• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Autotainment / #TahukahAnda: Kenapa Tayar Off-Road Tak Sesuai Guna Atas Jalan Raya Biasa?

#TahukahAnda: Kenapa Tayar Off-Road Tak Sesuai Guna Atas Jalan Raya Biasa?

March 1, 2023 By Sharil Leave a Comment

100
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


SETIAP jenis tayar motosikal ada fungsi tersendiri. Misalnya, tayar off-road lebih sesuai digunakan atas permukaan jalan tidak berturap seperti tanah atau kerikil, manakala tayar biasa lebih sesuai atas jalan berturap.

Bagaimanapun, ada sesetengah penunggang menggunakan tayar off-road atas jalan raya biasa, sedangkan tayar jenis itu sangat licin dan berbahaya ditunggang permukaan jalan rata.

BACA >>> #TahukahAnda: Ketahui Perbezaan 4 Jenis Tayar Haus
BACA >>> #TahukahAnda: Berapa Kali Anda Boleh Tampal Tayar Tiubles Motor Jika Bocor?

Tayar off-road tidak sesuai digunakan atas jalan raya biasa kerana tiada cengkaman kerana ruang kosong antara blok atau bunga tayar. Jika atas permukaan bertanah atau tidak berturap, ruang kosong tayar itu untuk melekap pada tanah.

Tayar off-road memiliki blok atau bunga tayar berdadu yang besar, dan berjarak. Ini berbeza tayar jalanan biasa untuk tunggangan atas jalan berturap yang mempunyai bunga tayar lebih rapat dan beralur bagi tujuan meningkatkan cengkaman.

Permukaan jalan tar yang rata dan melekap tanpa kehadiran tanah, pasir atau kerikil yang mengisi ruang antara bunga tayar membuatkan tayar off-road kurang mencengkam. Ini berbahaya ketika menunggang, terutama ketika membrek atau mengambil selekoh.

Kebiasaannya, apabila motosikal dibawa masuk off-road, tekanan angin tayar akan dikurangkan untuk mendapatkan ekstra cengkaman. Namun, kalau trik sama dilakukan untuk jalan biasa, tayar off-road lebih cepat rosak kerana berisiko terlipat.

Adakah anda masih menggunakan tayar off-road untuk kegunaan jalan biasa? Memandangkan sekarang musim hujan, gunalah tayar motosikal yang sesuai demi keselamatan anda, orang tersayang dan pengguna jalan raya lain.

BACA >>> #TahukahAnda: Berapa Kali Anda Boleh Tampal Tayar Tiubles Motor Jika Bocor?
BACA >>> #SembangDeras: Betul Ke Tayar Stok Kilang Kualiti Sampah?

SUMBER: Kompas

Artikel Berkaitan

100
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Autotainment, Roda2 Tagged With: Indonesia, IRC, jalan raya, jenis tayar motosikal, off-road, PT Gajah Tunggal Tbk, Tayar

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • HLYM Perkenal 4 Warna Baharu Yamaha NVX 155 (2022), Harga Asas Naik!
    HLYM Perkenal 4 Warna Baharu Yamaha NVX 155 (2022), Harga Asas Naik!
  • Inilah 13 Ciri Menarik Yamaha Y16ZR (2021) yang Perlu Anda Tahu
    Inilah 13 Ciri Menarik Yamaha Y16ZR (2021) yang Perlu Anda Tahu
  • #ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)
    #ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)
  • #ApaNakBuat: Indikator Bateri Menyala atau Berkelip?
    #ApaNakBuat: Indikator Bateri Menyala atau Berkelip?

PANDU UJI

#TunggangUji: Tailg Ebixon Bold Memang Praktikal, Tapi Bukan di Bandar Besar

WALAUPUN baru meneroka industri motosikal tempatan, Ni Hsin Tech … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Perodua Ativa Hybrid? Macam Boleh On Je, Tapi...

SAYA berkesempatan memandu uji Perodua Ativa Hybrid yang hanya ada 300 … [Baca Lagi...]

#Tunggang Uji: WMoto XDV 250i (2023) - Skuter China Bikin Senyum

MFORCE Bike Holdings ada produk skuter yang berpotensi mengubah segmen … [Baca Lagi...]

2014 – 2022 © PanduLaju.com.my