Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Autotainment»#TahukahAnda: Apakah Maksud Patung Tergantung di Bawah Bampar Belakang?
Autotainment

#TahukahAnda: Apakah Maksud Patung Tergantung di Bawah Bampar Belakang?

Han OthmanBy Han Othman02/09/2018
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


CUBA perhatikan kereta sekeliling, tentu perasan sesetengah pemandu ada menggantung patung mainan di bahagian bawah bampar belakang kenderaan mereka. Ada pemandu yang menggantung pada cangkuk tunda dan gandar tayar. Patung mainan yang digantung itu pula terdiri daripada patung bayi, maskot, karakter anime Jepun dan haiwan. Persoalannya, apakah tujuan patung itu digantung?

Sebenarnya, tiada bukti konkrit mengenai asal usul patung tergantung itu. Pencarian Internet mendedahkan ahli forum laman permotoran sendiri berbeza maklumat dan alasan kenapa mereka menggantung patung di bawah bampar kereta mereka. Jadi, sekarang kami senaraikan antara sebab patung tergantung di bawah bampar.

1. SIMBOL TURUN BERLUMBA, KAKI JDM


Di Jepun, patung tergantung ialah isyarat mudah yang menunjukkan seseorang itu minat berlumba. Patung tergantung bolehlah diibaratkan simbolik kepada bendera atau ‘flag’ yang biasa dikibarkan ketika berlumba. Sebaliknya di Amerika Syarikat (AS), patung tergantung cuma trend yang diambil daripada komuniti JDM di negara itu. Patung tergantung di bawah bampar seakan satu sapaan yang berbunyi, “Hai, tengoklah kereta JDM yang aku bawa ni”.

Bagaimanapun, komuniti tuner di AS mendakwa maksud sebenar patung tergantung ialah simbolik kepada penyataan, “Hai, aku turun berlumba ni”. Apapun, itu bukanlah syarat wajib bagi semua pelumba amatur ataupun profesional, dan ramai juga yang langsung tidak mempedulikannya.

2. TUNJUKKAN KERETA LOWERED

Khabarnya berasal daripada scene ‘dub’ yang mana patung mainan digantung di bawah bampar belakang untuk menunjukkan betapa lowered kereta seseorang pemandu itu. Sesebuah kereta itu dianggap lowered jika pemiliknya menggantung patung genit berkaki kontot dengan tali ikat yang juga pendek.

Jika tali ikat atau kaki patung terlalu panjang, itu menunjukkan kereta kita belum cukup lowered dan kitakita p lakukan sesuatu dengan segera!

3. TENANGKAN ROH MANGSA KEMALANGAN


Agak misteri dan menyeramkan. Menurut kepercayaan penduduk Thailand, menggantungkan patung pada bampar adalah salah satu cara menghormati roh mangsa yang maut akibat kemalangan jalan raya.

Roh mangsa kononnya akan gembira dengan patung mainan tersebut dan tidak akan mengganggu pemandu memandu. Dalam erti kata lain, patung tergantung di kalangan pemandu Thailand bolehlah dianggap sebagai tangkal nasib baik untuk mengelak sebarang kejadian buruk yang berpunca daripada roh-roh jahat atau tidak tenang.

4. IMEJ DRIFTER JEPUN

Katanya, trend patung tergantung berasal daripada scene lumba drift di Jepun. Patung mainan biasanya akan digantung pada cangkuk tunda sebagai panduan pelumba di belakang melihat sudut kereta lawan di hadapan. Ada pula dakwaan mengatakan patung tergantung itu membawa maksud nasib baik atau good luck di kalangan komuniti pelumba drift juga.

Antara karakter patung paling popular digantung ialah Domo-Kun, iaitu maskot badan penyiaran awam Jepun, NHK. Selain digantung, Domo-Kun turut dijadikan pelekat kereta dan tema lukisan berus angin atau airbrush.

Dalam hal lain yang masih ada kaitan dengan scene drift Jepun, trend patung tergantung sebenarnya berasal daripada Bosozoku, iaitu kumpulan gengster jalanan yang suka membikin kereta di Jepun. Bosozoku biasanya akan menggantung baldi timah kecil di cangkuk tunda belakang bampar untuk berlagak tentang betapa rendahnya kereta mereka.

