Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»#TahukahAnda: Bagaimanakah Prosedur Tukar Enjin Kenderaan di JPJ?
Auto Terkini

#TahukahAnda: Bagaimanakah Prosedur Tukar Enjin Kenderaan di JPJ?

Han OthmanBy Han Othman10/09/2018190 Comments
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


MUNGKIN masih ada yang tercari dan tertanya tentang prosedur menukar enjin kenderaan mengikut kelulusan dibenarkan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ). Memang tidak senang, tetapi tidaklah pula payah. Apapun, anda tetap perlu mematuhi terma dan syarat ditetapkan supaya kelak tidak bercucuran air mata ke bumi seandainya ditakdirkan ditahan abang polis atau JPJ.

Maklumat ini dipetik daripada laman Facebook JPJ sendiri yang semestinya sahih dan boleh dipercayai. Cepat baca!

TAHUKAH ANDA!

Prosedur Penukaran Enjin

LANGKAH PERTAMA

Hadir ke Puspakom dan bawa dokumen di bawah:

  • Surat Kastam 1
  • Sijil Pemilikan Kenderaan (VOC)
  • Kenderaan

Tukar enjin melalui 2 peringkat pemeriksaan.
Contoh:

– Kereta –

  • Ujian brek (lulus/gagal) dapat laporan VR1 – RM35
  • Ujian keseluruhan (lulus/gagal) dapat laporan B2 – RM25

* Wajib lulus kedua-dua ujian pemeriksaan. Jika gagal salah satu ujian tersebut, wajib ulang balik dengan bayaran lain.


LANGKAH KEDUA

Selepas lulus ujian pemeriksaan Puspakom, isi borang K8 di pejabat JPJ untuk pinda maklumat enjin lama kepada enjin baharu. Bawa bersama laporan Puspakom B2 dan VOC. Jika wakil hadir, sertakan salinan MyKad pemilik kenderaan dan wakil yang hadir. Selesai.

Tiada bayaran dikenakan, PERCUMA.

Kecuali ingin mendapatkan VOC baharu, bayaran RM50 dikenakan.


LANGKAH KETIGA

Kalau melibatkan kes atau permasalahan (salah satu di bawah), wajib jumpa pegawai di Bahagian Kejuruteraan Automotif(KA) di JPJ sebelum masuk ujian pemeriksaan Puspakom.

  • Sesaran enjin melebihi 30% daripada enjin asal.
    Contoh: 1.3cc tukar 1.8cc
    Cara kira 30%:
    Enjin baharu (1800cc) – Enjin Lama (1300cc) / Enjin Lama (1300cc) x 100 = 38.46%
  • Tukar enjin berbeza model: Contoh, Naza kepada Nissan
  • Tukar bahan bakar kenderaan. Contoh, petrol kepada diesel.

BACA >>> Tukar Enjin Wajib Mohon JPJ – Apakah Akibat Jika Tidak Daftar?


LANGKAH KEEMPAT

Selesai mendapat surat kebenaran daripada Kejuruteraan Automotif(KA), baru hadir ujian pemeriksaan Puspakom dan buat pengesahan butiran kenderaan di JPJ.

Nota Penting: Jika beli enjin dengan kawan-kawan perlu dan wajib buat surat akuan sumpah sebagai ganti Surat Kastam 1.

SUMBER: FB JPJ Malaysia

Auto Terkini Borang K8 Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) JPJ Prosedur Prosedur Tukar Enjin Kenderaan PUSPAKOM tukar enjin Tukar Enjin di JPJ
Han Othman
  • Website

Kecederaan distal radius fracture memaksa dia menguburkan hasrat berlumba dalam litar GP antarabangsa. Amat mementingkan pemanduan berkeselamatan tinggi, sukakan roller coaster, gemar mendengar muzik jalanan dan selalu membantu ular sawa melintas jalan.

Artikel Berkaitan

Lepas L4 dikesan menjalani penggambaran video promosi
Auto Terkini

Lepas L4 Tiba di Malaysia, Bakal Lancar Tidak Lama Lagi!

13/02/2026
Ibu pejabat Mercedes-Benz di Jerman
Auto Terkini

Kakitangan Mercedes-Benz Jerman Dapat Bonus Sehingga Lebih €3,100

13/02/2026
KTM Komuter
Auto Terkini

KTMB Tambah 46,000 Tiket ETS, EMUPlus Sempena Tahun Baru Cina

13/02/2026
Auto Terkini

LEKAS Aktif ‘Smart Lane’ Mula Hari Ini, Tangani Kesesakan Waktu Puncak

13/02/2026

190 Comments

  1. Mohd shafiq zulfikar on 07/11/2018 22:50

    Saya ada 1 kereta persona tapi saya nak tukar engine mivec 2.0 tapi engine saya beli kereta potong dari singapore..lulus atau x kalau saya pakai engine dari singapore

    Reply
    • nunnun on 08/11/2018 02:23

      kena ada surat pelepasan kastam..resit kedai..kalau nak senang guna runner janji duit banyak haha

      Reply
      • ontahmanopoie on 20/06/2019 11:17

        kalau resit dah hilang camno bang?

        Reply
    • Abd rahman MAHAT on 27/05/2019 14:54

      Contact sya.. Boleh uruskan a to z
      017-7558869

      Reply
      • Sham on 23/09/2019 23:08

        Klau 30% ckup lepas ke tkr engine

        Reply
  2. juni on 09/11/2018 00:50

    keseluruhan cek tu cek ape ea.tukar enjn myvi ke passo kene KA j ke

    Reply
    • AO on 10/09/2019 07:26

      Apa saja penukaran enjin mesti berdaftar sebab setiap enjin ada nombor berbeza. Ini untuk tujuan keselamatan dan claim insurans

      Reply
  3. Sahrul on 09/11/2018 09:41

    Ingin memasang rear 4weel untuk model wira… engine Mitsubishi…

    Reply
    • mohd noor on 21/08/2019 11:08

      Abang kalau nk tukar enjin proton savvy ke enjin toyota 3sz boleh lepas x kalau sasaran enjin 30.5%

      Reply
      • Mahfa on 08/09/2019 08:16

        Kena mintak surat dari jpj dulu sbb dh tukar enjin berlainan buatan.. savvy pakai enjin renault.. pergi ke enjin toyota.

