Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Autotainment»#TahukahAnda: 10 Ciptaan Penting Dunia Motosikal yang Perlu Anda Tahu
Autotainment

#TahukahAnda: 10 Ciptaan Penting Dunia Motosikal yang Perlu Anda Tahu

WahidBy Wahid28/02/2021
Facebook Twitter Telegram Threads
Kongsi
Facebook Twitter Telegram Threads


TANPA teknologi di bawah ini, maka tiadalah motosikal selamat seperti mana kita yang tunggang sekarang. Setiap rekacipta dan inovasi tersebut dihasilkan untuk menyelesaikan permasalahan tertentu, sekali gus menjadikan pengalaman menunggang lebih mudah, selamat dan menyeronokkan.

Apa agaknya rekaan dan inovasi berkenaan?

1. TAYAR ISIAN UDARA

Tidak perlu hendak bayangkan superbike berkuasa 200hp, Waisuku pun tidak dapat bergerak ke mana-mana tanpa rekaan paling penting ini. Tayar pada masa dulu dibuat daripada kayu atau logam yang dipasangkan pada jejari kayu.

Tayar getah berisi udara, dipanggil tayar pneumatik, dicipta pereka Scotland, Robert William Thomson yang mempatenkan rekaan itu pada 1888. Pada masa sama, doktor haiwan di Dublin, Ireland, John Boyd Dunlop juga mencipta tayar getah berisi udara.

Tayar itu dihasilkan Dunlop selepas anaknya mengadu sakit kepala selepas menunggang basikal. Beliau cuba mempatenkan ciptaannya pada 1892, tetapi ditolak.

Dunlop terkenal sebagai pereka yang menghasilkan penemuan getah akan jadi lebih keras dan tahan lama apabila dicampurkan belerang sebelum dipanaskan. Inilah proses vulkanisasi (vulcanisation) dalam pembuatan tayar. Beliau kemudian membuka syarikat membuat dan menjual tayar itu, dikenali sebagai Dunlop Tyre Company.

2. BREK DEPAN

Anda mungkin ketawa, kenapa brek depan disenaraikan sebagai ciptaan penting motosikal?

Faktanya, motosikal awal abad ke-19 tiada brek depan. Namun, motosikal juga sama seperti ciptaan lain yang saban tahun semakin maju ketika memasuki dekad 1920-an. Justeru, badan Pentadbiran Keselamatan Pengangkutan Lebuhraya Kebangsaan (NHTSA) di Amerika Syarikat (AS) mengeluarkan peraturan jalan raya baharu yang mensyaratkan semua motosikal dipasangkan brek depan dan belakang.

Harley-Davidson ialah model pertama dipasangkan brek depan.

Harley-Davidson ialah pengeluar pertama yang melengkapi motosikal jenama itu dengan brek depan dan belakang pada 1928. Jadi kenapa mesti cabut brek belakang?

3. BREK CAKERA

Honda CB750 (1969) mempopularkan brek cakera untuk motosikal jalanan.

Sistem brek cakera mula digunakan motosikal lumba, sama seperti beberapa kemajuan kejuruteraan lain. Pelumba lebih sukakan brek cakera kerana memberikan daya henti lebih optimum, lebih cepat sejuk dan lebih mudah disenggara berbanding brek dram. Honda CB750 (1969) ialah model yang mempopularkan brek cakera untuk motosikal jalanan.

Sistem brek ini juga menunjukkan kemajuan pesat. Malah, sistem brek cakera model hari ini siap disokong sistem Brek Anti-Kunci (ABS) dan material rotor berserta pad brek dipertingkan. Ini membolehkan superbike mampu berhenti lebih dari kelajuan 100kmj dalam jarak lebih kurang 30 meter sepantas 3 saat.

Sistem brek karbon MotoGP pula membolehkan pelumba membrek 300kmj kepada 90 kmj dengan jarak 300 meter dalam 5 saat.

BACA >>> #TahukahAnda: Kenapakah Jentera Kelas Premier MotoGP Guna Brek Karbon?

4. FORK HIDRAULIK

Motosikal dekad awal lalu ialah basikal yang dipasangkan enjin. Jadi, frem digunakan tiada bahagain suspensi boleh gerak. Bayangkan betapa sakitnya badan penunggang pada masa itu.

Fork teleskopik (boleh gerak) pertama diperkenalkan Scott Motorcycle Company pada 1908. Namun, fork itu tidak diredam (damping). Fork hidrolik penuh (redaman menggunakan minyak) pula diperkenalkan model BMW R12 dan R17 pada 1935.

Jurutera suspensi mendapati bahawa mereka dapat mengubah ciri-ciri redaman dengan mengalirkan minyak melalui liang-liang yang berlainan saiz. Maka bermulalah kemajuan di dalam sektor ini hingga ke fork-fork yang advance pada masa kini, termasuk suspensi elektronik.

5. PENGHIDUP ELEKTRIK

Memang berpeluh ketiak dan hidupkan motor dulu-dulu.

