Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»#TahukahAnda: Apakah yang Perlu Anda Tahu Tentang Plat EV Malaysia?
Auto Terkini

#TahukahAnda: Apakah yang Perlu Anda Tahu Tentang Plat EV Malaysia?

Admin PanduLajuBy Admin PanduLaju09/09/2024
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


KEMENTERIAN Pengangkutan (MOT) menerusi agensi Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) memperkenalkan nombor plat khas untuk kegunaan kenderaan elektrik (EV).

Pengenalan plat khas itu dibuat MOT dan JPJ selepas mengadakan pertemuan dengan beberapa pemain industri automotif dan agensi Kerajaan.

MOTIF PENGENALAN PLAT EV KHAS

Plat EV ialah identiti khas dihasilkan untuk EV yang diperkenalkan untuk meningkatkan lagi aspek keselamatan, terutama buat pemilik kenderaan sifar emisi.

Buat masa ini, plat khas itu hanya untuk kegunaan kenderaan jenis bateri elektrik penuh (BEV) dan bukan kenderaan rendah emisi lain seperti hibrid dan hibrid plug-in (PHEV).

APAKAH PLAT KHAS EV?

Logo JPJ

Plat khas kenderaan BEV merangkumi tiga komponen utama: iaitu plat depan, belakang dan pelekat RFID pada cermin depan.

MOT sebenarnya tidak menetapkan syarat wajib untuk pelekat RFID pada cermin depan (dilekat dari sebelah dalam).

Pelekat itu cuma piplihan ditawarkan kepada pemilik BEV. Apa diwajibkan cuma plat depan dan belakang. Plat baharu tersebut akan mula diguna pakai untuk semua kenderaan BEV baharu yang didaftarkan dengan JPJ.

CIRI REKAAN PLAT KHAS (RPK) EV

Plat EV khas itu dibuat menggunakan aluminium timbul (embossed aluminium) dan bukan plastik akrilik (seperti plat konvensional), dan ditanam cip RFID di dalam. Ini bertujuan menjadikan keseluruhan plat aluminium itu sebagai antena transponder untuk RFID.

Juga ada tertera bendera Malaysia atas plat dengan kod negara untuk memudahkan pengecaman EV itu sebagai kenderaan dari Malaysia. Plat itu juga memiliki jalur holografik seperti yang terdapat dalam pasport atau mata wang Malaysia.

Plat EV berkenaan juga dilengkapi foil khas antipemalsuan pengesahan keselamatan tinggi untuk memastikan ketulenan dan mengelakkan jenayah klon nombor plat.

Juga ada kod QR sebagai tandatangan digital yang mengandungi beberapa maklumat yang hanya boleh diimbas pihak berkuasa.

CIRI KESELAMATAN PLAT KHAS EV

Plat ini bercirikan reflektif retro untuk keselamatan jalan raya yang memiliki lapisan pemantul cahaya seakan papan tanda jalan bagi memudahkan pengguna jalan raya lain menyedari kehadiran EV jika diparkir di sisi jalan jika berlaku kecemasan.

Menggunakan skru keselamatan khas kalis kecurian, iaitu jenis sehaluan yang digunakan untuk mengikat plat pada kenderaan dan tidak mudah ditanggal keluar.

Skru berkenaan diikat mengikut arah jam, manakala mata skru direka unit supaya tidak boleh dibuka atau ditanggalkan mengkiut pusingan lawan jam.

Bercirikan anti-pemalsuan dengan penggunaan fon unik, hologram dan sistem dwi-identiti (plat dan pelekat RFID masing-masing ada kod QR).

RFID juga menjadi ciri pembolehubah untuk ekosistem Sistem Pengangkutan Pintar (ITS) yang bersepadu pada masa akan datang.

Auto Terkini Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Kementerian Pengangkutan (MOT) nombor plat EV
Admin PanduLaju

Artikel Berkaitan

KTM Komuter
Auto Terkini

KTM Tambah 26 Tren Khas Raya 2026, Lebih 8,000 Tempat Duduk Sehari

02/03/2026
Auto Terkini

Warna Dragon Skin Škoda Ini Hasil Tangan Pengundi, Biru dan Oren Tewas Tipis

27/02/2026
Hakim Danish
Sukan Permotoran

#Moto32026: Jentera Hakim Danish Nyaris Terbabas di GP Thailand

27/02/2026
Leapmotor C10 PLUS Night Edition 2026
Kenderaan Elektrik (EV)

Leapmotor C10 PLUS, C10 PLUS ‘Night Edition’ Rasmi Lancar, Harga Mula RM148k!

01/03/2026
Leave A Reply Cancel Reply

  • Facebook 397K
  • Instagram 194K
  • YouTube 589K
  • TikTok 992K
  • Threads
Pilihan Ramai Minggu Ini
Lebuhraya GCE
Auto Terkini

KM18 Lebuhraya Guthrie Arah Utara Ditutup Sementara

By Shazwan Hisam24/02/2026
Hp vs Tork | James Watt
0
Autotainment

#TahukahAnda: Kuasa Kuda vs Tork, Apakah Perbezaan dan Kenapa Penting?

By Han Othman23/02/2026
Stesen minyak Shell di Filipina.
Auto Terkini

Harga Bahan Api Naik Hari ini untuk Petrol, Diesel

By Han Othman24/02/2026
Pekerja binaan maut dihempap pengorek jengkaut di Tumpat, Kelantan
Auto Terkini

Pekerja Tapak Binaan Maut Dihempap Pengorek Jengkaut

By Shazwan Hisam25/02/2026
Roda2

Ducati Panigale V4 Rangkul Anugerah Good Design 2025, Layak dan Tidak Disangkal!

By Abang Hirata19/02/2026
Audi RS 5 2026
PHEV

Audi RS 5 2026: PHEV Prestasi Premium Pertama daripada Audi Sport

By Abang Hirata20/02/2026
Aerotrain KLIA
Auto Terkini

MAHB Kenakan Penalti RM9.1 Juta kepada Kontraktor Projek Aerotrain KLIA

By Syafie01/03/2026
0
ApaNakBuat

Perodua: Tekan ‘Push Start Button’ Sekali Saja, Kalau Lebih Itu Mitos

By Syafie26/02/2026
PanduLaju.com.my
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
© 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)

Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.