        Reply
  4. Tan wei nian on 26/11/2018 14:54

    Saya Ada satu kereta 4 wheel Nissan Frontier nak tukar engine Toyota hilux Boleh Kah ? Nak buat apa surat ? Nanti lagi satu kalau tukar engine toyota, engine leg mesti tak sama Boleh welding tak ? Dulu saya Ada satu kereta Sudah welding JPJ tak lulus test saya punya kereta ……

    Reply
    • AO on 10/09/2019 07:25

      Untuk enjin saiz cc enjin mesti tak lebih 30%. Tapi itu untuk enjin saja dan kena patuh juga syarat ubah suai badan dan casis. Kena semak dengan JPJ

      Reply
    • Tajuddin on 09/01/2020 19:10

      Assalamualaikum saya ad nak tanya saya kancil 660cc sy nk pakai enjin viva 1.0cc .. agak2 lepas ke x? ..

      Reply
  5. jo on 01/01/2019 21:00

    salam sy nk convert ke enjin 2.0.. kereta asal enjin 1.6.. model proton conver ke 4g63t..

    mohon pencerahan..

    Reply
    • AO on 02/01/2019 10:52

      Ikut step seperti dalam artikel

      Reply
    • Mahfa on 08/09/2019 08:18

      Sekarang cuma perdana dan inspira je boleh tukar enjin 4g63.. kalau wira 1.6 dah tak boleh.. paling tinggi pon boleh tukar enjin 4g93 1.8.

      Reply
  6. Nik on 09/01/2019 11:42

    Salam . Cmne nk buat pengiraan sekiranyaa 2.0 nk tukar ke 2.4 ?

    Reply
    • Mahfa on 08/09/2019 08:19

      2.0 pergi 2.4 tak lebih cc yang dibenarkan lagi.. boleh terus pergi puspakom

      Reply
    • AO on 10/09/2019 07:22

      Cara kira ada dalam artikel

      Reply
  7. Hanafie on 14/01/2019 19:19

    Saya tukar engine kelisa kpd dahaitsu YRV 1.3 turbo.. So boleh ke tak saya endorse sbb tukar bukan engine perodua..

    Reply
    • AO on 10/09/2019 07:22

      Boleh. Asalkan ikut limit saiz cc yang ditetapkan.

      Reply
  8. Arif on 17/01/2019 04:02

    Selain Proton Perdana xblh endose 2.0….pkai underground blh la…nk confirm tye JPJ trus…

    Reply
  9. Iman on 27/01/2019 12:50

    Terima kasih tuan atas informasi..
    Ada fenomena baru belaku dalam industri kereta.. iaitu motor elektrik.
    Jika saya menukar enjin petrol kepada motor elektrik. Bagaimana nak dapatkan kelulusan jpj dan insuran? supaya kereta saya boleh berada atas jalanraya secara sah.

    Reply
    • ABG GYL on 27/01/2019 23:42

      Rasa ini agak payah. Bagaimanapun boleh rujuk pada JPJ

      Reply
  10. wan on 10/02/2019 12:08

    Salam. Nk tnya, mcm kereta ada hutang bank lg, mcm mna ye nk endorse? Kena bawa salinan geran yg photostat ke?

    Reply
    • Mahfa on 08/09/2019 09:00

      Boleh beli dulu maklumat terperinci dekat jpj RM25.. baru pergi puspakom.. puspakom takkan terima geran fotostat..

      Reply
    • AO on 10/09/2019 07:27

      Sekarang geran ori dah boleh minta kat bank walaupun loan belum habis

      Reply
  11. Pak Ein on 12/02/2019 11:08

    Salam Tuan…… mohon sedikit pencerahan petikan dibawah :

    [Kalau melibatkan kes atau permasalahan (salah satu di bawah), wajib jumpa pegawai di Bahagian Kejuruteraan Automotif(KA) di JPJ sebelum masuk ujian pemeriksaan Puspakom.

    Sesaran enjin melebihi 30% daripada enjin asal.
    Contoh: 1.3cc tukar 1.8cc
    Cara kira 30%:
    Enjin baharu (1800cc) – Enjin Lama (1300cc) / Enjin Lama (1300cc) x 100 = 38.46%]

    ***persoalan….. sewaktu jumpa dgn (KA) perlukah bawa kereta bersama atau bawa dokumen shj

    Reply
    • ABG GYL on 13/02/2019 17:53

      Terpulang. Kebiasaanya perlu atau bawa saja gambar

      Reply
  12. irfan on 13/02/2019 08:53

    salam…saya ade preve tapi berhajat nak tuka cc enjin dr 1.6 ke 2.5 turbo/supercharge lepas ke?

    Reply
    • ABG GYL on 13/02/2019 17:52

      Yang ini confirm tak lepas

      Reply
  13. Saiful on 28/02/2019 13:01

    Klu engin 3.5 nk tukar ke 2.4 blh ke

    Reply
    • Mahfa on 08/09/2019 08:59

      Boleh terus ke puspakom

      Reply
  14. Syed Shahril Faisal on 04/03/2019 09:47

    Saya ada Naza Ria 2.4cc.Saya dah tukar enjin kereta naza ke enjin import dari kereta toyota camry v6 2.4.cc.Bagaimana sy nk register dan berapakah kos modal utk buat register dan endos enjin di hq

    Reply
    • Mahfa on 08/09/2019 08:59

      Kena dapatkan surat daripada JPJ KA terlebih dahulu baru pergi puspakom.. kos di puspakom 37.10 + 26.50 kalau lulus.. kos di jpj 50 untuk geran baru..

      Reply
  15. Othman bin soh on 18/03/2019 13:54

    Saya ada kereta estima 3.5 ACR 50 saya nak tukar enjin ACR50 2.4. Bolehkah? Adakah roadtax bayar ikut 2.4cc?

    Reply
    • Mahfa on 08/09/2019 08:57

      Bila dah selesai endorse di jpj.. cc akan ikut 2.4

      Reply
  16. Mhd.yusuf on 20/03/2019 11:53

    Nak tanya toyota corolla 1.3cc engine 2e nak cOnvert pigi engine myvi 1.3cc vvti ,,boleh ke,,

    Reply
    • Mahfa on 08/09/2019 08:56

      Kena dapatkan surat daripada JPJ KA dulu baru pergi puspakom..

      Reply
  17. Danil on 24/03/2019 21:23

    Salam
    Saya nak tanya
    Lori Saya sedang proses Ganti engin
    Dalam masa yg Sama jadual inspection lori
    Dan lambat inspection Sebab Ganti engin
    Apakah Saya akan kena denda atas terlambat inspection?

    Trimakasih

    Reply
    • ABG GYL on 25/03/2019 11:32

      Untuk ini perlu rujuk pada JPJ semula

      Reply
    • Mahfa on 08/09/2019 08:56

      Kalau lambat inspection automatic akan blacklist.. dan kena bayar saman dulu di jpj.. baru boleh masuk puspakom untuk pemeriksaan 6 bulan dan tukar enjin.

      Reply
  18. Nasrul on 26/03/2019 17:27

    saya baru beli kereta second hand wira 1.5 A GL 2001 tp sepatutnya enjin carburator tp saya dapati enjin dalam adalah sistem Injection GLi perlu ke saya ke puspakom sebab saya beli atas kedai owner lama pun baru letak je kereta dan dh tukar geran nama ke atas nama saya

    Reply
    • Mahfa on 08/09/2019 08:54

      Kalau setakat tukar karburetor ke injection takde masalah.. tapi kalau dah sampai tukar enjin.. kena buat pemeriksaan tukar enjin di puspakom..

      Reply
  19. wira on 26/03/2019 17:39

    Saya baru beli kereta proton wira 1.5 A GL sedan 2001, sepatutnya enjinya adalah sejenis carburetor, tp saya dapati system enjin adalah jenis injection GLi, adakah saya perlu ke jpj untuk mendaftar sedangkan owner lama dh jual di kedai dan saya dh beli dan geran telah bertukar ke nama saya

    Reply
    • Mahfa on 08/09/2019 08:53

      Tak perlu ke jpj.. carburetor ke injection takde masalah

      Reply
  20. Izkhairi on 03/04/2019 12:11

    Salam tuan.saya ada wira 1.3 sudah converrt vrg 2.0. Tapak+mounting enjin semua original.
    Brake disc belakang sudah tambah.
    Mohon nasihat dan prosedur.

    Reply
  21. Izkhairi on 03/04/2019 12:12

    Salam tuan.saya ada wira 1.3 sudah converrt vrg 2.0. Tapak+mounting enjin semua original.
    Brake disc belakang sudah tambah.
    Mohon nasihat dan prosedu

    Reply
    • Mahfa on 08/09/2019 08:52

      Wira dah tak boleh tukar enjin 2.0.. paling tinggi pon enjin 4g93 1.8.. perdana dan inspira je yg dibenarkan.

      Reply
    • AO on 10/09/2019 07:35

      Kena daftar ikut prosedur tukar enjin macam biasa.

      Reply
  22. Wann on 22/05/2019 21:29

    Assalammulaikum..kalau nak downgrade cc enjin boleh ke? Contoh kereta Estima.. Enjin asal 3.0..nak downgrade ke 2.4..boleh ke?

    Reply
    • Mahfa on 08/09/2019 08:50

      Kalau nak downgrade cc takde masalah.. boleh terus ke puspakom

      Reply
  23. Harris on 28/05/2019 15:19

    Jila surat kastam 1 hilang..masihkah boleh membuat pertukaran enjin

    Reply
    • Mahfa on 08/09/2019 08:50

      Wajib ada surat kastam atau surat akuan sumpah.. kalau hilang kena pergi balik dkt kastam.

      Reply
  24. Ahmad Safuan on 31/05/2019 19:15

    kereta saya asal transmisi manual.. saya tukar enjin dengan tranmisi Automatik.. bagaimana dan boleh kah proses endorsement dibuat? terim kasih…

    Reply
    • ABG GYL on 02/06/2019 13:29

      Boleh rujuk pada JPJ

      Reply
    • Mahfa on 08/09/2019 08:49

      Jika ada sebarang penukaran transmisi.. boleh terus pergi ke puspakom tanpa rujuk jpj.

      Reply
  25. Saril on 17/06/2019 23:50

    Adakah dibenarkan buat oenukaran enjin jika surat jual beli takda.klu boleh apakah yg perlu saya lakukan untuk menukar enjin dengan tidak memiliki surat jual beli?

    Reply
    • Mahfa on 08/09/2019 08:48

      Yg penting ada surat kastam ataupun surat akuan sumpah

      Reply
  26. Muhd adrien lee on 03/07/2019 02:01

    Assalamwalaikum tuan..
    Saya baru sahaja tukar engine dari 1.4 ke 2.0
    Kereta peugeot 206…
    Untuk peugeot 206 ada 3 spec engine 1.4 , 1.6 dan 2.0
    Tukar ke 2.0 time endos dekat jpj kalau semua ok rasanya lepas tak???

    Reply
    • Mahfa on 08/09/2019 08:47

      Dapatkan surat daripada KA JPj dulu sbb 1.4 pergi 2.0 dah melebihi cc yang dibenarkan.. bila dh dapat surat.. pergi puspakom untuk pemeriksaan tukar enjin.. bila dh lulus di puspakom.. bawa report b2 puspakom dan geran ke jpj.. lepastu selesai..

      Reply
  27. Saiful on 08/07/2019 14:37

    Saya ada kereta satria 1.3 dan wira 1996 sudah endos ke 1.8.Bolehkah satria 1.3 saya masuk engine 1.8 wira 1996?Sebab body wira saya sudah uzur.So wira 1996 akan declare scrab.Minta pandangan tuan

    Reply
    • Mahfa on 08/09/2019 08:40

      Kena mintak surat JPJ KA dulu sbb satria 1.3 pergi 1.8 dah melebihi cc yg dibenarkan..

      Reply
  28. fadli on 10/07/2019 20:46

    kereta saya proton wira engin 1.5 dah tukar ke 1.8. puspakom dah endorse semua. bila pergi jpj, pegawai jpj hanya tukar nombor engin saja dan cop pengesahan dlm geran sy tapi cc masih sama 1.5 dalam geran tu. adakah jpj salah atau sy yg salah sebab tak isi borang tukar cc?

    Reply
  29. mad on 16/07/2019 23:59

    saya nak tukar satria 1.6 tukar engine ke 1.00
    boleh ke

    Reply
    • Mahfa on 08/09/2019 08:31

      Engine 1.0 tu enjin ape ye? Kalau selain proton atau mitsubishi kena dapatkan surat daripada JPJ KA dulu..

      Reply
  30. Shahrizal on 30/07/2019 08:28

    Kalau dah hilang surat kastam macam mana ek?

    Reply
    • Mahfa on 08/09/2019 08:30

      Pergi balik kastam

      Reply
    • AO on 10/09/2019 07:30

      Cari rekod kat kastam

      Reply
  31. roslan ramli on 30/07/2019 19:12

    saya tukar enjin pada cc yang sama
    apa keperluan yang patut saya bawa ke puspakom?

