Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Autotainment»#TahukahAnda: 5 Sikap Pemandu Jepun yang Orang Malaysia Perlu Ikut
Autotainment

#TahukahAnda: 5 Sikap Pemandu Jepun yang Orang Malaysia Perlu Ikut

ShawkathBy Shawkath01/05/2023
Facebook Twitter Telegram Threads
Kongsi
Facebook Twitter Telegram Threads


JEPUN ialah negara yang terkenal dengan budaya sopan seperti sikap sabar dan tolak ansur tinggi terhadap orang lain.

Jepun juga antara negara dengan kadar kemalangan terendah dunia walaupun memiliki jumlah populasi dan kepadatan penduduk tinggi. Apa rahsianya?

Asasnya, perkara itu ada kaitan dengan budaya orang Jepun. Penduduk dan pengguna jalan raya di Negara Matahari Terbit itu dikenali dengan budaya sopan. Orang Jepun digambarkan sebagai individu penyabar, bertolak ansur dan bersifat ramah dengan orang sekeliling mereka.

Umum mengetahui, masalah trafik adalah isu panas dialami ramai pengguna di banyak negara dunia, termasuk juga Malaysia. Namun berbeza dengan Jepun.

Di negara Asia Timur, masalah trafik sentiasa dipandang berat dan menjadi keutamaan Kerajaan yang lebih menumpukan pembangunan infrastruktur bandar dan sistem pengangkutan. Selain kemajuan sistem pengangkutan, warga Jepun ada budaya lalu lintas tersendiri yang berbeza daripada negara lain.

1. Keselamatan Penumpang Sangat Penting

Perkara jelas dapat dilihat melalui media adalah kebanyakan pemandu teksi dan bas terdiri daripada golongan berusia atau warga emas. Ini kerana undang-undang trafik menentukan umur memandu di Jepun untuk pemanduan kenderaan penumpang (seperti teksi atau bas).

Tujuannya adalah memastikan pemandu kenderaan berpengalaman yang benar-benar bertanggungjawab membawa  dan memastikan keselamatan penumpang.

Hampir semua rekabentuk kereta Jepun dilengkapi tali keledar untuk penumpang. Justeru semua orang diwajibkan menggunakan tali keledar keselamatan, termasuk teksi.

2. Sentiasa Sabar

Pemandu Jepun cuma bawa laju di trek dan anime.

Had laju di Jepun lebih rendah berbanding negara lain. Bagi pemanduan di bandar, had laju ialah 40kmj. Di lebuh raya pula, kelajuan dibenarkan antara 80-100kmj. Malah ada beberapa jalan kecil dihadkan kelajuan kepada 30kmj.

Selain memandu perlahan, pemandu Jepun mudah bertoleransi dengan pengguna jalan raya lain. Malah mereka tidak lokek memberi ruang dan laluan untuk kenderaan lain menukar lorong atau memasuki barisan kenderaan lain.

Apabila kenderaan itu diberi ruang masuk atau memintas, si pemandu akan mengucapkan terima kasih dengan menyalakan lampu kecemasan seketika. Budaya itu juga sudah menjadi ikutan segelintir pemandu di Malaysia.

Jepun juga mempunyai sistem pengangkutan awam termaju, tetapi tidak beroperasi 24 jam sepanjang minggu. Ini menandakan perlunya kemudahan teksi. Pemandu teksi Jepun pula beratur dalam barisan untuk mengambil penumpang. Menariknya, pemandu teksi Jepun tidak berebut penumpang seperti di beberapa negara lain.

3. Tiada Pemandu Potong Barisan dan Emosi Tekan Hon

Gejala pancung jalan (juga dipanggil ‘sailang’ di Malaysia) dan menekan hon membuta-tuli adalah senario biasa pada waktu puncak di Malaysia. Bagaimanapun, dua situasi itu tidak berlaku Jepun. Malah pemandu Jepun juga tidak merungut atau melepaskan geram mereka dengan menekan hon.

Ini kerana budaya beratur sudah lama sebati dengan diri penduduk Jepun sejak sekian lama. Kenderaan yang mahu bertukar lorong hanya perlu menyalakan lampu signal belok sekurang-kurangnya tiga saat sebelum beralih arah.

