter moped.

Lebih parah, sentimen tidak percaya dan ragu-ragu itu kekal hingga hari ini. Malah, setiap kali membaca spesifikasi mana-mana model motosikal terkini, pasti ramai yang mempertikaikan bacaan kelajuan yang dinyatakan.

Persoalan di sini, apakah yang membuatkan bacaan meter kelajuan atau spidometer motosikal selalu tidak tepat? Kenapakah spidometer tidak seperti indikator bacaan lain seperti penimbang yang boleh diyakini ketepatannya. Sekarang, mari kita fahami dulu bagaimana spidometer tradisional berfungsi.

BACA >> #TahukahAnda: Kenapakah Angka Spidometer Lebih Tinggi Berbanding Kelajuan Maksimum Sebenar?

BAGAIMANAKAH SPIDOMETER TRADISIONAL (MEKANIKAL) BERFUNGSI?

Mungkin ramai tidak tahu, teknologi spidometer yang biasa terdapat pada kebanyakan moped dan motosikal kos rendah hari ini sudah wujud lebih 100 tahun! Dicipta pereka Jerman, Otto Schulze (bukan Nikolaus Otto – pereka enjin 4-lejang) seawal 1902, spidometer berfungsi menggunakan aruhan elektromagnetik daripada putaran roda dan kabel spidometer untuk menggerakkan jarum indikator. Ya, di sebalik kabel spidometer yang anda lihat, sebenarnya ada lagi kabel lain yang berputar di dalam.

Namun, tidak seperti dinamo yang dipasangkan pada basikal untuk menyalakan mentol, arus elektrik tidak disalurkan kepada komponen elektrik spidometer. Sebaliknya menggunakan kekuatan putaran arus, digelar ‘eddy-current’, untuk menggerakkan jarum indikator. Gerakan putaran itu kemudiaan dihadkan kuasa tolakan daripada spring.

* Eddy bukan nama orang, tetapi bermaksud putaran yang berlaku daripada putaran objek lain seperti pusaran air sungai

MANIPULASI ARUS

Manipulasi arus putaran (eddy current) itulah menjadi sebab mengapa kebanyakan spidometer analog berbentuk bulat, manakala gerakan jarum meter berfungsi dalam bentuk putaran seperti jam. Teknologi spidometer tampak ringkas dan efisien kerana tidak melibatkan komponen elektronik yang rumit. Tetapi, kebergantungan kepada sistem mekanikal sepenuhnya membuatkan bacaan spidometer jenis itu mudah terdedah kepada ralat.

Spidometer dan odometer 1908.

Ini disebabkan kelajuan putaran bergantung kepada diameter roda depan, di mana sebarang perubahan saiz (walaupun sedikit)  boleh memberikan perbezaan kelajuan putaran kabel meter. Anda tentu pernah dengar fakta tentang mengubah suai saiz rim (terlampau besar atau kecil) berisiko menjejaskan bacaan spidometer.

Malah, tekanan angin tayar berbeza turut mempengaruhi diameter roda depan walaupun perbezaan dicatatkan tidak dapat dilihat mata kasar. Selain itu, kekuatan spring yang mengekang putaran indikator turut menyumbang kepada ralat bacaan meter. Spring lemah atau komponen spring bermasalah ketika dalam  proses pembuatan di kilang juga menyebabkan jarum indikator dapat diputarkan melebihi had sepatutnya.

BACA >>> #BikinMotor: Kisah Restorasi Honda Win (1984) dengan Visor Hijab Gaya Jepun

KENAPA RALAT DIBENARKAN DALAM INDUSTRI PERMOTORAN?

Mungkin anda mempersoalkan, kenapakah ralat meter masih dibenarkan sedangkan teknologi hari ada menawarkan bacaan spidometer yang lebih tepat? Apakah tiada badan Kerajaan atau undang-undang yang bertindak menguatkuasa spesifikasi meter kenderaan?

Jawapannya, ralat meter DIBENARKAN dan sudah dijelaskan panjang lebar melalui dokumen 14 muka surat dalam ECE Regulation No 39 yang disediakan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB/UN) yang anda boleh baca DI SINI.

JULAT RALAT

Menurut dokumen berkenaan, secara ringkasnya, spidometer TIDAK BOLEH menunjukkan kelajuan kurang daripada kelajuan sebenar. Namun, ralat maksimum masih dibenarkan asalkan ‘tidak melebihi 10 peratus kelajuan sebenar, dan ditambah 4kmj’.

Justeru, jika kelajuan sebenar 120kmj, meter kenderaan dibenarkan memaparkan bacaan hingga 136kmj (132kmj+4kmj). Selain itu, dokumen itu turut menyentuh kebarangkalian bacaan berubah disebabkan faktor pengguna seperti menukar tayar yang tidak mengikut spesifikasi ditetapkan pengeluar.

Berasaskan peraturan itulah, pengeluar automotif, khususnya produk motosikal kos rendah, mengambil jalan mudah dengan menetapkan ketepatan meter mereka dalam julat dibenarkan tanpa melakukan kalibrasi untuk bacaan konsisten. Inilah sebab utama julat ralat setiap motosikal berbeza walaupun pada motosikal sama.

BAGAIMANAKAH DAPATKAN BACAAN SPIDOMEETR TEPAT?


Walaupun penggunaan teknologi seperti sensor elektronik dan paparan meter digital dapat memberikan hasil konsisten tanpa dipengaruhi faktor mekanikal, bacaan-bacaan itu juga masih tertakluk pada peraturan UNECE. Cuma peratusan julat ralat lebih kecil yang sudah siap dikalibrasikan pengeluar.

Sesetengahnya teknologi, seperti sensor spidometer yang mengambil bacaan daripada gegancu atau sprocket depan, bacaan tersebut juga akan jadi tidak tepat sekiranya pengguna menukar sprocket berlainan saiz.

Jadi, jika ingin mendapatkan kelajuan sebenar motosikal, anda perlu melakukan pengiraan ringkas – jarak bahagi masa. Salah satu kaedah itu adalah menggunakan peranti atau aplikasi navigasi (GPS) yang sekarang mudah dimuat turun ke dalam telefon pintar anda.

BACA >>> Apa, Kelajuan Maksimum Honda CBR250RR Cecah 170kmj?

BUKAN CATATAN SEMASA

Perlu diingatkan, bacaan GPS tidak memberikan catatan kelajuan segera kerana kiraan dibuat berdasarkan jarak dan masa menunggang. Jadi, bacaan GPS hanya sesuai untuk mendapatkan bacaan kelajuan maksimum pada kelajuan malar, dan bukan kelajuan semasa ketika anda sedang memecut.

Atau jika anda tidak kisah mahu membuat sumbangan amal kepada Kerajaan, boleh saja menguji kelajuan maksimum motosikal anda di laluan lebuh raya yang ada sistem kamera AES. Sekarang, anda bukan setakat menerima bacaan kelajuan yang tepat, tetapi juga siap menerima gambar sebagai bukti kepada rakan-rakan betapa lajunya motosikal anda. Hah, barulah bukan setakat sembang warung kopi saja!

autotainment meter laju ralat spidometer roda2 speedometer spidometer tahukah anda
ZY
  • Website

Artikel Berkaitan

Roda2

2026 MV Agusta Enduro Veloce Dilancar, Travel Enduro Premium Harga Sekitar RM91k

09/03/2026
Kilang Mforce Bike di Pulau Pinang
Auto Terkini

Mforce Experience Club (MEC) – Platform Komuniti Rasmi Pemilik Motosikal Mforce

09/03/2026
Moto Morini Alltrhike 450
Roda2

Moto Morini Alltrhike 450 Lancar di Malaysia, Harga RM28,888

06/03/2026
Mforce sedang bangunkan model konsep Skuchai
Roda2

Mforce Labur RM10 Juta Bangunkan Konsep Motosikal Baharu ‘Skuchai’

06/03/2026

3 Comments

  1. Jim on 08/09/2017 21:03

    Artikel yg bagus !

    Reply
  2. Reekay m7 on 13/12/2019 16:33

    Terima kasih.. perkongsian yg baik.

    Reply
  3. MUHAMMAD HAFIZ BIN ZAKARIA on 25/04/2021 20:58

    Assalamualaikum saya nak tanya adakah meter km/h rosak boleh menyebabkan kelajuan kereta berubah?ada kesankah kalau meter km rosak?dan bagaimana cara membaiki atau mencari penyakitnya itu untuk hidupkan kembali meter km/h?

    Reply
Leave A Reply Cancel Reply

  • Facebook 397K
  • Instagram 194K
  • YouTube 589K
  • TikTok 992K
  • Threads
Pilihan Ramai Minggu Ini
Aveta Bellagio 125
Roda2

Aveta Bellagio 125 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM6,998!

By Syafie05/03/2026
Aveta Viper 180
Roda2

Aveta Viper 180 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM8,998!

By Syafie05/03/2026
CFMoto Papio Racer 2026
Roda2

‘Fun Bike’ 126cc Gaya Lumba, CFMoto Papio Racer 2026 Tiba di Malaysia!

By Shazwan Hisam06/03/2026
Hakim Danish raih tempat ke-18 di GP Thailand 2026
Moto3

#Moto3: Hakim Danish Tunjuk Taring Walaupun Belum Raih Mata

By Shazwan Hisam02/03/2026
Mforce sedang bangunkan model konsep Skuchai
Roda2

Mforce Labur RM10 Juta Bangunkan Konsep Motosikal Baharu ‘Skuchai’

By Shazwan Hisam06/03/2026
Mitsubishi Triton Championship Edition 2026
Trak dan Lori

Mitsubishi Triton ‘Championship Edition’ 2026 Diperkenal, Harga Mula RM155.9k!

By Syafie06/03/2026
KTMB tambah tren untuk balik raya Aidilfitri 2026
Auto Terkini

KTMB Tambah 26 Tren Khas Raya 2026, Lebih 8,000 Tempat Duduk Sehari

By Shazwan Hisam03/03/2026
Autotainment

#TahukahAnda: Selamatkah Memandu dengan Tayar Donat? Bolehkah Dipandu Laju?

By Han Othman08/03/20261
PanduLaju.com.my
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
© 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)

Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.