Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Autotainment»#TahukahAnda: Kenapa Brek Dram Masih Relevan Walaupun Sudah Lebih 100 Tahun?
Autotainment

#TahukahAnda: Kenapa Brek Dram Masih Relevan Walaupun Sudah Lebih 100 Tahun?

ZYBy ZY08/07/20181 Comment
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


TIDAK lama lagi kita akan menyambut 2020 – tahun yang mana jika mengikut imaginasi mereka yang hidup sekitar era 80-an, tiada lagi jalan raya (bertol) dan semua kenderaan boleh terbang. 

Baiklah, mungkin impian itu sukar tercapai, sekurang-kurangnya dalam masa terdekat. Namun, dengan kenderaan masa kini yang rata-rata dilengkapi pelbagai teknologi bantuan pengendalian dalam segala terma jargon tiga huruf (ABS, EBD, TCS, dll), timbul satu persoalan;

Kenapa brek dram masih lagi digunakan secara meluas?”

TEKNOLOGI 100 TAHUN


Brek dram adalah antara teknologi tertua dalam sejarah automotif yang pertama kali digunakan pada kereta buatan Maybach pada 1900. Hingga ke hari ini, tetap ada saja banyak kereta dan motosikal atau kenderaan lain masih dilengkapi brek dram.

Prinsip aplikasi brek dram cukup mudah. Menggunakan kasut brek (brake shoes) dalam dram yang terbina dalam roda kenderaan, pembrekan berlaku apabila mekanisma spring menolak kasut brek rapat ke dram untuk memperlahankan putaran roda. Bayangkan kanak-kanak bermain basikal lajak cuba menghentikan basikal mereka itu, lebih kurang macam itulah.

BACA >>> Bagaimanakah Cara Membrek Motosikal dengan Betul?

Seiring peredaran zaman, pembrekan menggunakan kasut brek ini tidak lagi begitu efektif. Lebih-lebih lagi dengan peningkatan kuasa kenderaan. Mekanisme brek yang terperangkap di dalam dram tanpa aliran udara penyejuk memudahkan komponen dram panas dan mengembang, lantas mengurangkan prestasi pembrekan apabila semakin lama digunakan (digelar susut brek atau brake fading).

Selain prestasi pembrekan, penyenggaraan brek dram juga rumit melibatkan pelbagai komponen terbina dalam. Inilah antara sebab tercetusnya ciptaan brek cakera yang diperkenalkan sekitar era 1960-an bagi menggantikan fungsi brek dram.

KENAPA BREK DRAM MASIH DIGUNAKAN?

Semua varian Honda City terbaru masih didatangkan dengan brek drum di belakang.

Walaupun dianggap teknologi berstatus ‘dinosaur’ dalam industri automotif, brek dram ada banyak kelebihan yang tidak mudah sewenangnya diganti brek cakera. Kelebihan brek dram itu boleh dibahagikan kepada dua bahagian: KOS dan KESELAMATAN.

KOS

  • Komponen brek dram lebih mudah dihasilkan. Jadi, secara relatif, lebih murah.
  • Proses pembrekan lebih banyak melibatkan roda depan disebabkan inersia dan agihan berat, manakala brek belakang lebih kepada pengstabilan. Jadi asasnya, brek cakera di depan dan brek dram di belakang sudah mencukupi.
  • Aplikasi brek parkir, atau brek tangan lebih mudah dan murah dengan menggunakan brek dram berbanding brek cakera. Malah, kenderaan dengan brek cakera di belakang turut dilengkapi brek dram sebagai brek parkir. (Dua set brek belakang, lebih tinggi kos).
  • Tempoh sela senggaraan brek dram adalah lebih panjang berbanding brek cakera kerana struktur permukaan geseran (kasut brek) lebih besar dan ia lebih tahan lama.