    Reply
    • Mahfa on 08/09/2019 08:29

      Geran (JPJK2/VOC)
      Surat Kastam / Surat Akuan Sumpah

      Reply
    • AO on 10/09/2019 07:30

      Follow step yang diberikan

      Reply
  32. KHARUL AZMAN on 02/08/2019 16:55

    Kenderaan sy Honda Stream rsz 2000 cc RN6 R20a SOHC. rancang nk tukar enjin Honda stream RN3 Dohc K20 2000 cc. Sudah tentu enjin mounting kene modified. .boss…boleh endorse ke

    Reply
    • AO on 03/08/2019 09:47

      Rujuk bahagian automotif JPJ. Kalau spec engine dan lepas

      Reply
    • harrzan on 27/08/2019 11:27

      Saya ada tukar engine kete kancil dari 660 kepada 989cc daihatsu & dari manual jadi auto. Adakah lepas permohonan surat KA & puspakom. Sesiapa ada pengalaman boleh share untuk pencerahan. Tq.

      Reply
  33. ramzi on 07/08/2019 23:38

    kalau nissan 350z v6 swap sr20dett..cc dr 3.5liter jadi 2.0liter boleh ke?roadtax ikut enjin asal ke cc bru?

    Reply
    • Mahfa on 08/09/2019 08:28

      Roadtax ikut cc baru

      Reply
      • Awang on 17/09/2019 09:22

        boleh ke tukar cc besar ke cc rendah mohon pencerahan

        Reply
  34. rozmi on 20/08/2019 09:14

    Saya punya kereta Naza Citra , ingin tukar kepada engine yang lain selain daripada citra , model Engine kereta apa yang bolih masuk, siapa ada pengalaman tolong bagi pecerahan, bolih wasap saya 0182558471

    Reply
    • Mahfa on 08/09/2019 08:27

      Naza citra boleh masuk enjin naza citra dan kia carrens…

      Reply
  35. mohd noor on 21/08/2019 22:43

    Abang kalau nk tukar enjin proton savvy ke enjin toyota 3sz boleh lepas x kalau sasaran enjin 30.5%

    Reply
    • Mahfa on 08/09/2019 08:26

      Kena dapatkan surat tukar enjin daripada KA JPJ dulu baru pergi puspakom.. sbb savvy pakai enjin renault.. tukar kepada enjin toyota..

      Reply
    • AO on 10/09/2019 07:33

      Kalau lebih ikutkan tak lepas. Untuk kes sipi-sipi ni kena rujuk JPJ

      Reply
  36. harrzan on 27/08/2019 11:33

    Saya ada tukar engine kete kancil dari 660 kepada 989cc daihatsu & dari manual jadi auto. Adakah lepas permohonan surat KA & puspakom. Sesiapa ada pengalaman boleh share untuk pencerahan. Tq.

    Reply
    • Mahfa on 08/09/2019 08:21

      Kena pergi mintak surat KA JPJ dulu.. dapat surat tu baru pergi puspakom.. tapi kena pastikan brek cantik.. sbb kancil pergi 1.0 mmg susah nak lepas..

      Reply
  37. ZuL on 12/09/2019 17:42

    Kalau nak upgrade enjin dari 1.3 kepada 1.5 Myvi..
    dan enjin beli dari kawan (asal dari kereta dia).
    Procedure dia sama ke di atas? 🙂

    Reply
  38. harrzan on 14/09/2019 18:56

    Terima kasih for info, memang pun ni sudah masuk kali ketiga tak lepasx2 breaknya., jpj mahukan 60%. Result mulax2 44% bikin2 naik 58% turun 52%,, lusa masuk lagi check. Pening2. 660 > 1000cc banyak dugaan.

    Reply
  39. Sufi on 15/09/2019 22:30

    Tuan, andaikan, estima arc30,tukar engine yg arc30 jugak adakah ade tercatat dalam geran mengatakan bahawa enjin telah ditukar?

    Reply
  40. Awang on 17/09/2019 09:20

    Saya nak tukar cc besar ke cc rendah boleh ke

    Reply
  41. Rudzi in yamat on 18/09/2019 20:37

    Saya ada beli sebuah kereta oldskool
    Masa beli saya xperika nombor injin dn casis kereta tersebut sb owner cakap dia baru lps tukarmilik dan sticker puspakom masih tertampal kt cermin kereta.
    Seminggu kemudian baru saya periksa no.casis dan injin.The result no casis sama tp no injin xsama dlm gran.
    Bila saya refer owner dia xtau mcmna brlaku sdgkn dia xprnah pn tukar injin kereta trsebut dan tiada pindaan dlm gran
    Dia ckp masa tukar nama blmnya semua owner lama yg uruskan B5 dan dia hanya hadir kt jpj utk tkr nama.
    Macamana nk settlekan masalah ini.

    Reply
  42. Irwan on 23/09/2019 00:46

    Jika saya mahu tukar engine Mercedes lama saya 3.2cc ke mercedes baru 1.8 cc blh ke ?

    Reply
  43. Udin on 27/09/2019 14:10

    Salam sy nk tanya..adakah jika kita memasang Bolt on turbo pada kenderaan menjadi kesalahan..minta pencerahan..ada yg kata lepas dgn jpj sbb bukan modifikasi enjin

    Reply
    • AO on 28/09/2019 20:55

      Kit untuk ekstra kuasa memang tak perlu daftar JPJ sebab tak libatkan perubahan nombor casis. Isunya, modifikasi yang kita buat tu ada risiko tak lepas standard JPJ. Sama macam tukar ekzos. Tak perlu daftar, tapi bunyi ekzos tu pula yang tak lepas JPJ.

      Reply
  44. Khairul on 01/10/2019 22:47

    Engine viva 850cc ke engine myvi 1.3? Lepas ka pspkom?

    Reply
  45. Munie on 02/10/2019 13:32

    Kalau nak tukar enjin kancil 850 enjin apa yang sesuai yek

    Reply
  46. ila on 07/10/2019 11:47

    saya nak tanya .. kalau dah tukar enjin (sama cc).. tp lmbat bawa ke puspakom ,kene bayar denda ke ?

    Reply
  47. ila on 07/10/2019 11:48

    saya nak tanya .
    kalau dah tukar enjin (sama cc).. tp lmbat bawa ke puspakom ,kene bayar denda ke ?

    Reply
  48. Mohamad yunus on 07/10/2019 20:00

    Assalamualaikum ..saya nk bertnya sedikit..kancil 850 tukar engine kepada yrv 1.3 blh lepas x endorse

    Reply
  49. ijam on 10/10/2019 02:45

    saya mempunyai 2 jenis kereta lama yang sama di atas nama saya, dan kedua2nya sah disisi undang2. soalannya, saya mahu melupuskan kereta A kerana reput, tetapi mahu memindahkan enjin kereta A ke kereta B. apakah proses yg perlu dilakukan agar kereta B boleh dugunajan secara sah(endorsed)?

