Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»#TahukahAnda: Apakah Fungsi Setiap Punat Pada Stereng F1?
Auto Terkini

#TahukahAnda: Apakah Fungsi Setiap Punat Pada Stereng F1?

Han OthmanBy Han Othman16/04/2019
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


STERENG jentera Formula Satu (F1) menampilkan rekabentuk unik walaupun tidaklah sampai kepada tahap seindah objek pameran di galeri seni. Tetapi kos pembuatan boleh jadi menyamai salah satu lukisan atau arca seni yang dipamerkan.

Namun, selain pencapaian rekabentuk, stereng F1 termuat aspek kejuruteraan mengagumkan, tidak ubah seperti set alat permainan kanak-kanak. Ia menawarkan fungsi kawalan penuh pemanduan menerusi akses punat, tombol, dan pedal dalam pelbagai warna berbeza. Malah, juga disediakan skrin sentuh!

Anda mungkin ingin tahu apakah fungsi semua punat kawalan, tombol dan pedal pada stereng jentera F1. Di bawah ini ialah contoh stereng McLaren Honda F1 berserta penerangan mengenainya.

BACA >>> #RetroAuto: Cerita Menakjubkan di Sebalik Kotak Gear F1 McLaren

Seperti anda lihat, pembuat roda stereng F1 melakukan segala usaha untuk menjadikan setiap fungsi pemanduan dapat diakses sepantas di hujung jari, tanpa pemandu perlu mengangkat tangan. Asasnya, ia seperti unit kawalan pusat untuk keseluruhan kereta yang memberikan pemandu capaian mudah tentang apa saja.

  1. Klac (Clutch) – Ini ialah pedal anjakan untuk fungsi klac. Anda tentu perasan ada dua pedal pada stereng di atas, kenapa? Disebabkan ia digunakan ramai pelumba, jadi dua pedal anjakan itu berfungsi bukan saja untuk pemandu tangan kanan, tetapi juga kidal.
  2. Pintas (Overtake) – Punat ini bertindak seperti butang nitro untuk pelumba drag yang memberikan pemandu ledakan kuasa untuk memotong pemandu lawan.
  3. Suis Multifungsi – Casis (Multi-Function Switch  – Chassis) – Tombol biru ini berfungsi serentak dengan dua lagi butang biru. Jadi pemandu dapat buat pelarasan casis dengan pantas.
  4. Suis Multifungsi – Unit Kuasa (Multi-Function Switch – Power Unit) – Tombol putih disediakan bersama dua lagi punat putih (+ dan -), membantu pemandu  membetulkan situasi kuasa tinggi atau rendah.
  5. Pengehad Halaju Lorong Pit (Pit Lane Speed Limiter) – Punat ini berfungsi sebagai pengehad kelajuan. Pemandu akan menekan butang ini apabila memasuki lorong pit. Jadi tidak kira berapa dalam dia menginjak pedal minyak, jentera dipandu tidak akan memecut lebih 100kmj.
  6. DRS – Ini ialah singkatan kepada Drag Reduction System (Sistem Pengurangan Drag). Ia mengawal sayap belakang kereta. Regulator F1 sangat ketat, dan pemandu tidak dibenarkan menggunakannya dalam dua lap pertama, dan hanya boleh ditekan dalam zon pengaktifan DRS apabila kereta berada dalam jarak satu saat. Mujurlah pemandu tidak perlu melakukan semua kira-kira tersebut kerana ada lampu indikator akan menyala sebagai tanda ia sedia untuk ditekan.
  7. Pemetaan Enjin (Engine Mapping) – Tombol ini berfungsi sebagai pemilih mod pandu yang ada pada banyak kereta moden hari ini. Ia membolehkan menukar hantaran kuasa antara agresif dan lancar. Banyak kereta F1 ada empat peta enjin untuk dipilih.
  8. Tetapan Diferensial (Differential Settings) – Berfungsi melaraskan agihan kuasa antara tayar belakang. Jadi pemandu boleh menggunakan kuasa paling ekonomi ketika membelok.  ENTRY ialah untuk membelok masuk, manakala EXIT untuk keluar selekoh.
  9. Imbangan Brek (Brake Balance) – Dial ini memastikan nisbah brek depan/belakang paling berkesan untuk mengelak kereta berpusing atau menggelupur. Pemandu boleh melaraskan brek mengikut kondisi cuaca dan trek, serta kapasiti bahan api semasa.
  10. Carian Pemulihan Energi (Energy Recovery Harvesting)  – Ciri baharu yang menukarkan tenaga kinetik dan haba kepada tenaga elektrik boleh guna dengan memberikan pemandu ekstra 160hp untuk kira-kira 33 saat per lap.
  11. Minum (Drink) – Helmet F1 didatangkan dengan satu tiub untuk menyalurkan minuman kegemaran pemandu. Berlumba memang memenatkan, dan butang ini membolehkan pemandu menambah cecair badan yang hilang dan memulihkan tenaga.

