• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Autotainment / #TahukahAnda: Apakah Itu Valve? Fahami Gerak Kerja dan Masalah

#TahukahAnda: Apakah Itu Valve? Fahami Gerak Kerja dan Masalah

March 14, 2018 By ZY 1 Comment

5.4k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


TAHUKAH anda, apakah fungsi VALVE atau INJAP sebagai antara komponen utama enjin?

Mungkin kita rasa tidak penting untuk belajar tentang aspek mekanikal kenderaan, cukup serahkan saja kepada pomen. Namun, memahami bagaimana sesuatu komponen membantu sesebuah kenderaan bergerak, itu sedikit sebanyak membantu kita lebih prihatin tentang hal penjagaan dan penyenggaraan kenderaan, termasuk permasalahan yang bakal berlaku akibat mengabaikannya.

Melainkan kita cuma menunggang basikal atau memandu kereta elektrik, salah satu komponen penting dalam enjin pembakaran dalaman yang perlu difaham ialah injap atau valve. Kenapa penting? Teruskan membaca.

* Selepas ini istilah 'valve' digunakan untuk memudahkan pemahaman.

BACA >>> #TahukahAnda : Kenapa Enjin 4-Valve Lebih Berkuasa daripada Enjin 2-Valve?

APAKAH TUGAS VALVE?

Rekabentuk valve yang biasa digunakan.

Anda pasti sudah sedia maklum, enjin memerlukan bahan bakar berupa petrol atau diesel untuk menghasilkan tenaga, tetapi tenaga itutidak diperlukan setiap masa seperti arus air di empangan hidro-elektrik.

Seperti dijelaskan dalam artikel sebelum ini, enjin kenderaan moden mempunyai empat kitaran lejang: masukan (1), mampatan (2), kuasa (3) dan ekzos/keluar (4) seperti ditunjukkan animasi di bawah. Valve pada enjin berfungsi memastikan ruang enjin dapat dibuka untuk membenarkan aliran masuk campuran bahan api+udara, dan aliran keluar gas sisa pembakaran, serta ditutup kemas untuk memampatkan campuran dan menghasilkan kuasa.

* Enjin 2-lejang menggunakan gerakan piston sebagai mekanisme pengawal, jadi tidak perlukan injap pada liang masukan dan ekzos

Bagi tujuan itu, setiap enjin ada sekurang-kurangnya dua valve. Intake Valve pada liang masukan yang bersambung dengan badan terotel (throttle body), dan Exhaust Valve pada liang keluar, bersambung dengan manifold ekzos dari arah bertentangan. Pastinya anda sedia maklum, enjin boleh mempunyai hingga 4 valve seperti terdapat pada konfigurasi valvetrain DOHC, tetapi ini akan dihurai pada siri akan datang.

BACA >>> SOHC atau DOHC? Enjin Mana Satu Lebih Bagus? Kenali Istilah, Fungsi dan Perbandingan

MASALAH MELIBATKAN VALVE

Valve terlalu kecil antara punca utama mudah patah bagi kebanyakan motosikal 4-silinder 250cc era 90-an

Tanpa menyentuh soal tren injap atau valvetrain, tidak banyak masalah berpunca akibat valve itu sendiri. Kemajuan teknologi hari ini membenarkan valve dibina lebih tahan lasak, menjadikan masalah seperti valve 'putus' sebagai satu nostalgia silam. Namun, valve tidaklah bebas daripada sebarang risiko kerosakan yang mungkin berpunca akibat faktor luaran.

Salah satu kerosakan valve yang kerap terjadi akibat faktor luaran ialah valve terbakar atau sompek/sobek, yang sangat sukar dikesan melainkan selepas berlaku simptom kerosakan seperti penggunaan bahan api yang agak 'melahap', susah menghidupkan enjin dan kehilangan kuasa.

Masalah ini berpunca daripada valve sealing (situasi di mana valve menyentuh head enjin) yang tidak benar-benar kedap, sekali gus menyebabkan gas panas dari enjin dipaksa melalui valve, dan berlaku konsentrasi haba dan tekanan yang membakar bibir valve hingga rapuh dan pecah (sompek). Ini menyebabkan enjin kehilangan mampatan dan kuasa.

BACA >>> #ApaNakBuat: Tekan Starter, Tetapi Kenapa Motor Tak Hidup-Hidup?

Contoh valve sompek (bulatan)

Antara masalah punca valve sealing yang kerap dikenal pasti:

  • Valve seating tidak tepat, sama ada daripada proses pemasangan kilang atau modifikasi. Valve akan sentiasa berputar ketika beroperasi, jadi valve sealing yang tidak tepat menyebabkan berlaku kebocoran kedapan atau sealing pada sudut tertentu.
  • Enjin yang terlalu panas berpunca daripada penyejukan tidak optimum (kerosakan sistem penyejukan) atau akibat hantaran bahan api lean daripada modifikasi dan talaan yang tidak menyeluruh
  • Binaan komposit karbon pada valve, akibat penggunaan petrol berkualiti rendah dalam jangka masa panjang
  • Kerosakan pada valvetrain seperti timing chain/belt putus.
  • Kerosakan pada material valve seat.

Kecuali kesilapan pemasangan kilang atau faktor lain tidak dijangka, masalah di atas dapat diatasi dengan melakukan penyenggaraan atau pemeriksaan berkala pada jentera seperti pemeriksaan kelegaan injap (valve clearance checking), valve lapping untuk kenderaan berusia dan mencuci karbon menggunakan produk cucian tertentu yang mudah didapati di pasaran.

Spray SeaFoam antara produk dipercayai bagi mencuci komposit karbon.

Kepada yang mahu mengubah suai, anda harus mengambil kira akibat yang bakal berlaku disebabkan penukaran komponen, bukan cuma tukar satu komponen tanpa mengambil kira kesan terhadapkomponen lain. Penukaran ekzos full system versi aftermarket misalnya, boleh menyebabkan enjin bekerja dalam keadaan lean sekiranya talaan semula karburetor atau ECU tidak dilakukan.

Related

5.4k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Autotainment Tagged With: autotainment, injap, r25, tren injap, valve, valve sompek, valvetrain

Comments

  1. Ahmad nur afiq fitri bin idris says

    January 12, 2021 at 5:03 PM

    Setiap berapa km paling best untuk buat valve clearing checking??

    Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • MForce Bike Lancar QJMotor AX200s 2025 untuk Pasaran Malaysia, Harga RM7.9k!
    MForce Bike Lancar QJMotor AX200s 2025 untuk Pasaran Malaysia, Harga RM7.9k!
  • #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
  • #ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)
    #ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)
  • SYM ADXTG400 2025 Lancar di Malaysia, Harga RM29.8k!
    SYM ADXTG400 2025 Lancar di Malaysia, Harga RM29.8k!

PANDU UJI

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Proton e.MAS 7 Bukan EV Biasa, Ini Masa Depan Automotif Negara!

PROTON e.MAS 7 boleh diibaratkan semacam satu fenomena yang menarik … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Kia Sportage 2025 dari Shah Alam ke Janda Baik, Mampu Cabar Pasaran SUV Segmen-C!

SAYA dan rakan media pada 23 Januari lalu dijemput Dinamikjaya Motors … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev