Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Roda4»SUV Kompak Premium Jaecoo J7 2024 Lancar di Malaysia, Harga Mula RM138.8k!
Roda4

SUV Kompak Premium Jaecoo J7 2024 Lancar di Malaysia, Harga Mula RM138.8k!

Han OthmanBy Han Othman19/07/2024
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


JAECOO Malaysia hari ini secara rasmi melancarkan kenderaan utiliti sukan (SUV) premium, Jaecoo J7 2024 di KL Base, Jalan Sungai Besi, Kuala Lumpur.

Majlis pelancaran dihadiri Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari, Exco Selangor bagi Pelaburan, Perdagangan dan Mobiliti, Ng Sze Han, Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Institut Automotif Robotik dan IoT Malaysia (MARii), Azrul Reza Aziz, CEO Invest Selangor Datuk Hasan Azhari Haji Idris dan CEO Puspakom, Tuan Mahmood Razak Bahman.

Turut hadir di majlis pelancaran itu ialah Ahli Parlimen Sim Tze Tzin, dan Lim Chean Chung serta legenda badminton negara Datuk Wira Lee Chong Wei.

Jaecoo J7 ditawarkan dalam dua varian pada harga seperti berikut:

  • Jaecoo J7 AWD – RM138,800
  • Jaecoo J7 2WD – RM148,800

Setiap pembelian dipakejkan bersama waranti tujuh tahun* atau hingga perbatuan 150,000km*

Sempena pelancaran, Jaecoo Malaydia menawarkan pakej pembeli awal kepada pembeli yang membuat tempahan hingga 21 Julai ini, terdiri daripada waranti enjin 10 tahun atau hingga jarak perjalanan sejauh 1,000,000km.

JAECOO Malaysia turut mengumumkan enam panel insurans panel di bawah Program Perlindungan Perdana JAECOO (J-PPP).

* Tertakluk terma dan syarat

Berikut perincian mengenai SUV kompak tersebut:

TRENKUASA

Kedua-dua varian dijana enjin petrol 4-silinder sebaris 1.6L turbo suntikan terus (TDI) dengan output kuasa 194hp dan tork 290Nm, manakala transmisi jenis automatik dual-klac (DCT) 7-kelajuan.

LUARAN

  • Ada empat pilihan warna: Moonlight Silver (perak), Carbon Crystal Black (hitam), Khaki White (putih) dan Model Green (hijau).
  • Dimensi badan panjang 4,500mm, lebar 1,865mm, dan tinggi 1,680mm tinggi, manakala jarak roda 2,672mm.
  • Rekabentuk luaran kedua-dua varian sama saja yang berbeza pada lencana ‘AWD’ di belakang pintu but pada varian AWD, dan tiada pada varian 2WD.
  • Menampilkan rekabentuk gaya lasak dan elegan dengan penampilan mudah dikenali atas jalan menerusi rekaan gril dan lampu depan LED bentuk bendera bersegi.
  • Kemasan premium diserlahkan menerusi rekabentuk badan minimalis dengan hendal pintu rata, yang disepadu bersama badan kereta apabila dikunci dan bergerak, hingga pintu dibuka.
  • Dipadangkanrim aloi 19 inci dengan kaliper brek merah dengan brek cakera ventilasi.
  • Sistem suspensi jenis strut MacPherson di depan dan Multi-Link (belakang).

DALAMAN

  • Ruang kabin menampilkan tombol gear SUV gaya jet pejuang.
  • Kluster instrumen digital 10.25 inci dengan paparan dongak (HUD) W-HUD baharu.
  • Unit infotainment skrin sentuh jenis vertikal 14.8-inci dengan sokongan konektiviti Apple CarPlay dan Android Auto.
  • Kamera 540º untuk sudut pandangan 360º, dan juga situasi semasa kenderaan untuk keyakinan tambahan dengan jaminan keselamatan tanpa titik buta atas permukaan jalan tidak rata, atau melalui ruang sempit.
  • Ada pad pengecas wayarles 50W dengan corong penyaman udara dengan ruang letak telefon pintar dicas.
  • Kabin luas dengan ruang kaki cukup untuk pemanduan jauh.
  • Fiil mewah menerusi lampu ambien 64 warna, bumbung panoramik, sistem bunyi Sony lapan pembesar suara, penyaman udara dwi-zon dengan corong belakang.
  • Kerusi depan boleh laras elektrik kuasa.
  • Direka sebagai teman kembara dengan keupayaan meredala laluan ekstrem .
  • Kaspsasditi but 424 liter.
  • Kerusi belakang boleh lipat rata untuk tambahan ruang hingga 1,349 liter.

