Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Roda4»SUV Elektrik Mewah, Mercedes-Benz EQS 580 4MATIC (2023) Kini di Malaysia, Harga RM699k
Roda4

SUV Elektrik Mewah, Mercedes-Benz EQS 580 4MATIC (2023) Kini di Malaysia, Harga RM699k

Han OthmanBy Han Othman20/10/2023
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads

MERCEDES-Benz Malaysia (MBM) hari ini memperkenalkan varian mewah untuk kenderaan utiliti sukan (SUV) elektrik, Mercedes-Benz EQS 580 4MATIC.pada harga atas jalan termasuk cukai jualam 10 peratus, tanpa insurans RM699,888.

SUV elektrik penuh ini tampil dengan rekabentuk elegan dan ciri  moden serta sofistikated.

Rekabentuk luaran mengetengahkan gaya dinamik, dan estetika inovatif sebagai SUV elektrik mewah pertama Mercedes-Benz yang dibina berasaskan platform kenderaan elektrik (EV), EVA2.

Ini menjadikan SUV EV ini berbeza berbanding model enjin pembakaran dalam (ICE) biasa menerusi rekabentuk selanjar (seamless). Walaupun dalam konfigurasi 7-kerusi, SUV ini menawarkan bentuk dinamik menakjubkan.

Rupa depan menampilkan unit ‘Black Panel’ dengan lampu utama dan gril hitam bersama paten ‘bintang Mercedes’ kecil tiga dimensi (3D).

Juga kelihatan kluster tiga segitiga kecil yang membentuk lampu siang (DRL) dari dalam lampu utama, sekali gus membuatkan SUV EV ini mudah dicam.

Rekabentuk selanjar mengurangkan sudut dan sendi yang biasa terdapat pada model ICE. Ini dapat dilihat pada bentuk bonet yang direka lembut dengan mengurangkan lekuk dan sendi depan kerana  model EV sudah tidak memerlukan pemasangan enjin.

Bahagian belakang juga direka halus dengan rekaan heliks 3D dan paten grafik lampu belakang unik yang tidak pernah dilihat pada mana-mana model Mercedes-Benz sebelum ini.

Penampilan sisi pula menyerlahkan rekaan rim aloi ringan multi-jejari AMG bersaiz 22 inci dalam dwi-tona hitam kilat-perak dengan aerodinamik dipertingkat. Hendal pintu jenis boleh buka automatik yang tertutup rata menjadi sebahagian badan SUV.

Siluet dinamik sisi dapat dilihat menerusi kontur bumbung dari pilar-A yang melandai hingga spoiler hitam dan kontur badan pada hujung pilar-C.

Ciri sporty dapat dilihat menerusi aksen hitam pada gerbang roda dan panel sil sisi sepanjang bawah pintu, pemijak kaki bercahaya dengan stad getah, serta bumbung suria panoramik sebagai standard.

Rekaan dalaman mengetengahkan konsep avant-garde yang futuristik dan lain daripada lain menerusi bentuk papan pemuka beralun dengan unit infotainmen digital MBUX Hyperscreen bersaiz besar bersama panel digital yang bersambung dari bahagian pemandu hingga penumpang depan.

Untuk memberikan ciri mewah, Mercedes-Benz turut menggunakan kemasan kayu pada konsol tengah, panel kawalan tepi pintu, dan papan pemuka.

Ruang kabin juga cukup luas dan selesa untuk memuatkan tujuh penumpang dewasa pada satu-satu masa.  Ruang lega kaki dan dan tinggi siling juga mencukupi.

Malah barisan kerusi boleh dilipat 40:20:40 untuk memberikan ekstra ruang kargo dan praktikaliti jika tidak membawa ramai penumpang. Penumpang belakang juga disediakan unit tablet MBUX

Aspek mekanikal dan prestasi Mercedes-Benz EQS 580 4MATIC (2023) pula seperti berikut:

