Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»Syd: “Kalau Aku Dah Tak Ada, Tolong Jangan Jual Koleksi Motosikal Modenas”
Auto Terkini

Syd: “Kalau Aku Dah Tak Ada, Tolong Jangan Jual Koleksi Motosikal Modenas”

ShawkathBy Shawkath31/07/2023
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


BAGAIMANAKAH mengukur kesetiaan pelanggan terhadap sesuatu jenama motosikal?

Kesetiaan bukan bermaksud menerima motosikal sebagai ‘hadiah’, dilantik sebagai duta produk atau menerima bayaran untuk menceritakan kebaikan sesuatu jenama pengeluar kepada orang ramai.

Sebenarnya, individu seperti ini memang wujud dalam kalangan kita, tetapi agak sukar untuk dikenal pasti kerana mereka kurang gemar menunjuk-nunjuk di media sosial.

Salah seorangnya Syd Ahmad Azimin Syd Jamaluddin. Lelaki berumur 51 tahun ini ialah pengguna tetap motosikal jenama Modenas sejak 23 tahun lalu.

Malah kesetiaan terhadap jenama nasional itu terpampang di kediaman Syd Penulis sempat melihat kain rentang besar Modenas berwarna biru dan gegantung Famili Modenas Jaguh (FMJ) digantung di perkarangan rumahnya.

Syd dan keluargan memiliki koleksi 11 unit motosikal, termasuk skuter Modenas yang sebahagian besar dalam kondisi baik dengan beberapa unit lagi masih dibaik pulih.

Berikut senarai motosikal dan skuter Modenas dimiliki Syd sekeluarga:

  • Modenas Kriss 1 – 1 unit
  • Modenas Elit Sport 150 – 1 unit
  • Modenas CT100 – 1 unit
  • Modenas Ace 115 – 1 unit
  • Modenas Jaguh 150 – 6 unit
  • Modenas Bajaj V15 – 1 unit

Jika diteliti senarai di atas, Syd dan keluarganya lebih cenderung meminati model cruiser Jaguh berkapasiti 175cc berbanding segmen kapcai atau skuter.

Jaguh menjadi kenderaan tunggangan Syd sekeluarga ke pelbagai acara permotoran serata negara, termasuk konvoi bermotosikal ke negara jiran.

Selain itu, keluarga empat beranak ini juga aktif berkonvoi pulang beraya di kampung mereka di Perak, siap berbaju Melayu dan bersamping.

Syd sebelum ini ialah pengguna Honda C70 (lampu bulat) dan Yamaha Nouvo sebelum beralih menggunakan produk Modenas, iaitu skuter Elit 150 pada 2011. Sebelum itu, dia pernah memiliki seunit Modenas Jaguh sekitar 2000 sebelum menjualnya.

Syd juga menyatakan beliau ialah pemilik pertama Bajaj V15 yang dibeli tunai RM6,200. Bagaimanapun, Syd tidak menyembunyikan rasa terkilan kerana model itu tidak memaparkan jenama Modenas, sebaliknya terus kekal dengan nama asal pengeluar dari India.

KENAPA SETIA DENGAN MODENAS?

Sepanjang menggunakan Modenas, Syd mengakui produk keluaran kilang Modenas di Gurun itu jarang mendatangkan masalah.

Walaupun mereka kata (produk) murah, memang murah pun (sebab) mesra rakyat. Motor memang tak ada masalah. (Sebagai contoh) Saya pakai Elite belum pernah hadapi masalah kabel putus tengah jalan, tapi pernah berlaku dua kali dengan skuter Jepun.

“Kenapa saya setia dengan Modenas? Pertama, saya rakyat Malaysia dan Modenas ialah produk Malaysia. Kedua, selama saya pakai Modenas, satu pun tak ada bagi masalah. Belum pernah sangkut tengah jalan dengan major problem,” katanya.

Pengalaman memiliki Jaguh pertama pada 2000 mendorong Syd membeli semula model sama pada 2013 untuk dirinya, kemudian menambah Jaguh kedua untuk isteri sebelum koleksi cruiser sama berkembang kerana anak-anak turut memiliki minat sama.

Seperti kebanyakan pemilik motosikal jenis easy rider dan cruiser, Jaguh dalam koleksi Syd turut mendapat sentuhan kustom. Bagaimanapun, lencana dan logo Modenas masih kekal pada badan motosikal tersebut.

KELEBIHAN MODENAS JAGUH

Syd secara peribadi menganggap Modenas sebagai motosikal yang tidak banyak mendatangkan masalah. Beliau berkata;

Pertamanya, tak banyak ragam dan sesuai dengan Malaysia punya condition dan juga (menepati) bajet rakyat Malaysia. Selain itu, jurutera Modenas di Gurun agak bijak kerana 40 peratus part (komponen) atau alat ganti Jaguh boleh menggunakan komponen GT128, Kriss dan Kawasaki.”

ISU ALAT GANTI, SERVIS

Mengulas lanjut, Syd mendakwa pemilik Jaguh tidak berdepan banyak masalah mendapatkan alat ganti kerana ciri mudah kacuk ditawarkan Modenas pada produk jenama itu. Beliau berkata;

Alat ganti masih boleh didapati di kedai-kedai, boleh juga guna barang GT128 sebab masih ramai gunakan motor tum terutama di kampung. Di Kuala Lumpur, memang dah kurang.

