Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Aksesori»#TahukahAnda: Kenapa Penunggang Motosikal Patut Pakai Palam Telinga?
Aksesori

#TahukahAnda: Kenapa Penunggang Motosikal Patut Pakai Palam Telinga?

WahidBy Wahid15/11/2020
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


KAMI tahu ramai penunggang motosikal tidak pakai palam telinga untuk melindungi pendengaran. Tahukah anda menunggang motosikal terdedah kepada masalah pendengaran serius jika telinga tidak dijaga?

Selain rasa tidak selesa, kajian juga menunjukkan kerosakan pendengaran menjadi punca kepada keletihan, tekanan perasaan, tabiat negatif, depresi dan cepat marah.

Malangnya, kerosakan pendengaran berlaku secara progresif yang mana mangsa tidak perasan masalah itu kerana gejala dialami tidak berlaku mendadak. Namun, segalanya sudah terlambat apabila gegendang telinga mula terdengar bunyi berdesing berpanjangan dan kondisi itu dipanggil ‘tinnitus’ yang tidak lagi dapat diubati.

BACA >>> #ApaNakBuat: Tip Pilih Helmet yang Padan Ikut Saiz Kepala

APAKAH MEROSAKKAN PENDENGARAN?

Punca kerosakan pendengaran adalah akibat terdedah kepada tahap bunyi bermula 85dB (desibel) dalam jangkamasa berpanjangan, menurut fakta kajian yang disahkan Institut Kebangsaan untuk Kesihatan dan Keselamatan Pekerjaan (NIOSH).

NIOSH mendakwa seseorang individu tidak seharusnya terdedah kepada tahap bunyi lebih 85dB selama lapan jam berturut-turut. Malah, pendedahan kepada tahap bunyi setinggi 100dB dalam masa 15 minit sudah cukup untuk merosakkan deria pendengaran.

Apabila menunggang 40-80kmj, tahap bunyi dihasilkan akan mencapai 80-89dB, dan meningkat kepada 100dB apabila menunggang 100kmj. Tahap bunyi akan bertambah lagi pada tahap 110dB apabila menunggang 130-150kmj.

Walaupun 10dB antara 100-110dB tidak nampak banyak, tetapi sebenarnya dua kali ganda lebih bising. Walaupun formula pengiraan kadar bunyi itu agak rumit dijelaskan, tetapi NIOSH mengesahkan cuma 15 minit diperlukan untuk merosakkan pendengaran dengan paras kebisingan 100dB. Malah, telinga boleh rosak sepantas kurang 2 minit pada paras 110dB!

ADAKAH HELMET MENGURANGKAN TAHAP BUNYI?

Sebenarya, tiada helmet yang betul-betul senyap. Apa yang ada ialah helmet ‘lebih senyap’ daripada helmet suatu lagi. Apapun, pemakaian helmet muka penuh (full-face) dapat mengurangkan tahap bunyi 10-15dB.

Namun, tahap bunyi masih berada pada tahap 85-100dB dalam kelajuan 100kmj. Ingat, tahap bunyi 85dB ialah ‘sempadan’ atau batasan kepada masalah kerosakan pendengaran. Rasanya kita tidak perlu lagi bercerita mengenai helmet jenis muka terbuka  (open-face) kerana tahap bunyi yang terhasil memang tinggi.

BACA >>> Kerajaan Akan Saman Motor yang Buat Bunyi Bising!

BAGAIMANAKAH MENCEGAH KEROSAKAN PENDENGARAN?

Anda mungkin sudah biasa melihat video Valentino Rossi dan rakan pelumba MotoGP memasukkan sesuatu ke dalam telinga mereka sebelum menyarungkan helmet. Itulah palam telinga (ear plugs). Rossi pernah berkata; “Aku tak suka bunyi bising sebab boleh kacau konsentrasi.”

Mantan GP500 Wayne Rainey pula berkata; “Aku menunggang lebih laju kalau keadaan lebih senyap.”

Bagi pelumba, bunyi yang  terlalu bising, terutama dari enjin, membuatkan mereka rasa terlalu laju walaupun tidak begitu. Sebaliknya, fokus dapat ditumpukan kepada tunggangan, tayar, garis lumba dan sebagainya apabila tiada deru angin yang terlalu bising menerjah masuk ke dalam helmet.

JENIS PALAM TELINGA

Ada pelbagai palam telinga di pasaran, sama ada jenis paling asas dan paling canggih (juga mahal).

