Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Roda4»Suzuki Vitara (2019) dengan Gril dan Enjin Pengecas Turbo Baharu
Roda4

Suzuki Vitara (2019) dengan Gril dan Enjin Pengecas Turbo Baharu

Han OthmanBy Han Othman31/07/2018
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


SELEPAS hampir 4 tahun sejak diperkenalkan pada Pameran Auto Paris 2014, Suzuki Vitara generasi ke-4 tampil dengan penambahbaikan lebih segar.

Kenderaan utiliti sukan (SUV) kompak itu datang dengan kemas kini luaran menerusi rekabentuk gril yang direka semula, bampar diubah suai, lampu belakang baharu dan dua ekstra warna baharu sebagai pilihan.

BACA >>> Suzuki UK Lancar Ignis Adventure dan Vitara Kuro Versi Edisi Khas

Kluster instrumen turut direka semula dengan paparan maklumat berwarna. Kemasan kabin pula menggunakan material plastik lembut yang sedap disentuh. Malah pengeluar automotif dari Jepun itu turut memberikan bayangan tentang ‘teknologi baharu’ yang katanya akan diperincikan pada September ini apabila model itu didedahkan secara rasmi nanti.

SUV ini dikuasakan enjin petrol 1.0L dan 1.4L pengecas turbo, yakni trenkuasa sama digunakan S-Cross tahun lalu, juga sebagai pengganti kepada nadi lama, 1.6L.

Tiada perincian varian Vitara didedahkan, tetapi mendakwa SZ4 dan SZ-T akan dikuasakan enjin 1.0L berkuasa 109hp. Selain itu, sistem pacuan semua roda (AWD) AllGrip ditawarkan sebagai opsyen untuk varian SZ-T yang datang dengan kotak gear manual.

BACA >>> Lelaki Ini Tunjuk Cara Baru Iklankan Kereta Terpakai Tahap Epik!

SZ5 pula menggunakan enjin 1.4L berkuasa 138hp dan tork 220Nm. Ciri standard dilengkapkan sistem Pencegahan dan Amaran Lencong (LDWP), Pengecaman Tanda Trafik (TSR), Monitor Titik Buta (BSM), Amaeran Trafik Lintas Belakang (RCTA), dan Sokongan Brek Dwi Sensor (DSBS).

Harga dan masa di pasaran akan dimaklumkan Suzuki apabila tarikh pelancaran semakin hampir.

SUMBER: CarScoops

Kenderaan Utiliti Sukan (SUV) Roda4 SUV Suzuki Suzuki Vitara (2019)
Han Othman
  • Website

Kecederaan distal radius fracture memaksa dia menguburkan hasrat berlumba dalam litar GP antarabangsa. Amat mementingkan pemanduan berkeselamatan tinggi, sukakan roller coaster, gemar mendengar muzik jalanan dan selalu membantu ular sawa melintas jalan.

Artikel Berkaitan

Roda4

#BIMS2026: Ford Ranger Super Duty – 209 Horsepower, Harga Hampir RM200k di Thailand

01/04/2026
Kenderaan Elektrik (EV)

#BIMS2026: BMW iX3 2026 Debut di Bangkok, Jarak 805 km WLTP, Harga Hampir RM450k

01/04/2026
Roda4

#BIMS2026: Mitsubishi Xpander HEV 2026 Kini Dengan ADAS, Harga Dari RM114k di Thailand

01/04/2026
Lepas L4 tayang di BIMS 2026
Roda4

#BIMS2026: Lepas L4 Sasar Segmen SUV Elektrik, Jarak Hingga 450km WLTP

01/04/2026
Leave A Reply Cancel Reply

  • Facebook401K
  • Instagram194K
  • YouTube593K
  • TikTok1000K
  • Threads46.6K
Pilihan Ramai Minggu Ini
Auto Terkini

Pemandu Mabuk Klang Didakwa Bawah Seksyen 302, Berdepan Hukuman Mati

By Han Othman01/04/2026
Petrol RON95
Auto Terkini

Kuota BUDI95 Mungkin Dikurangkan Kepada 200 Liter Sebulan

By Syafie26/03/2026
Kemeriahan Raya Ganjaran Berganda | Jetour 2026
Roda4

Beli Jetour Dashing, VT9 Boleh Dapat ‘Duit Raya’, dan Baucar Petrol!

By Han Othman12/03/2026
Ron95
Auto Terkini

Sekatan Kad Debit, Kredit Asing Beli RON95 Bermula 1 April

By Syafie31/03/2026
Auto Terkini

Bila Ayah ‘Kaki Kereta’, Nama Anak Pun Jadi Jenama Kereta

By Syafie25/03/2026
Autotainment

#ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)

By Han Othman03/08/201957
Autotainment

#TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu

By Admin PanduLaju28/06/20211
Autotainment

Apakah Notis 114? JPJ Boleh Guna Aduan Umum Sebagai Bukti Saman

By Admin PanduLaju11/06/20166
PanduLaju.com.my
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
© 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
designXCII TECH

Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.