• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Roda2 / Suzuki Vietnam Dijangka Lancar Dua Varian Motosikal Gixxer 250 (2021) Esok

Suzuki Vietnam Dijangka Lancar Dua Varian Motosikal Gixxer 250 (2021) Esok

October 25, 2021 By Shawkath Leave a Comment

199
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

SUZUKI Motorcycles Vietnam (Suzuki Vietnam) mendedahkan rancangan untuk melancarkan dua model motosikal sport baharu di pasaran negara itu esok.

Media tempatan menjangkakan model itu terdiri daripada versi naked dan sportbike kecil yang dipercayai daripada segmen 250cc. Di Vietnam, Suzuki masih belum menawarkan sebarang produk dalam kelas suku liter. Kebanyakan model ditawarkan ialah dalam siri 150cc.

BACA >>> Suzuki Malaysia Dedah 3 Model 150cc Bakal Masuk Pasaran, Ada Belang

xedoisong_suzuki_r_mat_xe_mo_to_the_thao_moi_vao_ngay_25_10_4__fbea
xedoisong_suzuki_r_mat_xe_mo_to_the_thao_moi_vao_ngay_25_10_3__xsaz

BACA >>> Suzuki Gixxer SF250, Gixxer 250 Kini Lebih Kemas di Jepun, Harga Mula RM16.9k

Satu foto memaparkan dua model motosikal yang digelapkan warna dimuat naik di Facebook  Suzuki Motorcycles Vietnam pada 23 Oktober lalu. Portal permotoran di Vietnam menjangkakan kedua-dua model itu ialah Suzuki Gixxer 250 dan Gixxer SF 250.

Tanggapan itu dibuat berdasarkan garisan badan bayangan dan desain rim lima jejari. Selain itu, alasan lain diberikan ialah pendekatan Suzuki melancarkan siri Gixxer 250 di beberapa pasaran Asean sejak kebelakangan ini. 

Malaysia dijangka lancar model Gixxer seawal-awalnya suku pertama tahun depan selain beberapa produk motosikal dan skuter bawah 150cc.

Suzuki Gixxer 250 dan Gixxer SF 250 berkongsi trenkuasa silinder tunggal SOHC 249.1cc dengan teknologi SOCS (Sistem Penyejukan Minyak Suzuki), menghasilkan kuasa 26hp pada 9,000rpm dan tork 22.2Nm pada 7,300rpm. Transmisi digunakan ialah klac manual 6-kelajuan.

BACA >>> Suzuki-GSX1000GT (2022) Lancar dengan Ciri Lebih Moden untuk Kaki Kembara
BACA >>> Perbandingan: Honda CBR250RR vs Kawasaki Ninja ZX-25R, Model Mana Terpantas 0-100kmj?
BACA >>> Modenas-Ninja 250 CKD Debut Suku Pertama 2022, EMOS-Kawasaki Mula Operasi Tahun Depan

SUMBER: Xedoisong

Related

199
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Roda2 Tagged With: roda2, Suzuki Gixxer 250, Suzuki Gixxer SF 250, Suzuki Motorcycles Vietnam

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Marshal Konvoi Motosikal Pakai Jaket Polis di Nilai Boleh Didenda Maksimum RM5k, Penjara Setahun!
    Marshal Konvoi Motosikal Pakai Jaket Polis di Nilai Boleh Didenda Maksimum RM5k, Penjara Setahun!
  • Bas Diesel Rapid KL, Penang Baru Lancar, Apa yang Baharu?
    Bas Diesel Rapid KL, Penang Baru Lancar, Apa yang Baharu?
  • Blueshark Malaysia Umum Prapelancaran SoloEra Solo 1C 2025, Harga RM599!
    Blueshark Malaysia Umum Prapelancaran SoloEra Solo 1C 2025, Harga RM599!
  • Prasarana Lancar 310 Bas Diesel Rapid KL, Rapid Penang Baharu!
    Prasarana Lancar 310 Bas Diesel Rapid KL, Rapid Penang Baharu!

PANDU UJI

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Proton e.MAS 7 Bukan EV Biasa, Ini Masa Depan Automotif Negara!

PROTON e.MAS 7 boleh diibaratkan semacam satu fenomena yang menarik … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Kia Sportage 2025 dari Shah Alam ke Janda Baik, Mampu Cabar Pasaran SUV Segmen-C!

SAYA dan rakan media pada 23 Januari lalu dijemput Dinamikjaya Motors … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev