Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Autotainment»#TahukahAnda: Apakah Maksud Label ‘CE’ dan ‘EN1621’ untuk Sut Menunggang?
Autotainment

#TahukahAnda: Apakah Maksud Label ‘CE’ dan ‘EN1621’ untuk Sut Menunggang?

WahidBy Wahid14/09/2020
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


KITA sering nampak label ‘CE’ dan kod ‘EN1621’ untuk sut menunggang (original ye, bukan celup), tetapi tahukah anda apakah maksud simbol dan kod itu? Tahukah anda sut menunggang menawarkan tahap berbeza? Marilah kita baca lebih terperinci lagi.

PIAWAIAN CE/EN

Simbol CE ialah singkatan kepada ‘Conformité Européene’ dalam Bahasa Perancis, bermaksud mematuhi piawaian Eropah. Anda juga mungkin pernah lihat label ‘EN’. Itu pula bermaksud ‘European Norm’, atau ‘Norma Eropah’. Minta maaf, jaket yang anda selalu pakai terbalik itu (walaupun berjenama ternama), tidak memerlukan kelulusan CE kerana itu bukan sut menunggang motosikal.

Sesebuah produk itu (jaket atau seluar, atau sut penuh) perlu mendapatkan kelulusan CE jika mahu mendapat status sebagai sut menunggang motosikal.

BACA >>> #ApaNakBuat: Apa Perlu Saya Pakai Jika Menunggang Ketika Hujan

‘CE Tested’, ‘CE Certified’/’CE Approved’

Kita juga akan menjumpai label ‘CETested’, ‘CE Certified’ dan ‘CE Approved’ dalam pakaian tertentu (jaket dan seluar saja), atau berasingan. Ketiga-tiga label itu membawa maksud berbeza.

Ia bukan menandakan sesuatu bahagian atau pad pakaian itu memenuhi piawaian CE secara automatik. Sebaliknya, menunjukkan sama ada produk itu diuji di kilang atau mana-mana fasiliti yang memenuhi syarat CE.

  • CE Tested

Pengeluar sudah menguji beberapa pad pelindung atau sebahagian pakaian di fasiliti tertentu dengan piawaian berbeza, termasuk CE. Barangan itu tidak diuji di fasiliti lain yang memenuhi syarat CE.

  • CE Certified

Produk itu diuji di fasiliti diiktiraf CE.

  • CE Approved

Produk itu diuji di fasiliti diiktiraf CE dan mendapat kelulusan CE selepas didapati memenuhi atau melepasi syarat ditetapkan. Di sini, kita dapat melihat ‘CE Approved’ tidak semestinya bermaksud lebih baik daripada ‘CE Tested’.

BACA >>> Held Perkenal Ves Beg Udara yang Padan Semua Jenis Jaket Menunggang

KOD CE UNTUK PAD SUT MENUNGGANG

Piawaian kelengkapan perlindungan juga diberikan kod tertentu, seperti kod UN ECE 22.05 yang diberikan kepada produk helmet. Kod asal ialah:

EN1621

Seterusnya, nombor ‘1’, ‘2’ atau ‘3’ akan ditambah, misalnya EN1621-1. Nombor ‘1’ ialah perlindungan untuk bahagain:

  • S – Bahu (shoulder)
  • E – Siku (elbow)
  • H – Pinggul (hip)
  • K – Lutut (knee)
  • L – Bahagian depan kaki (leg/shin)
  • K+L – Pad yang menyambungkan lutut dan kaki
  • KP – Buku lima pada sarung tangan (knuckle protection)

Kod EN1621-2 untuk pad pelindung tulang belakang, manakala kod EN1621-3 piawaian kepada pad pelindung dada.

TAHAP PERLINDUNGAN

Ada dua tahap perlindungan, Level 1 dan Level 2 yang merujuk kepada daya hentakan yang dapat melepasi pad pelindung tersebut tanpa mengira seberapa banyak daya dikenakan.

  • Level 1 – Daya hentakan bawah 18kN
  • Level 2 – Daya hentakan bawah 9kN

Berdasarkan fakta di atas, perlindungan Level 2 lebih baik daripada Level 1. Selain daya hentakan, pelindung atau pakaian juga harus melepasi piawaian CE untuk kriteria lain seperti:

  • Prestasi keseluruhan
  • Ketahanan terhadap geseran
  • Ketahanan daripada terkoyak kerana hentakan
  • Ketahanan daripada terkoyak disebabkan pengembangan

Semua kriteria di atas adalah mengikut piawaian Level 1 atau Level 2.

BACA >>> Pando Moto Lancar Jeans Baharu dengan Material Lebih Kuat daripada Besi

UNI prEN 17092-X:20XX

Selepas 2018, pihak berkuasa Eropah mengemukakan piawaian baharu pakaian dan pad pelindung menunggang motosikal. Bagaimanapun, piawaian tersebut masih kurang dipaparkan dalam sut penunggang masa kini. Bermula piawaian itu juga, kod tahap perlindungan wajib dipaparkan pada label pakaian atau pad pelindung, berbanding kod EN1621.

Kod asas piawaian baharu tersebut adalah seperti berikut:

UNI prEN 17092-X:20XX

Contoh, anda mungkin nampak label prEN 17092-4:2019. Maksudnya:

  • Pad lulus piawaian prEN17092
  • Memberikan tahap perlidungan Class A
  • Kelulusan dikeluarkan pada 2019

Berikut klasifikasi perlindungan mengikut kelas:

  • Class AAA (prEN 17092-2:20XX)

Memberikan perlindungan tahap tertinggi. Kelas perlindungan ini untuk mereka yang menunggang dalam situasi paling berisiko tinggi, seperti perlumbaan. Tetapi pad pelindung jenis ini mungkin tidak berapa selesa digunakan untuk kegunaan harian.

  • Class AA (prEN 17092-3:20XX)

Perlindungan tahap kedua.

  • Class A (prEN 17092-4:20XX)

Perlindungan tahap ketiga tertinggi. Pad tahap ini selesa untuk kegunaan harian.

  • Class B (prEN 17092-5:20XX)

Perlindungan geseran bersamaan dengan Class A, tetapi tiada perlindungan daripada hentakan.

  • Class C (prEN 17092-6:20XX)

Kategori ini pula berbeza daripada Class B. Pad Class C memberikan paling kurang perlindungan. Ia memberikan perlindungan dari segi daya hentakan tetapi tidak menahan geseran.

PENUTUP

Semua piawaian itu hanya untuk pad pelindung jaket dan seluar sahaja, bukan kelengkapan menunggang lain seperti sarung tangan, but atau kasut.

Ada beberapa negara mewajibkan setiap penunggang memakai pakaian yang mematuhi syarat CE. Jika tidak, anda boleh dikenakan notis saman kerana tidak mematuhi piawaian keselamatan ditetapkan. Ada juga syarikat insurans di beberapa negara mensyaratkan pemeriksaan ke atas penunggang sama ada mereka memakai pakaian dengan kelulusan CE atau tidak apabila tuntutan insurans dibuat.

Di Malaysia, memang ada pihak mengesyorkan setiap penunggang diwajibkan memakai sut menunggang dengan pad pelindung yang mendapat rating CE bagi tujuan keselamatan. Namun, masih tiada pelan atau inisiatif untuk melakukan usaha itu sama ada  di pihak Kementerian atau insurans.

Ini kerana masih tiada badan Kerajaan yang mengambil tahu hal-hal tersebut. Jika mereka cakap  masih dalam peringkat cadangan, mereka sepatutnya menunjukkan bukti. Kita faham pakaian dengan pad CE bukan murah, tetapi berdasarkan tinjauan, harga produk itu bermula sekitar RM500 (selagi lagi disebut: yang original, bukan ‘copy-ori’) atau celup 100%!

Kita harus lebih rajin membaca dan membuat kajian apabila hendak membeli sesuatu produk motosikal. Berbanding dulu, penunggang masa kini sangat mudah mencari dan mengkaji sesuatu maklumat dengan hanya melayari Internet. Kami faham, ada banyak maklumat yang bertimbu di ruang maya, dan anda mungkin tidak tahu mana satu sahih.

Jadi, carilah sumber bacaan yang berkredibel dan dipercayai macam portal kami di PanduLaju dan ArenaPermotoran. Jangan lupa ikuti kami untuk artikel lain.

BACA >>> Inilah 10 Sebab Kenapa Mat Motor Malaysia Pakai Jaket Terbalik

autotainment Jaket Menunggang Kod CE Label CE pakaian menunggang Sut Menunggang tahukah anda
Wahid

    Artikel Berkaitan

    Orang ramai di Kuala Lumpur
    Tahukah Anda

    #TahukahAnda: Rakyat Malaysia antara Paling Malas Jalan Kaki di Dunia?

    21/05/2026
    Autotainment

    #TahukahAnda: Steinwinter Supercargo – Lori Futuristik Yang Terlalu Awal Untuk Zamannya

    21/05/2026
    Autotainment

    #TahukahAnda Ini Risiko Jangka Panjang Jika Abaikan Servis Berkala Kenderaan

    21/05/2026
    Trivia Arsenal dan automotif
    Tahukah Anda

    #TahukahAnda: 10 Trivia Pasal Arsenal dan Automotif yang Ramai Tidak Tahu

    20/05/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Auto Terkini

    Agong Terima Aurus Senat, Limousin Elit Rusia Yang Jarang Keluar Dari Negara Asal

    By Shazwan Hisam15/05/2026
    HEV

    Foton Tunland V7, V9 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga Mula RM123,800!

    By Syafie20/05/2026
    Harga diesel Semenanjung Malaysia
    Auto Terkini

    Subsidi Diesel Mungkin Guna Sistem Macam BUDI95

    By Shazwan Hisam17/05/2026
    Modenas uji potensi skuter elektrik MEV-2
    Auto Terkini

    Modenas Uji Potensi Skuter Elektrik MEV-2 Dalam Sektor Pelancongan Langkawi

    By Shazwan Hisam17/05/2026
    Perodua Axia dan Bezza
    Auto Terkini

    10 Jenama Paling Laris April 2026, Perodua Tembusi Jualan 100k Unit

    By Syafie12/05/2026
    Roda2

    Suzuki V-Strom 1050 M6 Ada Warna Baharu, Percuma Pannier Aluminium!

    By Shazwan Hisam14/05/2026
    Toyota Yaris Cross 2026 lancar di Malaysia
    Roda4

    Toyota Yaris Cross 2026 Rasmi Lancar di Malaysia, Ada Dua Varian, Harga Mula RM99,900!

    By Syafie12/05/2026
    Perodua Bezza paling laris Mac 2026
    Auto Terkini

    10 Kereta Paling Laris Malaysia April 2026, Perodua Bezza Masih ‘King’!

    By Syafie12/05/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.