    Reply
  50. Xa on 19/10/2019 16:51

    salam nak tanya…kalau surat kastam hilang macamana ya nak buat….boleh ke pergi ke kastam cek rekod?ambil rekod dari situ sahja? doc apa yg perlu saya bawa kalau sy nak cek rekod di kstam?

    Reply
  51. mohd noor on 24/10/2019 17:13

    Saya baru tukar enjin cc yg sama…slps 3 hari ambil kereta dan blm sempat endose geran berlaku kemalangan dan total loss.Pihak insurance minta buat endose geran dahulu dkt jpj sblm insurance membuat bayaran pd …apa yg perlu saya buat untuk endose no enjin baru dkt geran sbb kereta dah total loss..

    Reply
  52. Hallo on 03/11/2019 00:31

    Sekarang saya pakai auto nak tukar kepada manual berapa harga yang saya perlu bayar endorsed dengan jpj? Dan resit bayaran sahaja kan saya kene bawak?

    Reply
  53. Ammar on 27/11/2019 07:45

    Saya nak tukar engine dari kereta satria sy 4g92 ke wira saya 1.5, adakah perlu surat dari kastam or surat akuan bersumpah..dua² kereta atas nama saya..

    Reply
  54. Bebz on 29/11/2019 18:37

    Lepas beli dari kedai h/cut..surat kastam tu trs dapat pada msa yang sama?

    Reply
    • AO on 30/11/2019 06:56

      Ya

      Reply
  55. Shamz on 02/12/2019 16:29

    Sama ke prosedur engine bmw 525 diesel nak tukar ke 525 petrol..cc sama..cuma diesel ke petrol…kena jumpa pegawai automotive kan utk dptkan kebenaran langkah 4.tq

    Reply
    • Shamz on 02/12/2019 16:30

      Berapa anggaran kos yg terlibat..

      Reply
  56. Manz on 12/12/2019 23:20

    Saya ada beli engine seketul dari kedai besi buruk…setelah saya buat general overhaul engine tersebut berfungsi dengan baik.. Boleh kah saya pasang engine tersebut pada kereta saya sebb engine asal dah pecah dan bagai mana nak daftar blh kah guna resit masa saya beli engine tudari kedsi besi buruk..engine sama cc n jenama dengan yg asal

    Reply
  57. fairuzi on 20/12/2019 21:47

    salam. soalan saya kena conner dr topik. bleh ke kereta saya iswara 4g13 sistem carburator asal tukar ke weber atau carburtor superbike cth honda cbr. de jejas pape x?. jadi kesalahan x?

    Reply
  58. Deqwandowski on 03/01/2020 21:47

    Ada tempoh masa kah selepas lulus dua2 ujian di puspakom nak baharui geran baru di jpj?

    Reply
  59. Zul on 11/01/2020 00:12

    Salam tuan. Kancil 660, enjin daihatsu apa yg boleh lepas utk endorse JPJ? Berapa CC? Enjin 660 saya dah rosak. Perlu ditukar.

    Reply
  60. Riza on 12/01/2020 22:23

    saya ada kancil 660 tp dah tukar enjin kelisa… masalahnya saya tak pernah endos lg kat jpj. rasanya dah dekat 6 atau 7 tahun… nak tnya… kalau pergi jpj skrg buat endos bole lg ke? 😅

    Reply
  61. Faz on 14/01/2020 09:49

    Myvi 1.3 lagi best tukar engine k3vet type R lepas ke inspection puspakom dan jpj?? ..boleh ke

    Reply
  62. Leong on 16/01/2020 22:10

    Saya mempunyai sebuah wira 1.8doch sedan 1995 yg telah sudah lama menukar head enjin (sebab head rosak) tetapi tidak tahu tetang perlu tukar chasis nombor sebab foreman tak beritahu pd masa tu, dokumen/kastam form/resit semuanya masih ada, adakah saya masih perlu menukarnya? Apakah pula patut saya lakukan? Tolong berikan nasihat…..

    Reply
  63. Ery on 17/01/2020 18:03

    Jika pemilik meninggal dunia, waris tukar enjin asal kepada enjin lain bagaimana pula.. Geran belum tukar nama masih dalam proses surat kuasa

    Reply
    • Abang GYL on 21/01/2020 09:50

      Perlu tukar nama terlebih dahulu

      Reply
  64. Izham on 08/02/2020 04:40

    Saya ingin bertanya saya ada satu wira aeroback nk tukar body wira sedan tapi nk pakai enjen yang ada pada wira aeroback yang dah endorse adakah boleh saya endorse kepada body wira sedan tu?

    Reply
  65. Nazim on 12/03/2020 10:52

    Salam. Ambik masa lama tak untuk uruskan.. sy masih blum tukar lagi walapun dah lama tukar enjin.

    Reply
  66. Azzmer on 27/05/2020 09:26

    Adik ipar Dah tukar engin dari 1.8 ke 1.6 masa tukar adik tak endos dalam masa 3-4 tahun.. Pertanyaan.. Bila kite nak endos masa sekarang adakah penalty atau saman yg kene bayar (sbb lama x endos tapi kereta berjalan)…

    Reply
  67. zack on 06/06/2020 21:23

    kalau beli engine pada kawan tetapi tak ada apa2 dcument mcm mana yer.. sbb kawan cari owner xjumpa.. yg ada cuma report polis sbb kawan nak jual kreta tu untuk dijual sbgai spare part..

    Reply
  68. iskandar on 09/06/2020 15:31

    salam bang..tumpang tanya..enjin kereta saya asal 1.5 ..kereta wira…tukar enjin masuk 1.8 4g93 beli dari kawan saya ..adakah rumit proses penukaran nama dan proses endorse ??..yang ada geran ori dan surat endorse dari keta kawan saya jer

    Reply
  69. Hasymat on 13/06/2020 19:02

    Salam bang..nak tanya macam mana prosedur kalau kita nak cop nombor enjin baru,enjin lama da retak kenderaan motorsikal bang.

    Reply
  70. Azmi Shahrul on 15/06/2020 18:58

    Surat kastam 1 untuk enjin baru atau enjin lama?