  • Dijana bateri litium-ion berkapasiti 108.4kWh dengan modul sel 12 dan sel kekisi keras (hardcase cell).
  • Mercedes-Benz memberi jaminan jangka hayat bateri untuk berkhidmat hingga 10 tahun atau 250,000km dengan kapasiti baki kuasa kekal pada 70 peratus.
  • Output kuasa 400kW (544hp) dan tork 858Nm dengan kelajuan maksimum 210kmj.
  • Pecutan 0-100kmj sepantas 4.6 saat.
  • Jarak pemanduan sekali cas penuh 515km-615km, mengikut ujian Prosedur Kenderaan Ringan Harmoni Sedunia (WLTP).
  • Tempoh mengecas biasa (AC) 0-100 peratus (soket 22kW) 5 jam 30 minit.
  • Tempoh mengecas pantas (DC) 0-80 peratus (soket 200kW) 31 minit.
  • Pakej teknologi bantuan keselamatan dan pemandu lengkap seperti Bantuan Kekal Lorong Aktif (ALKA), Bantuan Stereng Aktif (ASA), sensor belakang untuk Bantuan Tukar Lorong (LDA), sistem penggera antikecurian, kamera 360º, Sistem Pemantau Tekanan Tayar (TPMS), Bantuan Parkir Aktif (APS) dengan PARKTRONIC, beg udara depan, sisi (termasuk penumpang belakang) dan lutut.
  • Ciri canggih seperti penayaman udara kawalan suhu THERMOTROMIC (depan dan belakang), pengecas wayarles di depan, sistem multimedia MBUX, termasuk untuk penumpang belakang, set kepala wayarles, konektiviti telefon pintar dengan sistem navigasi, Apple CarPlay dan Android Auto, sistem bunyi keliling 3D Burmester.
  • Ada mod pandu DYNAMIC SELECT seperti: Eco, Comfort, Sport, Individual dan Off-Road.
  • Sistem suspensi udara boleh laras AIRMATIC sebagai standard.
  • Berat kerb 2,810kg.
Kenderaan Utiliti Sukan (SUV) Mercedes-benz Mercedes-Benz EQS 580 4MATIC (2023) Mercedes-Benz Malaysia (MBM) Roda4 SUV Elektrik SUV EV
Han Othman
  • Website

Kecederaan distal radius fracture memaksa dia menguburkan hasrat berlumba dalam litar GP antarabangsa. Amat mementingkan pemanduan berkeselamatan tinggi, sukakan roller coaster, gemar mendengar muzik jalanan dan selalu membantu ular sawa melintas jalan.

Artikel Berkaitan

Leapmotor B05 2026
Kenderaan Elektrik (EV)

SUV Coupé EV, Leapmotor B05 Diperkenal di Brussels Autosalon

02/03/2026
Auto Terkini

Lee Chong Wei Kini Pemilik Zeekr 7X!

02/03/2026
HEV

UMWT Rasmi Lancar Toyota Harrier 2.5 HEV, Harga Mula RM289k!

02/03/2026
Skoda Octavia vRS Dragon Skin 2026
Roda4

Peminat UK Pilih Dragon Skin Sebagai Warna Baharu Skoda Octavia vRS 2026

02/03/2026
Leave A Reply Cancel Reply

  • Facebook 397K
  • Instagram 194K
  • YouTube 589K
  • TikTok 992K
  • Threads
Pilihan Ramai Minggu Ini
Lebuhraya GCE
Auto Terkini

KM18 Lebuhraya Guthrie Arah Utara Ditutup Sementara

By Shazwan Hisam24/02/2026
Hp vs Tork | James Watt
0
Autotainment

#TahukahAnda: Kuasa Kuda vs Tork, Apakah Perbezaan dan Kenapa Penting?

By Han Othman23/02/2026
Stesen minyak Shell di Filipina.
Auto Terkini

Harga Bahan Api Naik Hari ini untuk Petrol, Diesel

By Han Othman24/02/2026
Pekerja binaan maut dihempap pengorek jengkaut di Tumpat, Kelantan
Auto Terkini

Pekerja Tapak Binaan Maut Dihempap Pengorek Jengkaut

By Shazwan Hisam25/02/2026
Aerotrain KLIA
Auto Terkini

MAHB Kenakan Penalti RM9.1 Juta kepada Kontraktor Projek Aerotrain KLIA

By Syafie01/03/2026
Roda2

Ducati Panigale V4 Rangkul Anugerah Good Design 2025, Layak dan Tidak Disangkal!

By Abang Hirata19/02/2026
Audi RS 5 2026
PHEV

Audi RS 5 2026: PHEV Prestasi Premium Pertama daripada Audi Sport

By Abang Hirata20/02/2026
0
ApaNakBuat

Perodua: Tekan ‘Push Start Button’ Sekali Saja, Kalau Lebih Itu Mitos

By Syafie26/02/2026
PanduLaju.com.my
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
© 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)

Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.