Palam telinga jenis asas dibuat daripada busa dan boleh didapati di kedai motosikal dan farmasi seperti Guardian. Produk ini mampu meredam bunyi secara menyeluruh dan lebih sesuai digunakan di trek. Bunyi enjin dan ekzos masih kedengaran, tetapi bunyi luaran seperti trafik dan perbualan jadi samar-samar. Jadi, tidak sesuai digunakan untuk tunggangan harian. Palam jenis ini juga murah untuk dibeli.

Kami juga mengesyorkan penunggang membeli palam telinga yang memang dikhaskan untuk  penunggang motosikal sahaja. Ada beberapa jenama terkenal seperti Alpine MotoSafe, Pinlock, EarDial HiFi, DownBeats, Eargasm dan lain-lain.

Palam telinga jenis ini mengandungi peredam bunyi yang direka untuk menghalang kebisingan bunyi angin sambil mengekalkan tahap bunyi bawah 85dB.

Pada masa sama, palam telinga ini masih membenarkan bunyi kurang bising seperti deruman enjin dan ekzos, termasuk bunyi dari kenderaan lain seperti hon dan suara percakapan dapat didengari penunggang. Jadi, kita boleh memakai palam telinga jenis ini walaupun ketika menunggang dalam bandar atau kampung.

Bagaimanapun, harga palam telinga jenis ini agak mahal, tetapi kalau hendak dibandingkan nilai diberikan, memang berbaloi!

BACA >>> Bosch Virtual Visor – Inovasi Visor Pintar untuk Elak Silau Matahari

PENUTUP

Kami harap lebih ramai penunggang akan mula memakai palam telinga. terutama mereka yang bekerja sehari suntuk dengan menunggang ke sana sini seperti pekerja kurier.

Penggunaan palam telinga dapat mencegah masalah kerosakan pendengaran dan meringankan urusan kerja seharian kerana tidak lagi mengalami keletihan akibat melawan deru angin yang kuat.

aksesori Ear Plugs Kerosakan Telinga Masalah Pendengaran Palam Telinga tahukah anda Tinnitus tip Tip Jaga Telinga
Wahid

Artikel Berkaitan

Aksesori

LS2 Lancar Helmet OF628 Compass, Harga Mula RM388

03/02/2026
Aksesori

LS2 Torrent Waterproof Boots Rasmi Dilancar, Harga RM369

03/02/2026
Aksesori

LS2 Lancar Sarung Tangan Baharu Chaki EVO, Dart II EVO, Harga Mula RM89

03/02/2026
Aksesori

LS2 X-Terrain Jacket Rasmi Dilancar, Harga RM599

03/02/2026
Leave A Reply Cancel Reply

  • Facebook 397K
  • Instagram 194K
  • YouTube 589K
  • TikTok 992K
  • Threads
Pilihan Ramai Minggu Ini
Roda2

Yamaha Tracer 9 GT Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM71,888!

By Syafie30/01/2026
Jamil Manan Supri | Pengasas dan Penasihat Keselamatan Jalan Raya serta Sukan Permotoran, Persatuan Pakar Keselamatan Jalan Raya (PPKJR),
Auto Terkini

Pakar: ‘Lane Hogger’ Punca Jalan Sesak, Boleh Kena Denda RM2,000

By Syafie26/01/20261
Slip Lesen Kenderaan Motor (LKM) @ Road Tax
Auto Terkini

JPJ Henti Keluar Slip LKM (Road Tax) Bercetak Kenderaan Persendirian 1 Februari Ini

By Syafie26/01/2026
MOT perkenal geran untuk menggantikan kereta lama lebih 20 tahun
Auto Terkini

MOT Lancar Geran Ganti Kereta Lama dengan Baharu, Peruntukan RM10 Juta!

By Syafie27/01/2026
Yamaha NMAX ABS 2026 | Malaysia
Roda2

Yamaha NMAX ABS 2026 Tampil Dua Warna Baharu, Harga Kekal RM11,498

By Syafie26/01/2026
Auto Terkini

Mitsubishi Xforce Serba Baharu Rasmi Mula Dihasilkan di Pekan, Tempahan Dibuka Minggu Ini

By Syafie03/02/2026
Roda2

CFMoto 250 Dual 2026 Rasmi Lancar untuk Pasaran Malaysia, Harga RM9,888!

By Syafie03/02/2026
Pemegang lesen memandu yang tamat tiga tahun tidak layak mendapat subsidi RON95
Auto Terkini

Tiada Lagi Bukti Perjalanan Luar Negara untuk Lesen Memandu Fizikal, Caj RM20

By Syafie23/01/2026
PanduLaju.com.my
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
© 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)

Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.