Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Roda2»Syarikat UAE Perkenal e-Skuter Khas untuk Cabaran Timur Tengah, Barq Rena Max (2023)!
Roda2

Syarikat UAE Perkenal e-Skuter Khas untuk Cabaran Timur Tengah, Barq Rena Max (2023)!

Abang HirataBy Abang Hirata10/04/2022
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


SYARIKAT dari Emiriah Arab Bersatu (UAE), Barq memperkenalkan skuter elektrik (e-skuter) dinamakan Rena Max (2023) yang direka untuk mengatasi masalah ketidakcekapan kos dan produktiviti rendah dalam pasaran penghantaran destinasi akhir (last mile).

Malah, bukan calang-calang syarikat di sebalik rekabentuk e-skuter itu. Rena Max (2023) menadapat sentuhan firma rekabentuk dan kejuruteraan CALLUM, dan antara pengasasnya ialah pereka automotif terkenal, Ian Callum. Antara hasil kerja beliau sebelum ini ialah Aston Martin Vanquish, Vantage and DB9, Jaguar F-Type, F-PACE, XJ and I-PACE.

Skuter elektrik itu juga dibangunkan dengan kerjasama restoran, Americana dan platform penghantaran, Jahez.

Rena Max (2023) menggunakan bateri boleh ganti 5.6kWh dan motor elektrik 9kW, manakala jarak tunggang hingga 150km dengan kelajuan maksimum 97kmj. Skuter ini juga mempunyai gear undur, pelbagai mod tunggang dan panel meter skrin sentuh 8 inci. Berikut ciri Rena Max:

  • Direka khas untuk tunggangan di Timur Tengah dan Afrika (MEA).
  • Mengandungi pelbagai inovasi seperti penyejukan bateri, Internet Benda (IoT) dan perisian khas.
  • Warna badan Classic Theme dan Sustainable yang kalis ultra ungu (UV).
  • Tayar tiubles 13 inci dan 14 inci.

  • Material grip hendal jenis poliuretana biru berongga dengan pelana biru vinil corak berlian yang lebih sejuk disentuh.
  • Mod tunggangan: Eco, City, Sport dan gear undur.
  • Kotak barang mempunyai sistem kunci kawalan elektronik dengan log dan boleh mengesan situasi buka dan tutup untuk ekstra keselamatan.
  • Kotak barang saiz 79 liter dengan sistem cagakan Givi. Kotak penyejuk 9 liter dan ruang simpanan 5 meter di depan.
  • Berdasarkan maklum balas penunggang, posisi tunggangan ditambah baik untuk keselesaan dengan pelana bertekstur khas bagi mengurangkan kepanasan untuk tunggangan masa lama.
  • Sambungan port USB dan lampu siang (DRL) LED.

Dalam menghasilkan skuter itu, Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) dan Pengasas Barq, Abdallah Abu Sheikh (foto atas kanan) mempunyai pandangan dan pegangan menarik;

Sehingga kini pengeluar tidak membangunkan kenderaan khas untuk wilayah sini. Kami jadi pengguna teknologi binaan Barat dan China yang tidak memenuhi keperluan dan cabaran tepat rantau ini secara holistik.

“Peluang dalam mobiliti ringan sangat besar peringkat dunia, kami mahu ambil langkah pertama melalui kenderaan yang dibina khas untuk Timur Tengah dan Afrika dan kami sudah mengumpulkan individu terbaik untuk melakukannya.

Operasi kami sangat fleksibel (nimble) dan Rena Max berjaya dibangunkan dalam masa beberapa bulan selepas menganalisis pengalaman penunggang dan sejumlah data daripada platform atas permintaan (on demand).

“Hasilnya mengkagumkan – ini Tesla dunia skuter. Sesuai digunakan untuk tujuannya dengan fokus pada pengalaman pengguna dan kecekapan operasi. Skuter baharu ini bukan setakat meningkatkan kerja harian penunggang, tetapi juga kualiti penghantaran.

“Masa henti (down time) dapat ditangani dengan kaedah tukar bateri yang mana penunggang dan platform servis boleh mencapai objektif kemampanan tanpa hilang masa berharga untuk pengecasan.”

Pengeluaran Rena Max (2021) dijadualkan bermula lewat 2022 dan Barq menjangka mengeluarkan 50,000 unit skuter tersebut menjelang 2025 untuk pasaran UAE, Arab Saudi dan Mesir yang juga pasaran motosikal komersial terbesar dunia. Syarikat kurier juga boleh memajak Rena Max menerusi platform penghantaran dan syarikat pajakan dengan bayaran langganan bulanan rendah.

Barq setakat ini berjaya menarik minat beberapa pemain industri terbesar rantau itu.

BACA >>> e-Skuter Yamaha EMF (2022) Diperkenal di Taiwan dengan Bateri Boleh Ganti
BACA >>> e-Skuter Malaysia Eclimo ES-11 Mampu Ditunggang 100km, Kos Cas Cuma RM2!

Abdallah Abu Sheikh Barq Callum e-Skuter EV Ian Callum Rena Max roda2 skuter skuter elektrik
Abang Hirata

Artikel Berkaitan

Roda2

Honda X-ADV 2026 Dapat Warna Baharu, Kini Lebih Lestari

03/03/2026
Roda2

Boon Siew Honda Beri ‘Nafas’ Baharu Buat Africa Twin, Dari RM99,888

03/03/2026
Aveta Vanguard 250 2026
Roda2

Aveta Vanguard 250 2026 Dikemas Kini dengan 10 Naik Taraf Baharu

27/02/2026
Roda2

Ducati DesertX V2 2026 dengan Enjin V2 890cc Baharu, Lebih Mudah Selenggara

27/02/2026
Leave A Reply Cancel Reply

  • Facebook 397K
  • Instagram 194K
  • YouTube 589K
  • TikTok 992K
  • Threads
Pilihan Ramai Minggu Ini
Hp vs Tork | James Watt
0
Autotainment

#TahukahAnda: Kuasa Kuda vs Tork, Apakah Perbezaan dan Kenapa Penting?

By Han Othman23/02/2026
Lebuhraya GCE
Auto Terkini

KM18 Lebuhraya Guthrie Arah Utara Ditutup Sementara

By Shazwan Hisam24/02/2026
Aerotrain KLIA
Auto Terkini

MAHB Kenakan Penalti RM9.1 Juta kepada Kontraktor Projek Aerotrain KLIA

By Syafie01/03/2026
Hakim Danish raih tempat ke-18 di GP Thailand 2026
Moto3

#Moto3: Hakim Danish Tunjuk Taring Walaupun Belum Raih Mata

By Shazwan Hisam02/03/2026
Pekerja binaan maut dihempap pengorek jengkaut di Tumpat, Kelantan
Auto Terkini

Pekerja Tapak Binaan Maut Dihempap Pengorek Jengkaut

By Shazwan Hisam25/02/2026
0
ApaNakBuat

Perodua: Tekan ‘Push Start Button’ Sekali Saja, Kalau Lebih Itu Mitos

By Syafie26/02/2026
Stesen minyak Shell di Filipina.
Auto Terkini

Harga Bahan Api Naik Hari ini untuk Petrol, Diesel

By Han Othman24/02/2026
Auto Terkini

Baru 5 Minit Buka! Tiket Bas Balik Raya ke Kelantan Terus ‘Licin’

By Syafie25/02/2026
PanduLaju.com.my
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
© 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)

Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.