• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Roda2 / SYM Super Moped Dilancarkan Ahad Ini, Bakal Tampil Enjin 185cc! Harga RM9k?

SYM Super Moped Dilancarkan Ahad Ini, Bakal Tampil Enjin 185cc! Harga RM9k?

April 12, 2018 By Abang GYL 1 Comment

2.8k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

sym super mopedINILAH berita yang ditunggu-tunggu. Model super kapcai, SYM Super Moped (nama masih belum disahkan) bakal dilancarkan Ahad ini (15 April). Pihak media juga sudah menerima surat undangan yang bakal dilancarkan di Pulau Pinang.

Lebih menarik, sumber dalaman kami mengesahkan SYM Super Moped itu bakal dipadankan dengan enjin 185cc dan bukannya 175cc seperti mana yang anda sangkakan.

Ya, dari segi prestasi, SYM Super Moped akan menggunakan enjin 185cc yang juga kapasiti enjin terbesar dalam segmen moped setakat ini. Bagaimanapun, tiada sebarang butiran teknikal didedahkan kepada kami.

Apa yang kami dimaklumkan, enjin ini dibangunkan khas bagi pengeluaran SYM Super Moped. Begitu juga dengan foto. Sehingga kini, kami masih belum menerima sebarang foto spyshot. Tetapi kami dimaklumkan ia ada iras-iras Yamaha Y15ZR.

BACA >>> Mana Satu Nak Angkat? Benelli RFS150i, atau Honda RS150R, atau Yamaha Y15ZR?

moped malaysiaHARGA SEKITAR RM9,000

Kami juga sempat bertanya, berapakah anggaran harga jualan SYM Super Moped dan jawapannya, motosikal itu akan dijual pada harga kompetitif, iaitu sekitar RM9,000 hingga RM10,000.

Wow, memang jauh lebih murah jika mahu dibandingkan pesaing lain dalam kelas sama. Persoalannya, mampukah SYM Super Moped memikat hati rakyat Malaysia? Apakah kapcai berkuasa tinggi itu mampu memberi saingan hebat kepada Yamaha Y15ZR atau Honda RS150R. Benarkah akan dijual pada harga begitu murah?

Mari kita sama-sama nantikan. Pastikan anda sentiasa mengikuti perkembangan di PanduLaju. Buat Ahmad Ahmad, tolong jangan gelabah. Hang relaks ja!!!

Artikel Berkaitan

2.8k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini, Roda2 Tagged With: Harga SYM Super Moped, kapcai SYM, SYM Malaysia, SYM Super Moped, SYM Super Moped 185cc, SYM Super Moped Malaysia

Comments

  1. Alexson faddry says

    November 13, 2019 at 2:20 PM

    Spair part senang cari kh?

    Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • HLYM Perkenal 4 Warna Baharu Yamaha NVX 155 (2022), Harga Asas Naik!
    HLYM Perkenal 4 Warna Baharu Yamaha NVX 155 (2022), Harga Asas Naik!
  • Inilah 13 Ciri Menarik Yamaha Y16ZR (2021) yang Perlu Anda Tahu
    Inilah 13 Ciri Menarik Yamaha Y16ZR (2021) yang Perlu Anda Tahu
  • #ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)
    #ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)
  • #ApaNakBuat: Indikator Bateri Menyala atau Berkelip?
    #ApaNakBuat: Indikator Bateri Menyala atau Berkelip?

PANDU UJI

#TunggangUji: Tailg Ebixon Bold Memang Praktikal, Tapi Bukan di Bandar Besar

WALAUPUN baru meneroka industri motosikal tempatan, Ni Hsin Tech … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Perodua Ativa Hybrid? Macam Boleh On Je, Tapi...

SAYA berkesempatan memandu uji Perodua Ativa Hybrid yang hanya ada 300 … [Baca Lagi...]

#Tunggang Uji: WMoto XDV 250i (2023) - Skuter China Bikin Senyum

MFORCE Bike Holdings ada produk skuter yang berpotensi mengubah segmen … [Baca Lagi...]

2014 – 2022 © PanduLaju.com.my