    Reply
  71. Otai din on 20/06/2020 18:17

    Saya nak tanaya. Sy pakai kancil 660. Xpi sy nk tukar enjin kelisa 1.0 ley ke lulus jpj

    Reply
  72. Aidil on 23/06/2020 17:42

    Sy nk tnya.. Kalau sy tukar enjin yg sama cc dia kena minta rujukan jpj jgak ka cmna cth enjin 1.5 proton saga magma kpd enjin 1.5 injection wira…

    Reply
  73. Muz on 12/07/2020 00:20

    Sya ada keta mini 1000 yg lama. Jdi spare part engine harga mahal dan payah nk cari. Chassis elok syang nk jual. Jdi sya nk tnya engine brand apa yg sesuai untuk mini lama ya?? Dan kebanyakkan sya tngok ramai letak kat mini engine honda 16a, 18b dgn 20b… lepas ke?? Mohon pencerahan. Tq…

    Reply
  74. Kavinraj on 18/07/2020 13:35

    Saya nak tanya, Saya Ada saga fl 1.3cc.saya nak convert engine 1.3 ke 1.8 boleh ke ?

    Reply
  75. Krit Srivara on 24/07/2020 20:50

    Nak tanya boss, kalu toyota 4000cc nak tukar engine ke 2500 cc toyota juga ..bolih ker. Terima kasih

    Reply
  76. timun on 26/07/2020 13:03

    nak dapat borang B2 utk enjin baru bukan check enjin baru dipasang shj ok dan chasis dgn no enjin sama. tapi juga check brake,bunga tayar, bacaan cermin, lampu menyala, nombor plat takde yg patah. LAPORAN B2 laku sebulan. pastikan kereta dah ready baru periksa puspakom. kalau tak banyak buang masa

    Reply
  77. Erul on 26/07/2020 17:02

    Saya nk tnya bos,saya ada proton putra engine asal 1.8cc..klau saya convert ke 2.0cc boleh ke?

    Reply
  78. Hamdan on 28/07/2020 16:01

    Saya baru tukar enjin kancil 850 saya ke enjin l9 jbdet.. tapi kereta saya still nama owner lama.. so macam mana saya nak buat untuk endos enjin ni dekat jpj ye.. nak kena bawa owner asal ke atau macam mana ye..

    Reply
  79. ozzy on 28/08/2020 02:00

    salam ,adakah saya perlu masuk lagi ke puspakom utk tukar nama setelah selesai register enjin?

    Reply
  80. moore on 02/09/2020 10:42

    bos saya tukar engin honda 1.8 ke 2.0 boleh ke bos

    Reply
  81. rezli on 22/09/2020 04:38

    nak tukar engine lebih 30% boleh tp ada step..tukar engine dan tambah brake bekakang dlu then pegi ke kawal selia then diorang akan lenjan kereta kita..kalau lulus boleh bawak surat dri kawal selia ke jpj..nk tukar engine berlainan jenama boleh tp jgn kacau mounting asal seperti potong..

    Reply
  82. Akmal on 23/09/2020 19:03

    Kalau macam saya nie . asal k20 tapi saya tukar engin cc yang sama . berape anggaran kos inspection ?

    Reply
  83. Ali on 23/09/2020 21:34

    Dimana boleh saya dapat surat pengesahan Kastam untuk Borang Kastam B 1, yang di terbit kan di Pelabuhan Barat ( west port – klang)?

    Bila saya beli enjin sebulan dulu workshop hanya beri saya fotokopi borang B 1 bertarikh 2018.

    Satya dah bawa kereta ke PUSPAKOM check dan dah lulus, tapi JPJ nak surat pengesahan dari KASTAM.
    Saya pergi ke

    1) Pejabat Kastam Wilayah Perseketuan di Kelana Jaya, mereka kata pergi Pej Kastam Selangor di Pelabuhan Barat kerana dokumen di clear di Pelabuhan Barat.

    2) Di Pejabat Kastam Selangor di Pelabuhan Barat pula, dia kata kena pergi Business Centre kat WESTPROT

    3) Di Business centre kat WESPORT pulak dia kata kena pergi ke PELABUHAN UTARA kerana sana da seksyen khas….

    Banyak kali saya dah jalan ni dan saya kena register no enjin baru di JPJ dalam sebulan selepas PUSPAKOM inspection!

    SO, di manakah yang saya boleh dapat surat pengesahan ini?

    Reply
  84. Ali on 24/09/2020 20:51

    Finally i got that surat pengesahan BORANG KASTAM from the KASTAM OFFICE AT PELABUHAN KLANG UTARA – Unit documentation.

    RM3 per page!

    It would be good if they have this service online. I took me trips to 4 KASTAM offices – WP Customs office, Wisma KAstam Selangor at west port, Kastam Business centre at Wesport business suite and finally pejabat kasatm selangor at Pelabuhan Utara!

    Saya terpaksa ambil cuit 2 hari, belanaj minyak RM80, Bayaran fee RM6, Makan minum RM20 dan maybe a speed summons on the way to Port klangas the speed limit is varied along the road there!

    Kastam – pls make it easier for us to obtain these items or make it compulsory for the trader bringing in the goods to ensure that he has one custom declaration form for each engine!

    Reply
  85. Ali on 24/09/2020 20:51

    Finally i got that surat pengesahan BORANG KASTAM from the KASTAM OFFICE AT PELABUHAN KLANG UTARA – Unit documentation.

    RM3 per page!

    It would be good if they have this service online. I took me trips to 4 KASTAM offices and finally pejabat kasatm selangor at Pelabuhan Utara!

    Saya terpaksa ambil cuit 2 hari, belanaj minyak RM80, Bayaran fee RM6, Makan minum RM20 dan maybe a speed summons on the way to Port klangas the speed limit is varied along the road there!

    Kastam – pls make it easier for us to obtain these items or make it compulsory for the trader bringing in the goods to ensure that he has one custom declaration form for each engine!

    Reply
  86. Ali on 24/09/2020 20:52

    Finally i got that surat pengesahan BORANG KASTAM from the KASTAM OFFICE AT PELABUHAN KLANG UTARA – Unit documentation.

    RM3 per page!

    Reply
  87. Ali on 24/09/2020 22:31

    It would be good if they have this service online. I took me trips to 4 KASTAM offices and finally pejabat kasatm selangor at Pelabuhan Utara!

    Saya terpaksa ambil cuit 2 hari, belanaj minyak RM80, Bayaran fee RM6, Makan minum RM20 dan maybe a speed summons on the way to Port klangas the speed limit is varied along the road there!

    Kastam – pls make it easier for us to obtain these items or make it compulsory for the trader bringing in the goods to ensure that he has one custom declaration form for each engine!

    Reply
  88. Ikram on 30/09/2020 23:11

    Klo tukar enjin drp keta scrap blh k?

