• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Roda2 / Suzuki UK Tambah Warna Baharu untuk Hayabusa (2022), Harga RM92,410

Suzuki UK Tambah Warna Baharu untuk Hayabusa (2022), Harga RM92,410

December 7, 2021 By Aryon Leave a Comment

338
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


SUZUKI UK menambah pilihan warna baharu untuk hyperbike Hayabusa (2022), iaitu Pearl Brilliant White (putih) dengan aksen Metallic Matt Steller Blue (biru) dan trim krom pada harga £16,449 (RM92,410).

Pilihan warna baharu itu adalah tambahan kepada warna sedia ada iaitu Glass Sparkle Black-Candy Burnt Gold (hitam-jingga, dan versi Metallic Matt Sword Silver-Candy Daring Red (perak kusam-merah) yang dilancarkan awal tahun ini.

Hayabusa (2022) baharu ini ialah model generasi ketiga yang dilengkapkan pakej elektronik termaju seperti mod kawalan traksi sudut-sensitif, ABS mirisng sudut-sensitif, tiga mod kuasa, quickshifter dua-hala, kawalan jelajah dan pengehad halaju, dan kawalan luncur tiga tahap yang dikawal menerusi suis pada panel meter TFT warna penuh.

BACA >>> Suzuki Malaysia Lancar Model Legenda Hayabusa, V-Strom 1050XT


Berikut spesifikasi ringkas Hayabusa (2022):

  • Mengekalkan DNA rekabentuk ikonik Hayabusa terdahulu dengan garis badan tajam dan bersegi dengan dua jarum analog pada panel meter.
  • Menggunakan piston, konrod, aci engkol (crankshaft) dan aci sesondol (camshaft) baharu yang dibikin untuk meningkat prestasi dalam julat enjin rendah dan sederhana.
  • Dijana enjin 4-lejang 4-silinder 1,340cc DOHC penyejukan cecair dengan teknologi suntikan bahan api (FI) berkuasa 188hp @ 9,700rpm dan tork 150Nm @ 7,000rpm, serta dipadankan transmisi klac manual 6-kelajuan jenis sirat malar (constant-mesh).
  • Sistem suspensi fork terbalik (USD) di depan dan monoshock (belakang).
  • Sistem brek cakera kembar Brembo Stylema dengan kaliper 4-piston (depan) dan cakera tunggal dengan kaliper 1-piston (belakang)
  • Tayar 120/70Z R17 M/C (58W) di depan dan 190/50Z R17 M/C (73W) di belakang
  • Tinggi pelana 800mm, kapasiti tangki minyak 20 liter, berat kerb 264kg, jarak lega bumi 125mm

BACA >>> Selepas Filipina, Suzuki Hayabusa Baharu Lancar di Thailand, Harga RM114k
BACA >>> Suzuki India Tutup Sementara Tempahan Hayabusa (2021) Sebab Laris Sangat

Artikel Berkaitan

338
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Roda2 Tagged With: Hyperbike, roda2, superbike, Suzuki Hayabusa (2022), Suzuki UK

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Patah Tulang Jari Tangan Kanan, Marquez Terlepas Aksi GP Argentina
    Patah Tulang Jari Tangan Kanan, Marquez Terlepas Aksi GP Argentina
  • Suzuki Jepun Dedah Spesifikasi e-Burgman
    Suzuki Jepun Dedah Spesifikasi e-Burgman
  • Lebuhraya Sungai Besi Jadi Lokasi Pertama Sistem Tol Tanpa Palang
    Lebuhraya Sungai Besi Jadi Lokasi Pertama Sistem Tol Tanpa Palang
  • Toyota Aygo X Air Edition (2023) dalam Warna Brass Gold, Bukan Axia dan Bukan untuk Asia!
    Toyota Aygo X Air Edition (2023) dalam Warna Brass Gold, Bukan Axia dan Bukan untuk Asia!

PANDU UJI

#TunggangUji: Tailg Ebixon Bold Memang Praktikal, Tapi Bukan di Bandar Besar

WALAUPUN baru meneroka industri motosikal tempatan, Ni Hsin Tech … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Perodua Ativa Hybrid? Macam Boleh On Je, Tapi...

SAYA berkesempatan memandu uji Perodua Ativa Hybrid yang hanya ada 300 … [Baca Lagi...]

#Tunggang Uji: WMoto XDV 250i (2023) - Skuter China Bikin Senyum

MFORCE Bike Holdings ada produk skuter yang berpotensi mengubah segmen … [Baca Lagi...]

2014 – 2022 © PanduLaju.com.my