• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Automotif Telus dan Tulus

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Roda2 / Suzuki Bakal Lancar Sportbike 150 di Pasaran Indonesia

Suzuki Bakal Lancar Sportbike 150 di Pasaran Indonesia

July 12, 2016 By AI Leave a Comment

FacebookTwitter

suzuki-sport-150cc
BERITA mengenai model sports 150cc buatan Suzuki mula bertiup kencang sejak awal tahun ini dan khabar itu disahihkan lagi oleh majalah automotif online Indonesia, Dapurpacu.com yang melaporkan PT Suzuki Indomobil Sales (SIS) kini sedang mempersiapkan motosikal berkenaan tahun ini.

Pesaing kepada Honda CBR150R dan Yamaha YZF-R15 itu dijangka dilancarkan akhir tahun ini di fasiliti Suzuki Tambun dekat Bekasi,  Indonesia. Walaupun mengesahkan berita itu, SIS masih kekal menutup mulut mengenai masa tepat pelancaran model tersebut kerana masih dalam proses persiapan dan penilaian kualiti.

Produk baharu Suzuki itu khabarnya menggunakan enjin daripada  platform Suzuki Satria F150. Apa yang pasti, model sport tersebut berkapasiti 150cc. Sebaliknya, apa yang tidak diketahui adalah sama ada didatangkan dalam rupa naked bike atau sport fairing, atau kedua-duanya. Mungkinkah ia model Gixxer 150 yang dilancarkan di India baru-baru ini?

Sayang sekali model berkenaan hampir pasti tidak dibawa masuk ke pasaran Malaysia. Nampaknya, Suzuki Assemblers Malaysia masih lagi tidur tanpa sebarang model baharu tahun ini walaupun sudah masuk lebih setengah tahun. Bangunlah, bila pula mahu bawa masuk Belang Fi? Sampai bila mahu kalah kepada Honda dan Yamaha?

FacebookTwitter

Filed Under: Roda2 Tagged With: Honda CBR150R, Suzuki, Suzuki Exigger, Suzuki Satria F150, Suzuki Sportbike 150, Yamaha YZF-R15

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Facebook

Pilihan Ramai

  • #ApaNakBuat: 'Fork Seal' Kerap Bocor? Jangan Hantar Bengkel Sebelum Cuba Trik Ini!
    #ApaNakBuat: 'Fork Seal' Kerap Bocor? Jangan Hantar Bengkel Sebelum Cuba Trik Ini!
  • Berapakah Tekanan Angin yang Betul Selepas Tukar Saiz Rim dan Tayar?
    Berapakah Tekanan Angin yang Betul Selepas Tukar Saiz Rim dan Tayar?
  • Perbandingan: Honda RS-X vs RS150R, Apa Berbeza?
    Perbandingan: Honda RS-X vs RS150R, Apa Berbeza?
  • Mitsubishi Xpander Kekal Raja MPV Bukan Nasional di Malaysia
    Mitsubishi Xpander Kekal Raja MPV Bukan Nasional di Malaysia

PANDU UJI

#TunggangUji: 7 Fakta Asas Aprilia SR GT 200 (2022) Anda Perlu Tahu

APRILIA SR GT 200 (2022) yang diperkenalkan ke Malaysia Jumaat lalu … [Baca Lagi...]

#TunggangUji: Ducati Multistrada V4 S - Sport Tourer Serba Canggih, Lincah dan Berkuasa!

SEGMEN sport-tourer, iaitu motosikal jelajah berkuasa tinggi ialah … [Baca Lagi...]

#TunggangUji: VinFast Vento yang Sesuai untuk Petrol RM5.50 Seliter (di Vietnam)!

MOTOSIKAL elektrik bukan lagi asing di Vietnam, tambahan lagi apabila … [Baca Lagi...]

2014 – 2022 © PanduLaju.com.my