Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Autotainment»#TahukahAnda: 5 Kriteria Basikal Keirin yang Perlu Anda Tahu
Autotainment

#TahukahAnda: 5 Kriteria Basikal Keirin yang Perlu Anda Tahu

Han OthmanBy Han Othman04/08/20211 Comment
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


KEIRIN ialah perlumbaan basikal yang agak pelik kerana ada basikal khas mengetuai pelumba basikal lain di belakangnya. Basikal khas dan aneh itu dikenali sebagai ‘derny’ yang mempunyai enjin kecil termasuk pedal dan rantai.

Selain ‘derny’ sebagai tunggangan pendahulu keirin, motosikal juga digunakan, termasuk basikal elektrik dan basikal tandem (kembar).

BACA >>> Azizulhasni Tayang Basikal RM300k untuk Misi Buru Emas Olimpik Tokyo

Pelumba basikal keirin akan mengejar penunggang derny dan saling berasak-asak untuk mencari posisi terbaik sebelum memecut sebaik saja derny membuka ruang ke tepi. Pada permulaan perlumbaan, derny ditunggang pada kelajuan sekitar 25kmj dan perlahan-lahan meningkat kepada 50kmj. Pelumba basikal keirin biasanya keluar trek kira-kira 600-700 meter sebelum penamat, di mana purata kelajuan mampu mencecah 70kmj.

Kejohanan basikal keirin kerap berlangsung dalam beberapa pusingan dengan satu final bagi menentukan juara. Kadangkala, pelumba yang tidak layak mendapat peluang kedua menerusi pusingan repecaj (repechages) seperti dilalui pelumba Olimpik negara, Azizulhasni Awang sebelum mara ke pusingan final.

Sebenarnya, repecaj bukan hanya digunakan dalam perlumbaan basikal keirin sahaja, tetap juga sukan lain seperti bela diri, bola lisut, bola tampar, ragbi, dan lawan pedang.

BACA >>> #TahukahAnda: Basikal Lebih Laju daripada Kereta di Tokyo

BASIKAL KEIRIN

basikal-keirin
Basikal keirin adalah tentang kelajuan dan kuasa, serta direka untuk bekerja sebagai unit tunggal dengan pelumba. Selain itu, basikal digunakan juga adalah buatan kustom, di mana setiap bahagian direka berdasarkan karakteristik unik seseorang pelumba itu. Ada 5 kriteria utama basikal keirin, iaitu:

1. Tiada Brek

brek-kierin
Basikal keirin direka sepenuhnya untuk kelajuan. Justeru tiada alat atau mekanisme diperlukan untuk mengurangkan kelajuan. Pelumba melaraskan kelajuan menerusi henjutan pedal semata-mata.

2. Frem

keirin-frem
Frem basikal keirin dibuat daripada keluli yang menggabungkan kelembutan dan kekuatan (keluli krom-moli). Setiap frem dihasilkan secara buatan tangan oleh pembuat frem custom. Ini menjadikan setiap basikal keirin ialah khas buat seorang pelumba sahaja dan tidak sama dengan pelumba lain.

3. Gear Belakang

gear-kierin
Tidak seperti basikal jalanan, gear belakang keirin ialah tetap dan bersambung terus dengan roda, serta mustahil bagi seseorang pelumba itu mengayuh ke belakang atau menghentikan kayuhan.

4. Pilihan Nisbah Gear

opsyen-gear-kierin
Semakin kecil nisbah gear, semakin mudah sesebuah basikal dikayuh. Nisbah gear kecil membolehkan pelumba mencapai kelajuan maksimum dengan cepat, tetapi memerlukan kayuhan yang pantas untuk mengekalkan kelajuan tertinggi.

Nisbah gear besar pula lebih sukar dikayuh yang memerlukan lebih masa untuk mencapai kelajuan tertinggi, tetapi membolehkan pelumba mengekalkan kelajuan dengan kayuhan perlahan.

* Nisbah gear bersamaan jumlah gigi dalam gear yang bersambung dengan pedal basikal, dan dibahagikan dengan jumlah gigi gear belakang.