CIRI

  • Dilengkapi Sistem Pintar Pacuan Semua Roda (ARDIS), yang dibangunkan Jaecoo untuk mengharungi permukaan sukar.
  • Varian AWD disediakan tujuh mod pandu: Eco, Sport, Normal, Sand, Mud, Snow, dan Off-Road.
  • Setiap mod dibina untuk meningkatkan prestasi dan pengalaman memandu atas pelbagai permukaan jalan.
  • Jaecoo J7 2024 menjanjikan pengalaman memandu selamat menerusi struktur badan kuat

Jaecoo Malaysia dijangka menyerahkan kumpulan pertama Jaecoo J7 2024 selewat-lewatnya suku ketiga tahun ini dengan rangkaian pengedar meliputi Semenanjung dan Borneo (Saban dan Sarawak).

Maklumat lanjut Jaecoo Malaysia boleh layari www.jaecoo.com.my atau ikuti perkembangan terkini di platform media sosial JAECOO Malaysia.

Jaecoo J7 2024 JAECOO Malaysia Kenderaan Utiliti Sukan (SUV) Roda4 SUV kompak SUV Segmen-C
Han Othman
  • Website

Kecederaan distal radius fracture memaksa dia menguburkan hasrat berlumba dalam litar GP antarabangsa. Amat mementingkan pemanduan berkeselamatan tinggi, sukakan roller coaster, gemar mendengar muzik jalanan dan selalu membantu ular sawa melintas jalan.

Artikel Berkaitan

Leapmotor B05 2026
Kenderaan Elektrik (EV)

SUV Coupé EV, Leapmotor B05 Diperkenal di Brussels Autosalon

02/03/2026
Auto Terkini

Lee Chong Wei Kini Pemilik Zeekr 7X!

02/03/2026
HEV

UMWT Rasmi Lancar Toyota Harrier 2.5 HEV, Harga Mula RM289k!

02/03/2026
Skoda Octavia vRS Dragon Skin 2026
Roda4

Peminat UK Pilih Dragon Skin Sebagai Warna Baharu Skoda Octavia vRS 2026

02/03/2026
Leave A Reply Cancel Reply

  • Facebook 397K
  • Instagram 194K
  • YouTube 589K
  • TikTok 992K
  • Threads
Pilihan Ramai Minggu Ini
Lebuhraya GCE
Auto Terkini

KM18 Lebuhraya Guthrie Arah Utara Ditutup Sementara

By Shazwan Hisam24/02/2026
Hp vs Tork | James Watt
0
Autotainment

#TahukahAnda: Kuasa Kuda vs Tork, Apakah Perbezaan dan Kenapa Penting?

By Han Othman23/02/2026
Stesen minyak Shell di Filipina.
Auto Terkini

Harga Bahan Api Naik Hari ini untuk Petrol, Diesel

By Han Othman24/02/2026
Pekerja binaan maut dihempap pengorek jengkaut di Tumpat, Kelantan
Auto Terkini

Pekerja Tapak Binaan Maut Dihempap Pengorek Jengkaut

By Shazwan Hisam25/02/2026
Aerotrain KLIA
Auto Terkini

MAHB Kenakan Penalti RM9.1 Juta kepada Kontraktor Projek Aerotrain KLIA

By Syafie01/03/2026
Roda2

Ducati Panigale V4 Rangkul Anugerah Good Design 2025, Layak dan Tidak Disangkal!

By Abang Hirata19/02/2026
Audi RS 5 2026
PHEV

Audi RS 5 2026: PHEV Prestasi Premium Pertama daripada Audi Sport

By Abang Hirata20/02/2026
0
ApaNakBuat

Perodua: Tekan ‘Push Start Button’ Sekali Saja, Kalau Lebih Itu Mitos

By Syafie26/02/2026
PanduLaju.com.my
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
© 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)

Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.