Hidup penunggang motosikal sekarang memang senang: tekan saja punat penghidup elektrik sampai, enjin hidup, masukkan gear, dan terus jalan.

Namun motosikal dahulu kala, terutama bersesaran besar, memang berkicap badan setiap kali hendak menghidupkan enjin menggunakan penghidup tendang (kick starter).

Indian Hendee Special (1914) ialah motosikal pertama ada penghidup elektrik.

Motosikal pertama dilengkapi penghidup elektrik ialah Indian Hendee Special (1914). Model ini dilengkapi teknologi itu selepas Pengerusi Indian Motorcycle, George Hendee memandu Cadillac (1912) yang disediakan penghidup elektrik, yang mana kereta pada masa itu perlu dihidupkan menggunakan engkol tangan.

Namun, penggunaan teknologi berkenaan tidak meluas hingga hujung 60-an apabila dipraktikkan Honda.

6. FREM ALUMINIUM

Frem motosikal tidak ubah seperti frem basikal yang awalnya dibuat daripada keluli. Ini kerana motosikal pertama ialah basikal yang dipasangkan enjin bermotor.

Tidak lama kemudian frem motosikal menjadi lebih kompleks dan berat kerana perlu menampung kapasiti enjin yang semakin besar, berat, dan laju. Selain itu, jurutera pada masa itu tiada komputer untuk melakukan kajian dan penyelidikan (R&D) terhadap sesebuah frem. Hasilnya, frem motosikal dibuat sama ada terlalu keras atau lembut.

Pada 1982, muncul jurutera Sepanyol, Antonio Cobas mencipta dan menghasilkan frem aluminium pertama untuk motosikal GP 250cc. Logam aluminium lebih ringan dibandingkan keluli pada tahap kekuatan sama. Rekaan Cobas itu kemudian ditiru pengeluar motosikal lain, dan digunakan pada motosikal lumba GP mereka.

Suzuki RG250 Gamma (1983)

Akhirnya, Suzuki memperkenalkan RG250 Gamma (1983) dengan frem aluminium, sekali gus menjadi motosikal jalanan pertama menggunakan frem aluminium. Pemilik motosikal tersebut mendakwa model itu lebih senang dikawal dan lebih laju kerana lebih ringan.

Suzuki kemudian memperkenalkan teknologi frem aluminium untuk GSX-R400 (1984) dan GSX-R750 pada 1985 yang menjadi replika motosikal lumba kuasa besar pertama.

Material keluli masih digunakan pada masa ini, tetapi hampir semua superbike (kecuali Ducati dan KTM) menggunakan frem aluminium. Frem gentian karbon juga giat dikaji pada masa ini.

7. BUTANG, KOMPONEN KAWALAN DISTANDARDKAN

Pernakah anda terfikir, bilakah segala punat, suis dan tuil kawalan motosikal distandardkan? Apa kami maksudkan ialah posisi terotel dan tuil brek depan diletakkan pada hendal kanan, manakala tuil klac pada hendal kiri. Lagi, brek belakang perlu memijak pedal kaki kanan, dan gear pula dianjakkan menggunakan pedal kaki kiri.

Kalau anda pernah menunggang motosikal British zaman Allahyarham P Ramlee dulu, posisi brek adalah di kaki kiri, dan gear pula sebelah kanan. Motosikal Harley-Davidson pula menggunakan penukar gear ala kereta di sebelah kanan tangki minyak, manakala klac perlu dipijak menggunakan kaki kanan. Pengeluar Jepun pula meletakkan punat, suis dan tuil kawalan di konsol dan posisu seperti motosikal hari ini.

Caca-marba, memang pening!

Akhirnya, NTHSA sekali lagi mengeluarkan peraturan pada 1972 yang menetapkan semua punat, suis dan tuil mestilah diletakkan pada posisi standard.

 8. FAIRING

BMW R100RSS (1976)

Fairing asalnya dicipta untuk jentera lumba bagi mengurangkan rintangan angin supaya pelumba dapat memecut lebih pantas. Sebaliknya, penunggang motosikal atas jalan terpaksa berdepan pukulan angin kuat dan percikan air.

Situasi ini berubah apabila BMW memperkenalkan sport tourer R100RSS (1976) yang dilengkapi fairing penuh (full fairing) untuk melindungi penunggang daripada tamparan angin. Bagaimanapun konsep itu tidak diterapkan sepenuhnya pengeluar lain hingga kemunculan Suzuki RG250 Gamma (1983).

9. PENYEJUKAN CECAIR

Suzuki GT750 (1971)

Enjin pembakaran dalaman akan menghasilkan lebih banyak haba apabila kuasa dan tork dipertingkat. Jurutera mendapati enjin dengan sistem penyejukan udara dan minyak tidak lagi dapat menghasilkan kuasa lebih tinggi jika tiada sistem penyejukan baharu yang lebih efisien melainkan membesarkan kapasiti enjin.

