Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Autotainment»#TahukahAnda: Bagaimanakah Sistem DAS Untungkan Mercedes AMG PETRONAS?
Autotainment

#TahukahAnda: Bagaimanakah Sistem DAS Untungkan Mercedes AMG PETRONAS?

TalibBy Talib08/03/2020
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


MERCEDES AMG PETRONAS nampaknya dalam landasan mengekalkan misi mempertahankan kejuaraan Formula Satu (F1) yang dirangkul pasukan itu musim lalu. Ini dibuktikan pada ujian pramusim minggu lalu di Barcelona, Sepanyol apabila jentera dipandu dua pelumba pasukan itu mengungguli carta masa terpantas.

Carta di bawah menunjukkan keputusan catatan masa dalam pusingan pertama ujian pramusim F1 2020:

BACA >>> Rumusan Ujian Pramusim Kedua F1 2020, Mercedes Masih Unggul di Depan

Keputusan Ujian Pertama di Barcelona

Menariknya, pada hari kedua ujian, kedua-dua pelumba Mercedes didapati menguji sistem baharu untuk mengawal posisi tayar depan jentera mengikut kondisi litar. Ini memberikan kelebihan kepada halaju jentera di laluan lurus dan selekoh kerana tekanan tayar dapat dikurangkan, sekali gus menambah daya tahan tayar.

Sistem itu bakal memberikan kelebihan kepada Mercedes dalam perlumbaan sebenar kerana strategi hentian pit dapat dilanjutkan atau diawalkan. tonton video di bawah untuk menyaksikan aksi Lewis Hamilton menggunakan sistem DAS (atau klik pautan INI).

https://pandulaju.com.my/wp-content/uploads/2020/02/mercedes-das-system-2030.mp4

APAKAH SISTEM STERENG DWI-PAKSI (DAS)?

Berdasarkan video di atas, pelumba dapat mengawal paksi tayar depan dari dalam kabin yang mana perubahan begitu sebelum ini hanya boleh dibuat ketika jentera tidak bergerak. Namun, menerusi Stereng Dwi-Paksi (Dual-Axis Steering, DAS), pelumba hanya perlu menarik dan menolak stereng untuk mengaktifkan sistem tersebut.

Dalam ujian, jentera Mercedes mampu mengubah paksi tayar depan dari posisi ‘toe-out’ (paksi tayar keluar di depan jika dilihat dari atas) kepada kedudukan normal (sejajar jentera). Pelumba dilihat mengaktifkan sistem DAS di laluan lurus dan kembali kepada tetapan awal di laluan selekoh.

KELEBIHAN SISTEM DAS?

Kepelbagaian kondisi litar lumba menyukarkan setiap pasukan melakukan tetapan sistem terbaik untuk jentera masing-masing. Perbezaan darjah ketinggian di laluan selekoh dan lurus menyebabkan jentera sentiasa pada tetapan ‘toe-out’ dari awal hingga akhir perlumbaan. Sistem DAS memberikan kelebihan kepada  jentera Mercedes W11 untuk kawalan berbeza di kedua-dua jenis laluan.

Mercedes mampu mengoptimumkan kedudukan paksi tayar di laluan selekoh dan memberikan kadar kestabilan tinggi ketika membelok ke dalam. Posisi toe-out besar boleh menyebabkan tayar cepat haus di bahagian dalam apabila di laluan lurus. Jadi, Mercedes tidak perlu ada tetapan paksi tayar untuk keseluruhan perlumbaan.

BACA >>> Helmet Legenda F1, Schumacher Ketika Aksi GP Malaysia 2001 Mahu Dilelong

LULUS PERATURAN?

Mercedes mengambil masa lama untuk membangunkan sistem DAS, dan memerlukan penglibatan Persekutuan Automobil Antarabangsa (FIA) supaya ia diluluskan serta boleh digunakan musim ini. Berdasarkan penggunaan, teknologi itu tidak membahayakan dan mengganggu jentera lain. Ia sepatutnya sudah mendapat kebenaran untuk diadaptasikan pada Mercedes W11.

Bagaimanapun, DAS tidak disukai pasukan lain, tetapi pada masa sama peraturan sedia ada tidak pula menghalang perubahan dilakukan terhadap sistem stereng. Hanya sistem suspensi tidak boleh diubah ketika jentera meninggalkan pit hingga kembali semula ke pit pada pusingan kelayakan.

Persoalannya, kawalan paksi tayar tidak boleh diubah kerana berada dalam sistem suspensi. Namun, pasukan Mercedes mendakwa DAS ialah sistem stereng dan bukan sistem suspensi. Sekiranya mereka gagal mempertahankan fakta itu, maka sistem tersebut masih boleh digunakan ketika perlumbaan sebenar.