Nisbah gear tipikal basikal jalanan 1-kelajuan (1-speed) adalah kira-kira dua. Sesetengah pelumba keirin menggunakan nisbah gear 4. Menunggang basikal dengan nisbah gear sebegini tidak ubah seperti mendaki cerun curam menggunakan gear tinggi basikal 3-kelajuan. Bagi orang biasa, ia sesuatu yang hampir mustahil dilakukan.

5. Tayar

tayar-kierin
Tayar basikal keirin mempunyai diameter luar 675mm dan ketipisan 22mm. Ia sengaja direka begitu untuk mendapatkan kelajuan maksimum dengan meminimumkan kawasan permukaan yang bersentuhan dengan trek, sekali gus mengurangkan geseran. Isian tekanan atmosfera 9.5 atm adalah tinggi berbanding 2 atm yang digunakan pada tipikal basikal jalanan.

BACA >>> Ducati MG-20 – Basikal Lipat Elektrik dengan 3 Mod Kuasa, Harga RM9.2k!

SUMBER: KeirinGuide

Azizulhasni Awang basikal keirin derny keirin kelajuan keirin lumba basikal keirin Sukan Olimpik Sukan Olimpik Rio 2016 tahukah anda
Han Othman
  • Website

Kecederaan distal radius fracture memaksa dia menguburkan hasrat berlumba dalam litar GP antarabangsa. Amat mementingkan pemanduan berkeselamatan tinggi, sukakan roller coaster, gemar mendengar muzik jalanan dan selalu membantu ular sawa melintas jalan.

Artikel Berkaitan

Aveta DY115 harga RM750,000
Tahukah Anda

#TahukahAnda: Kapcai RM750,000? Inilah Kisah ‘PM 2’ yang Buat Netizen Kecam

21/04/2026
Helmet | Pelekat SIRIM
Tahukah Anda

#TahukahAnda: Bolehkah Guna Helmet Tanpa Pelekat SIRIM?

22/04/2026
Autotainment

#Perbandingan: Harga Minyak Negara Asean Setakat April 2026, Malaysia Antara Termurah

16/04/2026
Tersalah tekan pedal minyak
ApaNakBuat

#ApaNakBuat: Salah Tekan Pedal Minyak – Fakta, Teknologi, dan Cara Cegah

13/04/2026

1 Comment

  1. Mat on 13/08/2021 12:51

    Kenapa basikal track rim belakang perlu kosong macamtu? kalau rim belakang macam rim yg dihadapan tu xbolehke

    Reply
Leave A Reply Cancel Reply

  • Facebook401K
  • Instagram194K
  • YouTube593K
  • TikTok1000K
  • Threads46.6K
Pilihan Ramai Minggu Ini
Honda CBR150R Stealth Edition 2026
Roda2

BSH Perkenal Honda CBR150R Stealth Black Edition 2026, Harga RM13,399

By Shazwan Hisam17/04/2026
Aveta Nova 200 2026
Roda2

Aveta Nova 200 2026 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM8,488!

By Syafie13/04/2026
Nissan Sakura 2026
Kenderaan Elektrik (EV)

EV Jepun Paling Laris, Nissan Sakura 2026 Diperkenal!

By Abang Hirata13/04/2026
Roda2

Aveta VS115 2026 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM3,488!

By Syafie14/04/2026
Roda4

Toyota Yaris Cross Buka Tempahan di Malaysia, Harga Bawah RM100k

By Shazwan Hisam23/04/2026
Helmet YOHE lancar di Malaysia
Aksesori

YOHE Rasmi Lancar Empat Model Helmet, Harga Mula RM319!

By Syafie21/04/2026
Jetour T2 RHD
Auto Terkini

Jetour T2 Catat Lebih 4,000 Unit Tempahan di Malaysia

By Syafie17/04/2026
Morbidelli F252 2026
Roda2

Morbidelli F252 2026 Pencabar Baharu Naked Bike 250cc, Harga RM14,888

By Shazwan Hisam20/04/2026
PanduLaju.com.my
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
© 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
designXCII TECH

Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.