BACA >>> Litar GP Baharu di Vietnam Gabungkan Trek F1 Terbaik Dunia, Termasuk Sepang

Sudah tentu setiap stereng pemandu F1 tidak sama, dan setiap pasukan boleh membina versi sendiri dengan bentuk, komponen dan versi berbeza selagi mematuhi regulasi penganjur.

SUMBER: Carmudi

 

autotainment F1 Formula 1 Formula Satu (F1) Fungsi Stereng F1 McLaren Honda F1 Roda Stereng Stereng
Han Othman
  • Website

Kecederaan distal radius fracture memaksa dia menguburkan hasrat berlumba dalam litar GP antarabangsa. Amat mementingkan pemanduan berkeselamatan tinggi, sukakan roller coaster, gemar mendengar muzik jalanan dan selalu membantu ular sawa melintas jalan.

Artikel Berkaitan

Auto Terkini

Aeronas – Syarikat Tempatan Yang Mampu Bina Pesawat

09/07/2026
Auto Terkini

BMW iX3 dan ZEEKR 7GT Raih 5 Bintang Ujian Baharu Euro NCAP Yang Lebih Ketat!

09/07/2026
Auto Terkini

Jurujual Mengaku Bersalah Tetak Penunggang Motosikal Dipenjara 10 Tahun, 2 Sebatan

08/07/2026
Auto Terkini

BMW 7 Series Protection Diguna PMX Bukan Kereta Rasmi Baharu Tapi Aset Sedia Ada Kerajaan

08/07/2026
Leave A Reply Cancel Reply

  • Facebook401K
  • Instagram194K
  • YouTube593K
  • TikTok1000K
  • Threads46.6K
Pilihan Ramai Minggu Ini
ARC XRS x Star Wars
Aksesori

Helmet Edisi Istimewa ARC XRS x Star Wars Rasmi Jual, Harga Mula RM135!

By Syafie08/07/2026
Roda2

Warna Baru Yamaha Ysuku, Y15ZR SE Sudah Tiba, Harga Bermula RM8,998

By Shazwan Hisam07/07/2026
Toyota Corolla Cross 2027
Roda4

Toyota Corolla Cross 2027 untuk Jepun dengan Edisi Khas Z Adventure Sempena Aniversari 60 Tahun

By Abang Hirata04/07/2026
Yamaha GearEV dan Yamaha News GearEV 2027
Kenderaan Elektrik (EV)

Yamaha GearEV, News GearEV 2027 – Skuter EV untuk Penghantaran Jarak 100km

By Abang Hirata06/07/2026
GWM bangunkan teknologi hibrid pintar Hi4
Elektrifikasi

Hibrid Hanya untuk Jimat Minyak? GWM Hi4 Buktikan Sebaliknya

By Han Othman26/06/2026
Geely siar imej acah Geely Preface L90
Auto Terkini

Imej Acah Sedan Segmen-D, Geely Preface L90 2027 Didedah dengan LiDAR, Pilihan Enjin Hibrid

By Han Othman07/07/2026
ZXMoto 820RR-R 2027
Roda2

ZXMoto 820RR-R 2027 Lancar di China, Penunggang Baharu Dilarang Beli!

By Shazwan Hisam08/07/2026
Roda2

Honda CBR650R, CB650R E-Clutch Terima Warna Baharu Untuk 2027

By Shazwan Hisam03/07/2026
PanduLaju.com.my
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
© 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
designXCII TECH

Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.