    Reply
  89. Azhar on 01/10/2020 20:39

    Lori saya diesel enjin nak tanya macam mana dan di mana satu Jabatan untuk membuat pengesahan green enjin tanpa tukar enjin supaya harga cukai jalan dapat 50% turun

    Reply
  90. muhammad na'im on 07/12/2020 08:43

    maaf bertanya, saya punya kereta honda sr4 enjin 1.6 uprade ke 2.0 ikut kiraan dah lebih dri 30%
    perlu ke sy bwa kereta ke JPJ atau bwa dokumen berkenaan sahaja?

    Reply
  91. Nil Lam on 22/12/2020 17:02

    Kereta saya Bezza 1.3cc, saya terpaksa tukar engin sebab engin rosak. Engin baru sama cc, sama pengeluar, tapi beli dari kedai potong. Apakah langkah saya boleh buat, tlg bagi nasihat sikit…. wasap 0194761395

    Reply
  92. MOHD TAMIZI BIN HASHIM on 17/01/2021 20:24

    Tukar enjin kereta Nissan Vanette sama cc 7 tahun lalu 2013.. Ada surat pengesahan kastam. Bolehkah sekarang buat pendaftaran enjin yang baru beli. di JPJ.

    Reply
  93. Saiffuddin on 26/01/2021 18:49

    VOC tu kena bawa yang original ke? sbb yg ori pada bank, ada yg copy je. Boleh ke bawa geran copy je

    Reply
  94. Zulkifli on 12/02/2021 17:40

    As salam tuan,tukar enjin Honda Ferio 1.6 tukar kepada enjin Honda ek 1.8 klu xsilap sy..blh pergi Puspakom trus atau ke JPJ dlu

    Reply
  95. Azrai on 13/02/2021 22:52

    Bang..
    Rb 25 nak masuk engine 1uz yang 4000cc tu lepas tak? Tadi saya kira² dah ..dapat 60%
    Sebab kat situ lebih dari 30% kan..

    Reply
  96. Puvhendren on 14/02/2021 00:59

    Tukar engine sama cc tapi import surat kastam semua ada..nk pi puspakom ..cuma nk tnya tinted dya check dak ?

    Reply
  97. Man on 15/02/2021 16:13

    Nak tukar engin lain. Skg guna
    Kereta mpv renualt 2.0..
    Boleh masuk engin toyota 2.0 tsk

    Reply
  98. mohd affiq b. abdul rahman on 21/04/2021 21:59

    Saya nak jual kereta..tapi Sebelum ni enjin asal saya rosak dan saya beli enjin dengan enjin kapasiti sama dengan kawan..sekarang saya dah lost contact dengan dia..document yang ada dengan saya cuma salinan geran kereta dia.ada sapa2 boleh bantu untuk selesaikan

    Reply
  99. Ayoi on 03/05/2021 13:40

    Saya sudah membeli sebijik enjin dari kereta exsiden dan owner sudah pun menjual enjin kepada saya…owner enjin sudah membuat akuan sumpah jual beli enjin… apa perlu saya buat untuk terus kan

    Reply
  100. harith iskandar on 06/05/2021 13:23

    saya nak tukar enjin kereta satria saya dari 1.6 ke 1.8 turbo boleh ke?

    Reply
  101. Din on 04/06/2021 01:23

    Nak tanya…kereta kenari sy dah endorse.. Buatan enjin dari perodua ke daihatsu.. Boleh ke kita tukar nama kalau nak jual kereta tu.. Sebab tgk syarat kalau tukar enjin lain buatan tak boleh tukar hak milik

    Reply
  102. Ejal on 27/06/2021 10:05

    Asalammualaikum saya Ada takda geran bole bantu. Masalah saya Tak kenal owner lama yg saya knal 2ñd owner

    Reply
    • Abang GYL on 27/06/2021 14:36

      Wsalam, kiranya pemlik asal kenderaan masih lagi owner pertama betul?

      Reply
  103. Hizat on 18/07/2021 16:32

    Saya nak tny.klu van sek buat penukaran enjin. Brape kos untuk dapat Surat mohon enjin dan tenjin

    Reply
  104. Arvin on 04/08/2021 02:48

    Hi saya nak tukar engine perdana 2.0 kepada engine nissan 2.6 boleh ke kalau boleh documents apa yang saya kena ada?

    Reply
  105. BRO on 12/08/2021 02:00

    Kalau Myvi 1.5, sya nak tukar ke Engine K24A (2.4). Ada cara nak lepas puspakom tak. Duit takde hal, janji lepas.

    Reply
  106. Kelvin on 06/09/2021 19:55

    Penukaran dari Inpsira 2.0 auto, Asal 4B11 ke RA 2.0 4B11T /Evo X 4B11T dapat lepas JPJ?
    Beli half cut 4B11T dari bengkel, kereta masih ikat loan. Insurance masih dapat beli?

    Reply
  107. ikram on 10/09/2021 00:04

    saya nak tanya,say beli kereta second atas tangan,enjin asal 850,owner dah tukar 1.0..surat enjin hilang..kereta tahun 1975..saya nak buat proses tukar nama dgn pupakom….

    Reply
    • AO on 24/11/2021 13:04

      Tanya JPJ

      Reply
  108. Marzuki on 25/09/2021 03:46

    Sy nk tukar enjin nissan terrano enjjn asal Z24 petrol,tukar enjin TD 27 turbo diesel,jadi boleh kah dari enjin petrol ke enjin diesel

    Reply
  109. Umanathan on 09/10/2021 15:47

    Saya own body asalnye satria model 1.3 manual dalam geran, masa saya beli owner lama dh convert 1.5 (4G15 auto) dalam geran skrg dh 4G15. Engine tu dah rosak, saya nak tukar halfcut 4G93 auto Boleh endorse tak?

    Reply
  110. Wanawan on 12/10/2021 17:43

    Salam…kalo kereta lari bayar bank boleh tukar enjin ke….kereta da 6 thun tidk byr…

    Reply
  111. Nik faisal Bin abu hasan on 29/10/2021 23:06

    Salam nk tanya . Kalau wira 1.6 tukar enjin 4g67 1.8 lepas tak . Ade kah kena mohon suray K.A

    Reply
  112. Syufri on 06/11/2021 18:34

    Hi admin.. sy nk beli kereta singapore scrap, salin sebiji kat kereta sy, apakah document yg diperlukan? Dn boleh endorse ke sekiranya sy pakai engine kereta singapore scrap tersebut?

    Reply
    • Abang GYL on 08/11/2021 10:25

      Sebarang kereta Scrap adalah dikira tidak sah dari segi undang-undang.

      Reply
  113. Nizam on 07/11/2021 02:52

    Salam..kereta kancil cc850 dh tukar enjin ke cc1.0 tapi masih nama owner asal..adakah perlu bawa owner dan amik surat KA JPJ dahulu atau terus ke puspakom?

    Reply
  114. abesmat on 08/11/2021 06:06

    kereta kancil sudah tukar engine dah 3 tahun. tpi tk endos….bagaimana cara… sekarang baru nak endos

    Reply
  115. man79 on 04/02/2022 00:24

    hello..tuan.
    sy ada dua biji kereta geran atas nama saya.
    kalau saya hendak tukar enjin dari kereta A ke kereta B dan dari kereta B ke kereta A boleh.
    enjin kereta A 4G15
    enjin Kereta B 4G91

    Reply
    • AO on 21/02/2022 00:23

      Prosesnya sama saja, dua2 kereta kena dapat kebenaran JPJ dan kena inspect Puspakom

      Reply
  116. Bruce on 20/02/2022 01:15

    1.5 endorse 1.8 lepas ke tak ehh?

    Reply
    • AO on 21/02/2022 00:14

      Sila kira sendiri

      Reply
  117. Mat on 25/03/2022 14:44

    Assalamualaikum..sy ade beli enjin dgan kawan.. dia minta detail geran sy .memang itu cara untuk buat surat akuan sumpah sbagai ganti kastam form ke?

    Reply
  118. Maslan on 28/04/2022 20:03

    Boleh kah tukar engine rodtax mati

    Reply
  119. Faizal on 06/06/2022 19:50

    Assalam nk tnya kalau myvi gen1 1.3 cc bole swap enjin toyota 4age 1.6cc

    Reply
  120. Hafizun on 26/06/2022 00:59

    Salam tuan.nk tnya.sy ad beli kereta wira 4g91 tuan mati xsmpat tkar nama.sy nk tkar enjin msuk ke kereta sy 4g15.blh endos x sb tuan mati.?

    Reply
    • AO on 10/08/2022 20:14

      Kena tukar nama si mati kepada waris dulu

      Reply
  121. Man on 24/07/2022 15:22

    Saya duk johor beli enjin kt klang
    Masalahnye surat ap n surat jual beli hilang
    Patah balik ke kedai beli enjin taapi sayang nye kedai nye da pindah ke pa ke x taw sbb dulu kedai hulfvut tu kawasan setinggan kini pegi kwsn tu da jd flyover… bagaiman nk endos sedangkn surat semua hilang

    Reply
  122. An on 19/03/2023 20:58

    Bos…
    Engine sy 4g92 single cam,tukar head mivec twincam sajaha…
    Haris ke sy ke jpj…

    Reply
  123. abdul razak on 19/07/2023 05:37

    assalamualaikum…enjin saya sekarang proton wira 1.5 auto 4g15..saya beli enjin 4g91 twin cam auto dgn kawan saya..yang ada geran sahaja..boleh ker nak endorse dkt jpj kalau ada geran sahaja??

    Reply
    • Azhan O on 01/09/2023 10:15

      Tanya jpj

      Reply
  124. Kezavan on 09/01/2024 16:00

    Kalau proton saga mega valve nak tukar ke 4g93 N. A, apa yang wajib saya lakukan dari segi endorsement dgn jpj….

    Reply
  125. Karim on 15/04/2024 01:18

    Kalau kereta dah di jual dekat kedai lepas tu kedai tu nk tukar engin kereta tu alasan nya engin dah rosak die mintak gambar ic oner lme..memg mcm tu ke nk tukar engin dkt jpj..

    Reply
    • Azhan O on 16/05/2024 13:31

      Ya, melainkan kita jual dulu kereta ke kedai. Selebihnya kedai setel sendiri

      Reply
  126. baby akira on 07/01/2025 14:59

    salam nk tnya kalau kereta kenari enjin cc 1.0 nk ke 1.3 perlu kn apa2 dokumen ke ? kalau beli dr kedai halfcut kne ada resit kee ? sbb tkot puspakom kcau body kereta,, ada y da tukar dr origanal kerta mcm ekzos mmg da bocor tu tukar y ekzos besau sikit.. minta pencerahan..

    Reply
  127. soke on 08/01/2025 14:29

    bunga tayar ada cek ke. berapa persen. tukar enjin cc sama

    Reply
  128. CHIN CHUN VUI on 15/04/2025 22:16

    Kalau saya punya ialah proton satria 4g92 (1600cc) boleh up jadi 4g63 (2000cc) ka

    Reply
  129. shaz on 11/06/2025 09:04

    salam nk tnya kalau kereta iswara enjin cc 1.3 asal ke 1.5 sama model iswara kalau beli dr kedai besi buruk , ape documen yg perlu 0194552510 watzup saya selanjutnya

    Reply
Leave A Reply Cancel Reply

  • Facebook 397K
  • Instagram 194K
  • YouTube 589K
  • TikTok 992K
  • Threads
Pilihan Ramai Minggu Ini
Proton Saga 2026 Serba Baharu
Auto Terkini

10 Kereta Paling Laris Januari 2026, Proton Saga Jadi ‘King’ Baru!

By Syafie11/02/2026
Roda2

Cyclone RA600 Rasmi Dilancarkan di Malaysia, Harga RM25,888

By Syafie11/02/2026
Mitsubishi Xforce 2026 serba baharu dihasilkan CKD di kilang di Pekan
Auto Terkini

Mitsubishi Xforce 2026 Serba Baharu CKD dari Kilang di Pekan, Pahang

By Syafie10/02/2026
Gong Xi Eid Bersama EON 2026
Auto Terkini

Gong Xi Eid Bersama EON: Rebat hingga RM58k, Faedah Rendah dan Pelbagai Hadiah Menanti Tiga Hari Sahaja!

By Han Othman05/02/2026
Morbidelli N125V 2026
Roda2

Morbidelli N125V 2026 dengan Enjin V-Twin 125cc, Frem Trellis dan Monoshock

By Abang Hirata04/02/2026
Roda2

Yamaha Tracer 9 GT Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM71,888!

By Syafie30/01/2026
Proton e.MAS 5 2025 rasmi lancar.
Auto Terkini

Proton e.MAS 5 Tembus Lima Terbaik Kereta Paling Laris Januari 2026

By Syafie11/02/2026
Roda2

Brixton Storr 500 Rasmi Dilancarkan di Malaysia, Harga RM29,888

By Syafie11/02/2026
PanduLaju.com.my
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
© 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)

Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.