Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Autotainment»#TahukahAnda: Apakah Maksud Sebalik Huruf dan Angka Nama Model Motosikal?
Autotainment

#TahukahAnda: Apakah Maksud Sebalik Huruf dan Angka Nama Model Motosikal?

ZYBy ZY12/02/20194 Comments
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


PERNAHKAH anda terfikir, apakah maksud di sebalik huruf dan angka pada nama motosikal?

Tidak seperti Persona atau Myvi, sebut saja sudah tahu jenama dan rupa kereta tersebut, tetapi kebanyakan motosikal menggunakan cuma beberapa huruf dan angka sebagai nama seperti YZF-R untuk siri sportbike Yamaha atau CBR untuk sportbike Honda. Lebih memeningkan kepala, ditambah pula beberapa huruf; misalnya Honda CBR 250R dan CBR 250RR yang kedua-dua model itu merujuk kepada motosikal yang ketara berbeza satu sama lain.

Artikel ini bukanlah senarai lengkap maksud di sebalik setiap nama motosikal yang ada di pasaran, tetapi sebagai panduan umum bagi memudahkan anda membuat gambaran bagaimana rupa, tujuan dan prestasi sesebuah motosikal berdasarkan nama sesuatu model itu.

R15 adalah versi 1500cc kepada R1….. eh?

Pertama sekali, pasti ramai sedia maklum angka pada nama merujuk kepada sesaran enjin motosikal tersebut. Namun begitu, ramai tidak tahu, ia tidak semestinya menunjukkan angka sesaran sebenar. Sebagai contoh popular, Yamaha gemar membuang semua angka ‘0’ seperti YZF-R1 untuk superbike 1000cc dan YZF-R6 untuk 600cc, tetapi pada masa sama ia juga tidak menunjukkan YZF-R15 itu didatangkan dengan enjin 1500cc.

Ada pengeluar menggunakan angka tiga atau empat digit, kebiasaannya dibundarkan kepada puluh terdekat seperti Kawasaki Ninja 650 yang dikuasakan enjin 649cc. Kadangkala angka tertera jauh lebih tinggi daripada angka sesaran asal.  Misalnya, Honda CBR 500 dikuasakan enjin 471cc. Contoh lain, KTM Duke 390 (373cc) dan Ducati 1299 (1285cc).

Tujuannya? Kami anggap ia sebagai gimik pemasaran.

BACA >>> 5 Trend Mat Motor 90-an yang Kini Tinggal Memori Manis

Jadi, angka tertera boleh disimpulkan sebagai pembayang mudah kepada prestasi dan segmen kuasa sesebuah motosikal, tetapi bukanlah sesaran enjin dan prestasi sebenar model itu. Contohnya, jika dibandingkan antara Kawasaki Ninja 650 dan Ninja ZX6R (636cc); 650cc vs 636cc – sudah tentu Ninja 650 lebih pantas dan berkuasa, betul tak?

Tengok rupa pun dah nampak laju, belum tengok nama lagi

SALAH.

Di sinilah, huruf-huruf depan atau belakang angka sesaran memberikan gambaran lebih tepat mengenai rupa, segmen dan prestasi sesebuah motosikal.

Kadangkala huruf itu menjadi pangkal kepada perkataan tertentu, dan ada masa cuma huruf rawak tanpa sebarang maksud. Pendapat popular mengatakan Honda CB bermaksud ‘City Bike’, ini tidak sukar diterima memandangkan motosikal dengan nama ini seperti Honda CB250R memang sesuai untuk kegunaan jalan raya bandar. Lantas model CBR seperti CBR 250 dan CBR 650 boleh dikatakan sebagai ‘City Bike Racing’ kerana ia juga sesuai ditunggang dalam bandar, dan pada masa sama memiliki rekabentuk ala jentera lumba.

Kalau ini pun tak boleh beza CB atau CBR, mohon ambil tuisyen segera

Pesaing terdekat, Yamaha bagaimanapun meneruskan tradisi nama abstrak bagi model-model popular jenama itu sejak sekian zaman.