KESELAMATAN

  • Tidak seperti brek cakera yang mudah mengunci roda apabila tekanan kuat dikenakan, brek dram pula bertindak secara progresif walaupun dipaksa dalam saat kecemasan. Inilah sebab brek dram lebih sesuai digunakan pada kenderaan berkuasa rendah seperti kapcai atau skuter, lebih-lebih lagi jika tidak dilengkapi ciri ABS (Sistem Brek Anti-Kunci).

KESIMPULAN

Bak kata pepatah Inggeris, “If it ain’t broke, don’t fix it”. Walaupun teknologi semakin berkembang pesat, teknologi brek dram masih terbukti sebagai penyelesaian yang boleh diharapkan. Secara jujur, rekabentuk komponen tua itu tidaklah gah seperti brek cakera yang kerap digunakan kenderaan berprestasi tinggi hari ini sama ada motosikal atau kereta. Tetapi sekurang-kurangnya tetap praktikal.

Apakah motosikal atau kereta anda datang dengan brek dram? Apakah anda tidak berpuas hati dengan prestasi brek jentera anda? Kongsikan di ruangan komen.

autotainment bre brek dram drum brake drum brake vs disc brake kelebihan brek dram kelemahan brek dram roda2 Roda4 sistem brek tahukah anda teknologi teknologi automotif
ZY
  • Website

Artikel Berkaitan

Leapmotor B05 2026
Kenderaan Elektrik (EV)

Leapmotor B05 2026 – Hatchback EV Kompak Tayang di Brussels Autosalon

03/03/2026
Lee Chong Wei kini pemilik Zeekr 7X
Auto Terkini

Lee Chong Wei Kini Pemilik Zeekr 7X!

02/03/2026
HEV

UMWT Rasmi Lancar Toyota Harrier 2.5 HEV, Harga Mula RM289k!

02/03/2026
Skoda Octavia vRS Dragon Skin 2026
Roda4

Peminat UK Pilih Dragon Skin Sebagai Warna Baharu Skoda Octavia vRS 2026

02/03/2026

1 Comment

  1. asri on 14/08/2021 16:57

    ya, sangat tidak puas hati jika brek belakang jenis drum. sangat beza semasa brek selain itu kereta pun jadi kurang cantik.

    Reply
Leave A Reply Cancel Reply

  • Facebook 397K
  • Instagram 194K
  • YouTube 589K
  • TikTok 992K
  • Threads
Pilihan Ramai Minggu Ini
Hp vs Tork | James Watt
0
Autotainment

#TahukahAnda: Kuasa Kuda vs Tork, Apakah Perbezaan dan Kenapa Penting?

By Han Othman23/02/2026
Lebuhraya GCE
Auto Terkini

KM18 Lebuhraya Guthrie Arah Utara Ditutup Sementara

By Shazwan Hisam24/02/2026
Aerotrain KLIA
Auto Terkini

MAHB Kenakan Penalti RM9.1 Juta kepada Kontraktor Projek Aerotrain KLIA

By Syafie01/03/2026
Pekerja binaan maut dihempap pengorek jengkaut di Tumpat, Kelantan
Auto Terkini

Pekerja Tapak Binaan Maut Dihempap Pengorek Jengkaut

By Shazwan Hisam25/02/2026
0
ApaNakBuat

Perodua: Tekan ‘Push Start Button’ Sekali Saja, Kalau Lebih Itu Mitos

By Syafie26/02/2026
Stesen minyak Shell di Filipina.
Auto Terkini

Harga Bahan Api Naik Hari ini untuk Petrol, Diesel

By Han Othman24/02/2026
Auto Terkini

Baru 5 Minit Buka! Tiket Bas Balik Raya ke Kelantan Terus ‘Licin’

By Syafie25/02/2026
Hakim Danish raih tempat ke-18 di GP Thailand 2026
Moto3

#Moto3: Hakim Danish Tunjuk Taring Walaupun Belum Raih Mata

By Shazwan Hisam02/03/2026
PanduLaju.com.my
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
© 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)

Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.