• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Roda2 / Suzuki RM-Z450 (2018) Versi Kemas Kini, Lebih Ringan dan Agresif

Suzuki RM-Z450 (2018) Versi Kemas Kini, Lebih Ringan dan Agresif

July 28, 2017 By Admin PanduLaju Leave a Comment

FacebookTwitter


SUZUKI mengumumkan perincian model baharu, RM-Z450 (2018) dengan melakukan beberapa pengemaskinian seperti penggunaan casis baru yang menyumbang kepada berat badan ringan dan menaik taraf prestasi pengendalian.

CASIS

RM-Z450 (2018) dilengkapi casis baharu dengan frem yang menambah baik prestasi ketika melayan selekoh selain memberikan lebih kestabilan tunggangan. Terima kasih kepada pengurangan berat 700 gram dan penambahbaikan ketegaran maksimum.

Lengan ayun baharu berasaskan falsafah rekabentuk yang sama dan ditambah pula pengurangan berat 100 gram, sekali gus meningkatkan kualiti prestasi pengendalian. Struktur heksagon ke atas subfrem berfungsi menambah baik aspek ketegaran, manakala rekaan lebih ramping menyerlahkan elemen agresif pada keseluruhan penampilan motosikal.

RM-Z450 (2018) juga kini lebih praktikal yang mana bahagian penapis udara boleh ditanggalkan, manakala bahagian rel pelana diposisikan lebih dekat dan dinaikkan untuk memasang absorber belakang baharu daripada unit Showa Balance Free. Ini menjadikan RM-Z450 sebagai motocross pengeluaran pertama menggunakan jenama premium tersebut.

Showa ialah jenama absorber perlumbaan yang menggunakan redaman luaran litar untuk meredah pelbagai cabaran bentuk muka bumi dengan menawarkan imbangan tekanan.

Suspensi bahagian depan juga masih mempertaruhkan Showa dengan spring koil fork menggantikan fork udara terdahulu. Fork lebih besar menawarkan respon lebih baik kepada penunggang. Salin itu, diameter fork juga ditingkatkan daripada 58.5mm kepada 59.3mm.

Perubahan casis  RM-Z450 menjadikan jarak roda lebih pendek, iaitu 1480mm berbanding 1495mm. Penggunaan tangki minyak baru jenis aluminium mengurangkan berat sebanyak 275 gram, dan pada masa sama menambah kapasiti daripada 6.2 liter kepada 6.3 liter.

Brek cakera depan lebih besar bersaiz 270mm, manakala prestasi brek belakang baharu dipertingkat. Pelindung pula berfungsi melindungi enjin ketika perlumbaan.

ENJIN

Bahagian enjin  RM-Z450 (2018) menghantar kuasa puncak lebih tinggi, termasuk tork dinaik taraf pada julat pertengahan, manakala respon terotel lebih baik. Hasilnya, kuasa dan tork kini lebih tinggi.

Porting baharu ke atas  kepala silinder meningkatkan aliran udara sebanyak 25 peratus, sekali gus menjadikan proses pembakaran lebih cekap dengan kuasa puncak tinggi tanpa perlu membazirkan kuasa pada julat rendah hingga pertengahan.

Bukaan penapis udara 30 peratus meningkatkan output kuasa pada semua kelajuan enjin. Profil aci ambilan (intake cam) pula meningkatkan injap lif (valve lift), dengan menambahbaik kecekapan ambilan dan membantu meningkatkan kuasa sepanjang julat rev. Hasilnya, ada jenis piston baharu yang memang direka untuk menahan output kuasa puncak tinggi.

Respon terotel turut ditambahbaik. Terima kasih kepada beberapa perubahan termasuk pemasangan pam minyak baharu yang mampu meningkatkan tekanan minyak sebanyak 17 peratus selain merangsang campuran udara dan petrol lebih cekap. Terdapat juga badan terotel (throttle body) dan suntikan bahan api yang menyuntik minyak ke atas dan secara terus ke injap kupu-kupu (butterfly valve).

GALERI

Artikel Berkaitan

FacebookTwitter

Filed Under: Roda2 Tagged With: motocross, motosikal, roda2, Suzuki, Suzuki RM-Z450, Suzuki RM-Z450 (2018)

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Menteri: Ujian Sistem Bayaran Tol Lebuh Raya Guna Kad Kredit, Debit Bakal Bermula
    Menteri: Ujian Sistem Bayaran Tol Lebuh Raya Guna Kad Kredit, Debit Bakal Bermula
  • Monopoli Puspakom Tamat Selepas Ogos 2024, Servis Pemeriksaan Kenderaan Dibuka untuk Semua
    Monopoli Puspakom Tamat Selepas Ogos 2024, Servis Pemeriksaan Kenderaan Dibuka untuk Semua
  • Skuter EV Blueshark R1, R1 Lite (2023) Lancar di Malaysia dengan Pakej Tukar Bateri di Petronas
    Skuter EV Blueshark R1, R1 Lite (2023) Lancar di Malaysia dengan Pakej Tukar Bateri di Petronas
  • Mitsubishi Pindah Pusat 3S Baharu di Alor Setar, Buka Premis Baharu di Langkawi
    Mitsubishi Pindah Pusat 3S Baharu di Alor Setar, Buka Premis Baharu di Langkawi

PANDU UJI

#TunggangUji: Tailg Ebixon Bold Memang Praktikal, Tapi Bukan di Bandar Besar

WALAUPUN baru meneroka industri motosikal tempatan, Ni Hsin Tech … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Perodua Ativa Hybrid? Macam Boleh On Je, Tapi...

SAYA berkesempatan memandu uji Perodua Ativa Hybrid yang hanya ada 300 … [Baca Lagi...]

#Tunggang Uji: WMoto XDV 250i (2023) - Skuter China Bikin Senyum

MFORCE Bike Holdings ada produk skuter yang berpotensi mengubah segmen … [Baca Lagi...]

2014 – 2022 © PanduLaju.com.my