Permasalahan ini membawa kepada dua masalah. PERTAMA, status motosikal akan tersasar daripada kelas perlumbaan, dan KEDUA, motosikal jadi sangat berat. Justeru inilah sebab kenapa motosikal prestasi tinggi hari ini menggunakan sistem penyejukan cecair.

Suzuki ialah pengeluar pertama memperkenalkan sistem penyejukan cecair untuk motosikal jalanan, menerusi GT750 (1971).

10. SISTEM ELEKTRONIK

ADA penunggang yang tidak suka dengan sistem elektronik kerana menganggap ia mengurangkan fiil menunggang sesebuah motosikal. Faktanya, sistem elektronik memang terbukti mampu menyelamatkan penunggang ketika berdepan situasi mencemaskan, selain memudahkan motosikal ditunggang, terutama jenis berkuasa besar.

Sistem Kawalan Traksi (TRC) dan Sistem Brek Anti-Kunci (ABS) diperkenalkan pada BMW K100 (1988), tetapi hanya sebagai opsyen tambahan. Namun, ciri-ciri elektronik baharu membabitkan keselamatan mula diwajibkan untuk motosikal Eropah sejak beberapa tahun lalu.

Selain dua sistem itu, ada juga sistem elektronik untuk mengehadkan kuasa enjin, dan sistem  suntikan bahan api, kawalan wheelie (wheelie control), kawalan brek enjin (engine braking control), mitigasi angkat roda belakang (rear wheel lift mitigation), kawalan gelincir roda belakang (rear wheel slide control), Quick Shifter, kawalan luncur (launch control), dan lain-lain.

Sistem ABS dan kawalan traksi dipertingkatkan untuk mengambil kira sudut miring motosikal ketika membelok laju di selekoh, dan ada juga sistem suspensi boleh laras elektronik. Superbike mungkin susah atau mustahil ditunggang tanpa bantuan sistem elektronik.


PENUTUP

Masih banyak lagi ciptaan dan kemajuan yang kami tidak dapat masukkan dalam artikel kali ini. Kami belum huraikan mengenai rim besi tuang, tayar tiubles jenis ‘radial’,’ suntikan bahan api elektronik, rantai, klac antigelincir slipper, sayap aerodinamik dan banyak lagi.

Auto Terkini autotainment Pentadbiran Keselamatan Pengangkutan Lebuhraya Kebangsaan (NHTSA) Scott Motorcycle Company tahukah anda
Wahid

Artikel Berkaitan

QJMotor SRK450RR dan QJMotor SRK250RD
Roda2

QJMotor SRK450RR, SRK250RD Lancar di Malaysia, Harga Mula RM21,888

16/01/2026
Auto Terkini

BMW Group Malaysia Terus Jadi Pilihan Utama Automotif Premium

16/01/2026
BMW Group, dan Universiti Malaysia (UM), bekerjasama untuk aplikasi bateri hayat kedua.
Auto Terkini

BMW, UM Meterai MoU untuk Pembangunan Aplikasi Bateri EV Terpakai

16/01/2026
Auto Terkini

OMODA & JAECOO Malaysia Belanja Ang Pow Hingga RM18,888, Siap Servis Percuma 5 Tahun!

15/01/2026
Add A Comment
Leave A Reply Cancel Reply

  • Facebook 397K
  • Instagram 194K
  • YouTube 589K
  • TikTok 991.8K
  • Threads
Pilihan Ramai Minggu Ini
Modenas Z15GT Auto Terkini
Auto Terkini

Modenas Z15GT Tembus 10,000 Unit Jualan, Bakal Eksport ke Asean, Timur Tengah!

By Syafie16/01/2026
Auto Terkini
Auto Terkini

Betul Ke Modenas Z15GT ‘Made In Malaysia’?

By Syafie15/01/2026
Yamaha Ego Avantiz 2026 Roda2
Roda2

Yamaha Ego Avantiz 2026 Diperkenal dengan Pilihan Warna Lebih Segar

By Shazwan Hisam12/01/2026
Modenas Z15GT 2026 Auto Terkini
Auto Terkini

#Tahukah Anda: Kenapa Modenas Guna Nama Z15 GT?

By Syafie15/01/2026
Auto Terkini
Auto Terkini

Modenas Spider Ace: Ace 115 Tiga Roda untuk Kegunaan Industri?

By Syafie15/01/2026
Jenama automotif paling laris di Malaysia sepanjang 2025 Auto Terkini
Auto Terkini

10 Jenama Kereta Terlaris Sepanjang 2025, Perodua Kekal Raja Automotif Malaysia!

By Syafie13/01/2026
Kenderaan Elektrik (EV)
Kenderaan Elektrik (EV)

XPENG G6 Standard Range Rasmi di Malaysia, Harga RM158,888

By Shazwan Hisam16/01/2026
Pandu uji dan menang cabutan bertuah Chery PHEV Auto Terkini
Auto Terkini

Chery Malaysia Tawar Rebat hingga RM16,888 Sempena Tahun Baharu Cina!

By Syafie12/01/2026
PanduLaju.com.my
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
© 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)

Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.