“Di Jepun dan Thailand, masih ada stok alat ganti. Biasanya, mekanik akan import masuk untuk Jaguh. Kebanyakan alat ganti itu jenis lokal, bukan original. Misalnya karburator Jaguh sama seperti Kawasaki Boss di sana.”

Syd menjelaskan akan melakukan penyelenggaraan motosikal Jaguh dengan bengkel persendirian yang mahir dengan model Jaguh di Gombak dan Ampang selain buat servis sendiri.

Faktor mendorong kepada konsep servis sendiri dan luar kerana kekurangan pusat servis Modenas selain ramai mekanik muda tidak berani membaik pulih Jaguh kerana model berusia.

Bagaimanapun, Syd dan keluarga tetap menjadikan premis rasmi Modenas sebagai rujukan untuk memperoleh komponen tulen, atau mendapatkan bantuan dan nasihat mengenai alat ganti.

Mengenai masalah mendapatkan panel badan Jaguh, Syd menjelaskan isu itu bukan masalah besar kerana ada pengusaha bengkel tempatan yang boleh membantu menghasilkan komponen secara kustom.

Kalau panel plastik dah tak ada, mereka boleh buat dengan material besi. Banyak bengkel sebenarnya boleh menghasilkan komponen untuk model Jaguh,” katanya lagi.

NILAI JAGUH MAKIN NAIK

Jika dulu unit Jaguh terpakai boleh didapati dengan harga serendah RM800 seunit, tetapi kini harga motosikal itu mampu mencecah hingga RM1,500 walaupun berstatus tidak boleh tukar nama.

Syd menjelaskan, model Jaguh yang menerima sentuhan kustom memiliki nilai jualan lebih tinggi berbanding versi standard, hingga harga boleh mencapai lebih RM5,000 seunit.

Jangan terkejut, masih ada individu mencari model Jaguh untuk kegunaan santai selain kecenderungan terhadap budaya kustom tanpa membebankan kocek.

HARAPAN SYD

Sepanjang temu bual dengan Syd, beliau nampaknya mengenali kenal ramai orang kuat Modenas sejak zaman fenomena Jaguh hingga era masa kini. Ramai nama yang disebut adalah individu yang penulis juga kenal.

Syd juga bukan asing di ‘rumah’ Modenas kerana kerap menghadiri majlis dan pertemuan anjuran pengeluar itu selain membantu mengusulkan idea sebagai pengguna biasa, termasuk input daripada ramai peminat muda Modenas.

Sebelum berpisah, Syd mengulangi harapan peribadi untuk melihat Modenas kembali bangkit sebagai jenama nasional, termasuk kembali menawarkan barisan model motosikal yang diminati orang muda. Beliau turut meninggalkan amanat tentang koleksi motosikalnya:

Kalau aku dah tak ada, tolong jangan jual koleksi motosikal Modenas. Tapi kalau terpaksa jual, tolonglah simpan satu.”

Auto Terkini Famili Modenas Jaguh Modenas Modenas Jaguh Peminat Modenas roda2 Syd Ahmad Syd Jamaluddin
Shawkath

Artikel Berkaitan

Auto Terkini

Pemandu Mabuk Rempuh Palang Keselamatan Pintu 2 Istana Negara

23/01/2026
Auto Terkini

DENZA Malaysia Rai Ulang Tahun Pertama, Harga D9 Disahkan Kekal Hingga 2026

23/01/2026
Kenderaan Elektrik (EV)

Tesla Model Y Long Range RWD Kini di Malaysia, Jarak 661km WLTP, Harga RM216,450

23/01/2026
Kenderaan Elektrik (EV)

Tesla Model 3 Varian Paling ‘Rahmah’ Kini di Malaysia, Jarak 534km WLTP, Harga RM147,600

23/01/2026
Leave A Reply Cancel Reply

  • Facebook 397K
  • Instagram 194K
  • YouTube 589K
  • TikTok 992K
  • Threads
Pilihan Ramai Minggu Ini
Modenas Z15GT
Auto Terkini

Modenas Z15GT Tembus 10,000 Unit Jualan, Bakal Eksport ke Asean, Timur Tengah!

By Syafie16/01/20261
Modenas Spider Ace 115 Tiga Roda
Roda2

Modenas Spider Ace 115: daripada Kapcai Standard Jadi Tiga Roda

By Syafie19/01/20261
Modenas Z15GT 2026
Autotainment

#TahukahAnda: Kenapa Modenas Guna Nama ‘Z15GT’?

By Syafie19/01/2026
Warga asing bawa lori sampah
Auto Terkini

JPJ Tak Halang Warga Asing Bawa Lori Sampah Kalau…

By Syafie21/01/2026
Modenas Z15GT
Auto Terkini

Benarkah Modenas Z15GT ‘Made In Malaysia’?

By Syafie19/01/2026
Yamaha NMAX 155 ABS 2025 | Japan
Roda2

Yamaha NMAX 155 ABS 2026 Perkenal Warna Baharu untuk Jepun!

By Abang Hirata20/01/2026
Auto Terkini

Kawasaki Brusky 125 ‘Kembar’ Modenas Karisma 125 Terjual 17,000 Unit di Filipina

By Syafie15/01/2026
Kenderaan Elektrik (EV)

XPENG G6 Standard Range Rasmi di Malaysia, Harga RM158,888

By Shazwan Hisam19/01/2026
PanduLaju.com.my
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
© 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)

Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.