FIA memahami situasi itu dan sedar mengenai kelemahan peraturan musim 2020. Jadi, peraturan 2021 akan di pertingkat lebih teliti bagi mengelakkan situasi tersebut berulang lagi. Kini, sistem tersebut masih dalam perbincangan, tetapi ramai beranggapan sistem DAS bakal dihalang dalam peraturan tahun depan.

BACA >>> Rossi Akhirnya Dedah Sebab Kenapa Tidak Jadi Masuk F1

ADAKAH AKAN DITIRU PASUKAN LAIN?


Pasukan lain masih berkira-kira untuk menoru sistem tersebut berdasarkan situasi semasa. Jika mahu mencontohi sistem itu, sesuatu pasukan hanya mampu menggunakan sistem berkenaan di pertengahan musim.

Pelaburan besar pasti diperlukan dan ketepatan pembangunan perlu dilakukan dalam masa singkat. Peraturan lebih ketat pada masuim 2021 turut mengehadkan pasukan lain meniru mencontohi sistem tersebut. Namun, kelebihan sistem itu pasti menarik beberapa pasukan untuk turut cuba membangunkannya menjelang pertengahan musim.

Sistem itu akan memberikan kelebihan walaupun Mercedes sendiri tidak menjangka ia akan jadi sebegitu mudah dikawal pelumbanya. Ketetapan dan pemilihan waktu pengaktifan akan menjadi titik tolak kepada penggunaan sistem tersebut. Apa yang pasti, Mercedes sekali lagi tampil unggul di depan pasukan lain pada ujian pramusim pertama.

BACA >>> Regulasi Formula Satu (F1): Apakah yang Baharu untuk Musim 2020?

SUMBER: ESPN

Auto Terkini Dual-Axis Steering (DAS) F1 FIA Formula One (F1) Formula Satu (F1) Lewis Hamilton Persekutuan Automobil Antarabangsa (FIA) Sistem DAS Stereng Dwi-Paksi (DAS) teknologi Toe-Out
Talib

    Artikel Berkaitan

    Modenas perkenal Program Z1GT Care
    Auto Terkini

    Modenas Lancar Program Z15GT Care, Pemeriksaan Percuma di 57 Pengedar Sah Seluruh Negara

    16/07/2026
    Petronas Sprinta Ladies lancar di Malaysia
    Auto Terkini

    Petronas Sprinta Ladies Lancar, Platform Baharu Perkasa Komuniti Penunggang Wanita

    16/07/2026
    Sidang Media Art of Speed (AOS) Malaysia 2026 lancar
    Auto Terkini

    Art of Speed (AOS) Malaysia 2026 Kembali Lebih Besar, Angkat Tema ‘Summer Festival – Kustom Bergaya’

    16/07/2026
    Anthony Loke Siew Fook arah JPJ saman petugas kempen PRN Johor tidak pakai helmet
    Auto Terkini

    Anthony Loke Arah JPJ Saman Petugas PH, Termasuk DAP Tak Pakai Helmet di PRN Johor

    10/07/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    ARC XRS x Star Wars
    Aksesori

    Helmet Edisi Istimewa ARC XRS x Star Wars Rasmi Jual, Harga Mula RM135!

    By Syafie08/07/2026
    Modenas Elegan 240X 2026
    Roda2

    Modenas Elegan EX 250 2026 Kini dengan Tiga Warna Baharu, Dapat Kotak GIVI Percuma!

    By Shazwan Hisam16/07/2026
    Roda2

    Warna Baru Yamaha Ysuku, Y15ZR SE Sudah Tiba, Harga Bermula RM8,998

    By Shazwan Hisam07/07/2026
    Konsep kapal boleh terapung atas air
    Tahukah Anda

    #TahukahAnda: Bagaimanakah Kapal Boleh Terapung Atas Air Walaupun Berat Beribu Tan?

    By Shazwan Hisam09/07/2026
    Volkswagen Taycron 2027 lancar di Malaysia
    Roda4

    Volkswagen Tayron 2027 Lancar di Malaysia – SUV Segmen-D 7-Kerusi, Harga Mula RM189,890

    By Shazwan Hisam15/07/2026
    Roda2

    Honda ADV 160 Spider-Man Edition 2027 Lancar di Malaysia, Hanya 300 Unit, Harga RM14,149

    By Shazwan Hisam16/07/2026
    ZXMoto 820RR-R 2027
    Roda2

    ZXMoto 820RR-R 2027 Lancar di China, Penunggang Baharu Dilarang Beli!

    By Shazwan Hisam08/07/2026
    Nissan Tekton 2027
    Roda4

    SUV Segmen-C, Nissan Tekton 2027 Lancar di India dengan Enjin 1.0L Turbo, 1.3L Turbo

    By Abang Hirata10/07/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.