BACA >>> Patung Dummy Gemuk, Tua dalam Ujian Perlanggaran Berikan Keputusan Lebih ‘Real’?

Idea menggantung baldi timah itu pula diilhamkan daripada trak simen di Jepun yang menggantung baldi timah (bersaiz standard) di belakang. Tujuannya adalah sebagai bekas tadahan untuk mengelak simen melimpah mengotori jalan. Jadi, Bosozoku meniru cara sama dengan menggunakan baldi timah bersaiz kecil (gambar atas) untuk menunjukkan profil lowered kereta mereka.

Bagi Bosozoku, semakin rapat baldi timah dengan permukaan jalan, maka semakin lowered kereta anda. Malah, baldi timah yang digantung mampu menyapu dan menceduk sisa atas jalan seperti batu dan tar. Memang sangat cool!

autotainment Bosozoku drift gengster jalanan Jepun hanging toy JDM patung tergantung Roda4 Trend
Han Othman
  • Website

Kecederaan distal radius fracture memaksa dia menguburkan hasrat berlumba dalam litar GP antarabangsa. Amat mementingkan pemanduan berkeselamatan tinggi, sukakan roller coaster, gemar mendengar muzik jalanan dan selalu membantu ular sawa melintas jalan.

Artikel Berkaitan

Denza Z9 2027
Kenderaan Elektrik (EV)

Denza Z 2027 Diperkenal di Eropah, 0 – 100kmj Sepantas 1.96 Saat!

13/07/2026
Nissan Tekton 2027
Roda4

SUV Segmen-C, Nissan Tekton 2027 Lancar di India dengan Enjin 1.0L Turbo, 1.3L Turbo

10/07/2026
Mercedes-AMG CLA 45 4MATIC+ 2027
Kenderaan Elektrik (EV)

Mercedes-AMG CLA 45 4MATIC+ 2027 – EV Prestasi 680hp, Jarak Pandu Lebih 670km

10/07/2026
Jaecoo J5 EV 2027
Kenderaan Elektrik (EV)

Jaecoo J5 EV 2027 Debut di Malaysia – EV Pertama Omoda | Jaecoo dengan Jarak Pandu 402km

09/07/2026
Leave A Reply Cancel Reply

  • Facebook401K
  • Instagram194K
  • YouTube593K
  • TikTok1000K
  • Threads46.6K
Pilihan Ramai Minggu Ini
ARC XRS x Star Wars
Aksesori

Helmet Edisi Istimewa ARC XRS x Star Wars Rasmi Jual, Harga Mula RM135!

By Syafie08/07/2026
Modenas Elegan 240X 2026
Roda2

Modenas Elegan EX 250 2026 Kini dengan Tiga Warna Baharu, Dapat Kotak GIVI Percuma!

By Shazwan Hisam16/07/2026
Roda2

Warna Baru Yamaha Ysuku, Y15ZR SE Sudah Tiba, Harga Bermula RM8,998

By Shazwan Hisam07/07/2026
Konsep kapal boleh terapung atas air
Tahukah Anda

#TahukahAnda: Bagaimanakah Kapal Boleh Terapung Atas Air Walaupun Berat Beribu Tan?

By Shazwan Hisam09/07/2026
Volkswagen Taycron 2027 lancar di Malaysia
Roda4

Volkswagen Tayron 2027 Lancar di Malaysia – SUV Segmen-D 7-Kerusi, Harga Mula RM189,890

By Shazwan Hisam15/07/2026
Roda2

Honda ADV 160 Spider-Man Edition 2027 Lancar di Malaysia, Hanya 300 Unit, Harga RM14,149

By Shazwan Hisam16/07/2026
ZXMoto 820RR-R 2027
Roda2

ZXMoto 820RR-R 2027 Lancar di China, Penunggang Baharu Dilarang Beli!

By Shazwan Hisam08/07/2026
Nissan Tekton 2027
Roda4

SUV Segmen-C, Nissan Tekton 2027 Lancar di India dengan Enjin 1.0L Turbo, 1.3L Turbo

By Abang Hirata10/07/2026
PanduLaju.com.my
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
© 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
designXCII TECH

Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.