4. Beri Laluan Kepada Pejalan Kaki

Pemandu Jepun mengamalkan gaya pemanduan tenang dengan mengambil serius terhadap undang-undang jalan raya, dan memberi keutamaan kepada pejalan kaki.

Orang Jepun sentiasa percaya kenderaan perlu bertolak-ansur dalam trafik, dan kenderaan berat pula harus memberi keutamaan kepada kereta bersaiz kecil dan pejalan kaki.

Ini kerana ramai pejalan kaki dan pengguna pengangkutan awam di sana. Malah pemandu kereta kecil pula sentiasa memastikan keadaan lalu lintas bergerak lancar dengan menitikberat keselamatan jalan raya.

Pejalan kaki pula akan melintas jalan mengikut laluan disediakan di kawasan persimpangan, mengikut lampu isyarat melintas, manakala semua kereta yang mahu membelok akan berhenti untuk memberi laluan kepada pejalan kaki.

5. Teksi Guna Pintu Automatik

Banyak teksi Jepun dilengkapi pintu automatik yang boleh buka-tutup dengan hanya menekan butang. Inovasi itu dicipta syarikat teksi Osaka Tonbo Taxi dari wilayah Osaka.

Disebabkan rakyat Jepun sangat menghargai masa, insiden penumpang terlupa menutup pintu teksi selepas keluar kerap berlaku di sana. Inilah asas kepada terciptanya pintu automatik pada teksi.

SUMBER: CarFromJapan

autotainment Jepun Perangai Pemandu Jepun Sikap Pemandu Jepun tahukah anda
Shawkath

Artikel Berkaitan

Modenas Z15GT 2026
Autotainment

#TahukahAnda: Kenapa Modenas Guna Nama ‘Z15GT’?

19/01/2026
Senarai 20 kereta paling berkuasa 2025
Autotainment

#TahukahAnda: Inilah 20 Kereta Paling Berkuasa 2025

06/01/2026
Sembang Deras

#TahukahAnda Malaysia Ada Kereta Api Mewah Ala Eropah?

31/12/2025
Penunggang motosikal
Autotainment

#TahukahAnda: Kenapa Penunggang Motosikal Lebih Sihat Mental?

19/12/2025
Add A Comment
Leave A Reply Cancel Reply

  • Facebook 397K
  • Instagram 194K
  • YouTube 589K
  • TikTok 992K
  • Threads
Pilihan Ramai Minggu Ini
Modenas Z15GT
Auto Terkini

Modenas Z15GT Tembus 10,000 Unit Jualan, Bakal Eksport ke Asean, Timur Tengah!

By Syafie16/01/2026
Modenas Z15GT 2026
Autotainment

#TahukahAnda: Kenapa Modenas Guna Nama ‘Z15GT’?

By Syafie19/01/2026
Modenas Z15GT
Auto Terkini

Benarkah Modenas Z15GT ‘Made In Malaysia’?

By Syafie19/01/2026
Yamaha Ego Avantiz 2026
Roda2

Yamaha Ego Avantiz 2026 Diperkenal dengan Pilihan Warna Lebih Segar

By Shazwan Hisam12/01/2026
Kenderaan Elektrik (EV)

XPENG G6 Standard Range Rasmi di Malaysia, Harga RM158,888

By Shazwan Hisam19/01/2026
Jenama automotif paling laris di Malaysia sepanjang 2025
Auto Terkini

10 Jenama Kereta Terlaris Sepanjang 2025, Perodua Kekal Raja Automotif Malaysia!

By Syafie13/01/2026
Modenas Spider Ace 115 Tiga Roda
Roda2

Modenas Spider Ace 115: daripada Kapcai Standard Jadi Tiga Roda

By Syafie19/01/2026
Auto Terkini

Kawasaki Brusky 125 ‘Kembar’ Modenas Karisma 125 Terjual 17,000 Unit di Filipina

By Syafie15/01/2026
PanduLaju.com.my
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
© 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)

Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.