Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Roda2»Suzuki Malaysia Siar Satu Lagi Foto Acah, Belang R150 Akan Kembali?
Roda2

Suzuki Malaysia Siar Satu Lagi Foto Acah, Belang R150 Akan Kembali?

Admin PanduLajuBy Admin PanduLaju30/09/2020
Facebook Twitter Telegram Threads
Kongsi
Facebook Twitter Telegram Threads


TERKINI!!! SuzukiMalaysia baru saja memuat naik foto acah dalam laman Facebook rasmi wakil pengeluar itu dengan status bertulis “Guess what model coming to town?”.

Tulisan atas foto pula tertera perkataan “The King is Back”.

Sebelum ini Suzuki Malaysia menyiarkan foto acah yang memberikan gambaran ketibaan GSX-R. Jika meneliti foto acah terbaharu ini, ia seakan tiada kaitan dengan foto terdahulu. Adakah ini taktik pancing Suzuki Malaysia untuk melihat respon peminat dua roda tempatan?

BACA >>> Suzuki Malaysia Bakal Lancar Model GSX-R Misteri?

Kami pun keliru ketika cuba mencari klu  dengan dengan foto acah sebelumnya. Selepas meneliti dan melakukan perbandingan, status baharu itu memberi bayangan mengenai model yang pernah menjadi raja jalanan Malaysia. Adakah Suzuki Belang, yang juga dikenali sebagai Satria F150 di Indonesia (seperti foto atas), bakal menjengah semula pasaran tempatan?

Ataupun GSX Bandit 150? Bagaimanapun selepas melihat foto dimuat naik, ada satu klu pada fairing depan sebelah kanan yang tertera lencana ‘Fi’. Sebagai makluman, GSX-150 Bandit tiada lencana FI pada fairing depan. Berdasarkan pandangan depan dua model itu tidak jauh berbeza, cuma lencana FI dan logo Suzuki.

BACA >>> Suzuki Malaysia Bakal Lancar Model GSX-R Misteri?

Suzuki Satria F150
Suzuki GSX-150 Bandit

Satria F150 tampil futuristik dan sporty dengan rekaan badan aerodinamik.  Menggunakan mesin baharu yang mengadaptasi teknologi MotoGP, Satria F150 didatangkan dengan enjin 147.3cc penyejukan cecair dengan teknologi suntikan bahan api berkuasa 18.2hp @ 10,000rpm dan tork 13.8Nm @ 8,500rpm bersama transmisi klac manual 6-kelajuan.

GSX-150 Bandit pula menerapkan karakteristik siri GSX dengan rekabentuk berkarakter. Didatangkan dengan enjin silinder tunggal DOHC, model ini mampu menghasilkan kuasa 18.9hp @ 10,500rpm dan tork 14Nm @ 9,000rpm dengan klac manual 6-kelajuan, tetapi tanpa teknologi FI.

Selepas membuat perbezaan dari pandangan depan,  Suzuki Malaysia mungkin memperkenalkan semula Belang yang suatu masa dulu pernah mewarnai pasaran motosikal tempatan dan disebut antara model kapcai terbaik Malaysia. Bagaimanapun jangan lupa Yamaha MT-15 bakal berada di pasaran tidak lama lagi, bimbang kena tapau nanti.

BACA >>> Suzuki Swace – Wagon Moden Praktikal Hasil Kerjasama dengan Toyota

Auto Terkini roda2 Suzuki Suzuki GSX-150 Bandit Suzuki Malaysia Suzuki Satria F150
Admin PanduLaju

Artikel Berkaitan

QJMotor SRK450RR dan QJMotor SRK250RD
Roda2

QJMotor SRK450RR, SRK250RD Lancar di Malaysia, Harga Mula RM21,888

16/01/2026
Auto Terkini

BMW Group Malaysia Terus Jadi Pilihan Utama Automotif Premium

18/01/2026
BMW Group, dan Universiti Malaysia (UM), bekerjasama untuk aplikasi bateri hayat kedua.
Auto Terkini

BMW, UM Meterai MoU untuk Pembangunan Aplikasi Bateri EV Terpakai

16/01/2026
TGR Vios Challenge 2025
Auto Terkini

Musim 8 Toyota GAZOO Racing (TGR) Vios Challenge Tutup Tirai dengan Tiga Juara Baharu

16/01/2026
View 2 Comments

2 Comments

  1. gaza on 30/09/2020 13:56

    correction cket tuan, gsx 150 bandit ni pakai fuel injection FI. apesal pulak tanpa FI tuh. buwat lawak ke apo ni hahaha. dah keluar kat indo moto tu lama da. kalo moto cina tu logik la ckp pakai carb lagi.

    refer :
    https://www.suzuki.co.id/uploads/brochures/Flyer-GSX-150-BANDIT.pdf

    Reply
  2. Guest on 21/11/2020 09:52

    Harap-harap suzuki keluar moped belang macam RS / Y15 / SYM185 / benelli. bukan yang togel macam sekarang. Aku sanggup jual honda RS tukar ke suzuki.

    Reply
Leave A Reply Cancel Reply

  • Facebook 397K
  • Instagram 194K
  • YouTube 589K
  • TikTok 991.8K
  • Threads
Pilihan Ramai Minggu Ini
Modenas Z15GT Auto Terkini
Auto Terkini

Modenas Z15GT Tembus 10,000 Unit Jualan, Bakal Eksport ke Asean, Timur Tengah!

By Syafie16/01/2026
Auto Terkini
Auto Terkini

Betul Ke Modenas Z15GT ‘Made In Malaysia’?

By Syafie15/01/2026
Yamaha Ego Avantiz 2026 Roda2
Roda2

Yamaha Ego Avantiz 2026 Diperkenal dengan Pilihan Warna Lebih Segar

By Shazwan Hisam12/01/2026
Modenas Z15GT 2026 Auto Terkini
Auto Terkini

#Tahukah Anda: Kenapa Modenas Guna Nama Z15 GT?

By Syafie15/01/2026
Auto Terkini
Auto Terkini

Modenas Spider Ace: Ace 115 Tiga Roda untuk Kegunaan Industri?

By Syafie15/01/2026
Jenama automotif paling laris di Malaysia sepanjang 2025 Auto Terkini
Auto Terkini

10 Jenama Kereta Terlaris Sepanjang 2025, Perodua Kekal Raja Automotif Malaysia!

By Syafie13/01/2026
Kenderaan Elektrik (EV)
Kenderaan Elektrik (EV)

XPENG G6 Standard Range Rasmi di Malaysia, Harga RM158,888

By Shazwan Hisam16/01/2026
Pandu uji dan menang cabutan bertuah Chery PHEV Auto Terkini
Auto Terkini

Chery Malaysia Tawar Rebat hingga RM16,888 Sempena Tahun Baharu Cina!

By Syafie12/01/2026
PanduLaju.com.my
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
© 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)

Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.