Walaupun model siri MT seperti MT-07 dan MT-09 didatangkan dengan slogan ‘Master of Torque’, yang menunjukkan model naked siri itu sebagai streetfighter berkuasa, tetapi penjenamaan sebegitu boleh dikatakan masih baru buat Yamaha.

Harus diingat, siri popular Yamaha sejak berdekad lama, YZF-R sebenarnya tidak mempunyai makna jelas, tetapi sudah sangat sinonim dengan model sportbike ala jentera lumba seperti YZF-R6 dan YZF-R1. Namun, itu tidak bermaksud semua motosikal fairing Yamaha layak diberi julukan YZF-R.

Model naked Yamaha kelas middleweight 600cc misalnya, XJ6 (sekali lagi, tiada maksud jelas) turut mempunyai varian fairing, tapi masih mengekalkan nama asal dan diberi nama tambahan di belakang, XJ6 Diversion (fairing separuh) dan XJ6 Diversion F (full fairing atau fairing penuh). Ini kerana, walaupun mempunyai rekabentuk asas sportbike, dari segi prestasi dan ciri ia belum setanding model sportbike Yamaha 600cc sejati sedia ada, iaitu YZF-R6.

Hendal macam hendal basikal, mana boleh join geng Rrrrrr

Senario model dalam kelas gaya dan sesaran sama, seperti XJ6 Diversion F dan YZF-R6 turut dikongsi motosikal pengeluar lain seperti Honda dan Kawasaki.

Honda misalnya untuk siri sportbike CB, sering menggunakan huruf pangkal sama, tetapi dibezakan dengan huruf akhir selepas angka sesaran. Untuk sportbike yang menawarkan praktikaliti, ia cuma ada satu R seperti Honda CBR 250R dan CBR 650R.

BACA >>> Honda CBR 250R (2018) Versi Facelift Lancar di India

Sebaliknya, sportbike sejati menggunkan RR yang boleh membawa maksud ‘race replica’ atau ‘race ready’ (Honda tiada takrifan muktamad maksud RR ini) dengan DNA perlumbaan jelas dapat dilihat pada jentera seperti CBR 250RR dan CBR 600RR.

Dah, jangan tengok gambar ni lama-lama.

Metod penamaan/penjenamaan seumpama Honda itu turut digunakan jentera Kawasaki seperti Ninja 650 dan Ninja ZX-6R. Kedua-duanya ialah Kawasaki Ninja dalam kelas middleweight 600cc, tetapi tanda nama ZX-R merujuk kepada versi sportbike sejati, lantas perbandingan prestasi berasaskan angka sesaran tidak boleh dibuat.

Selain merujuk kepada kelas dan kategori berbeza, huruf pada nama juga boleh membayangkan jenis enjin dan teknologi yang ada pada sesebuah motosikal itu. Cuma tidak digunakan secara meluas melainkan untuk menyerlahkan keunikan motosikal tersebut berbanding model sedia ada atau pesaing.

Suzuki Malaysia juga steady, kapcai pertama DOHC 150cc pun relaks jaa… sampai sales pun relaks

Contoh paling dekat dengan rakyat Malaysia ialah Yamaha Y135LC, yang mana ‘LC’ merujuk kepada ‘Liquid Cooling’, ciri utama membezakan motosikal yang pernah mendapat julukan ‘Raja Kapcai’ daripada kapcai lain di pasaran ketika itu. Tidak lama selepas itu, Yamaha FZ150i dilancarkan, dengan ‘i’ merujuk kepada ‘injection’, iaitu teknologi suntikan bahan api yang pertama diperkenalkan untuk motosikal kelas 150cc.

Namun dengan meluasnya penggunaan teknologi liquid cooling dan injection, raja kapcai terbaharu, Yamaha Y15ZR tidak lagi menggunakan huruf ‘LC’ dan ‘i’ pada nama.

BACA >>> #Spyshot: Yamaha 135LC Dikesan Jalani Ujian VTA, Bakal Ada Perubahan Mekanikal?

Tidak terhad kepada Yamaha, penggunaan skema nama sebegitu menjadi amalan biasa dalam dunia permotoran. Aprilia dan Honda sebagai contoh, menggunakan nama RSV dan  VTR merujuk kepada model motosikal dengan enjin V-Twin, boleh dilihat pada tafsiran nama; Racing-Series-V Twin dan V-Twin Racing yang kemudian diubah kepada RSV4 (Racing Series V-Four) dan VFR (V-Four Racing) untuk model dengan enjin V4.

Inilah Honda VFR1200, yang menjadi ilham kepada CBR 250R generasi awal

Jadi apakah pengajaran yang kita dapat di sini?

Kesimpulannya, banyak perkara yang anda boleh pelajari mengenai sesebuah motosikal hanya melalui huruf-huruf dan angka pada nama model tersebut.  Walaupun tidak begitu bermanfaat dalam kehidupan seharian, paling kurang boleh dijadikan model bersembang semasa sesi TTS. Takkanlah lepak semeja, menung tak ada idea nak bersembang dan terus hadap henfon ye tak? 😉

autotainment city bike city bike racing honda cbr maksud nama motor race replica racing series v twin roda2
ZY
  • Website

Artikel Berkaitan

Suzuki Malaysia lancar Suzuki DR-Z4S dan Suzuki DR-Z4SM 2026
Roda2

Suzuki Malaysia Kembalikan Model Legenda – DR-Z4S dan DR-Z4SM 2026, Harga RM42,998

15/04/2026
Autotainment

#Perbandingan: Harga Minyak Negara Asean Setakat April 2026, Malaysia Antara Termurah

14/04/2026
Tersalah tekan pedal minyak
ApaNakBuat

#ApaNakBuat: Salah Tekan Pedal Minyak – Fakta, Teknologi, dan Cara Cegah

13/04/2026
Aveta Nova 200 2026
Roda2

Aveta Nova 200 2026 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM8,488!

13/04/2026

4 Comments

  1. Loh on 13/02/2019 23:09

    Fx125 fxr150 moto pertama dohc cc bawah 150 d malaysia

    Reply
  2. Mart on 13/05/2020 22:29

    Terima kasih sebab selitkan belang sebiji dalam nii. . Terharu rasa

    Reply
  3. Avent on 22/07/2022 19:05

    Maksud SRL Lagenda 115 fi pula bos

    Reply
  4. kudin on 25/08/2022 07:41

    xdv @ adv tu ape ye?….

    Reply
Leave A Reply Cancel Reply

  • Facebook401K
  • Instagram194K
  • YouTube593K
  • TikTok1000K
  • Threads46.6K
Pilihan Ramai Minggu Ini
Roda2

Aveta VS115 2026 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM3,488!

By Syafie14/04/2026
Aveta Nova 200 2026
Roda2

Aveta Nova 200 2026 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM8,488!

By Syafie13/04/2026
Nissan Sakura 2026
Kenderaan Elektrik (EV)

EV Jepun Paling Laris, Nissan Sakura 2026 Diperkenal!

By Abang Hirata13/04/2026
Perodua Bezza paling laris Mac 2026
Auto Terkini

Bezza Pintas ‘King’ Proton Saga, Perodua Kekal Dominasi Jualan Mac 2026

By Syafie10/04/2026
Pakej aksesori Mitsubishi Xforce 2026
Aksesori

MMM Tawar Pakej Aksesori Mitsubishi Xforce 2026, Harga Mula RM700!

By Syafie09/04/2026
Aveta Serra 125 2026
Roda2

Aveta Serra 125 2026 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM5,088!

By Syafie13/04/2026
Honda ZR-V Cross Touring 2026 MUGEN
Aksesori

MUGEN Perkenal Kit Aero Honda ZR-V 2026

By Abang Hirata10/04/2026
Proton X50 2026 Quartz Black
Roda4

Proton X50 2026 Terima Warna Quartz Black, Gantikan Passion Red

By Shazwan Hisam09/04/2026
PanduLaju.com.my
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
© 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
designXCII TECH

Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.