Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Roda4»SUV Elektrik BYD Song L 2024 Lancar di China, Harga Mula RM142k Sahaja
Roda4

SUV Elektrik BYD Song L 2024 Lancar di China, Harga Mula RM142k Sahaja

Firdaus KhamaruddinBy Firdaus Khamaruddin26/12/2023
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


BYD baru saja melancarkan kenderaan utiliti sukan (SUV) elektrik mampu milik, BYD Song L 2024 pada harga bermula 220,000 yuan (RM 142,430).

SUV elektrik ini dihasilkan untuk menyaingi Tesla Model Y di pasaran China yang mana pra-tempahan dikatakan meningkat daripada 11,000 unit kepada hampir 30,000 unit.

BYD Song L 2024 didatangkan dalam lima varian berbeza yang menawarkan jarak pemanduan antara 550km dan 662km mengikut piawaian Kitaran Ujian Kenderaan Ringan China (CLTC).

Jualan model tersebut di China dimulakan pada 15 Disember lalu pada harga antara 193,000 yuan (RM125,000) dan 255,000 yuan (RM165,000). Harga debut itu adalah kira-kira 30,000 yuan (RM19,000) lebih murah.

BYD Song L menonjol sebagai antara SUV BYD paling bergaya”

  • Menampilkan ‘muka naga memburu’ dan ‘rekabentuk memburu’ tersendiri. Profil badan menekankan ciri sporty.
  • Dibina berasaskan e-Platform 3.0, yang dikongsi bersama model lain seperti Seal, Dolphin, Atto 3 (Yuan Plus).

  • Rekabentuk dalaman menampilkan unit infotainmen apung 15.6 inci, kluster instrumen 10.25 inci, kerusi sport bersepadu ‘BYD Heart’ baharu dan paparan dongak 50 inci.

Lebih panjang dari Model Y, lebih rendah dari segi ketinggian, dan lebih murah!”

BYD Song L memiliki dimensi panjang 4,840mm (190 inci), lebar 1,950mm (77 inci) dan tinggi 1,560mm (61 inci). SUV ini akan bersaing secara langsung dengan Tesla Model Y (panjang 4,760mm, lebar 1,921mm, dan tinggi 1,624mm).

BYD mensasarkan memanfaatkan pasaran SUV elektrik saiz sederhana yang menjadi segmen utama Tesla.

Versi Jualan Tempatan China

1. Exceed Version (550km)

  • Bateri LFP 71.8kWh
  • Jarak pemanduan: 550km (CLTC)
  • Pacuan roda belakang (RWD); Kuasa 204hp
  • Pecutan 0-100kmj: 8.6 saat
  •  Harga: 220,000 yuan (RM 142,430)

2. Excellence Version (550km)

  • Bateri LFP (litium ferrofosfat) 71.8kWh
  • Jarak pemanduan: 550km (CLTC)
  • RWD; Kuasa 204hp
  • Pecutan 0-100kmj: 8.6 saat
  • Harga: 240,000 yuan (RM155,380)

3. Exceed Version 662km

  • Bateri LFP 87.04kWh
  • Jarak pemanduan: 662km (CLTC)
  • RWD; Kuasa 313hp
  • Pecutan 0-100kmj: 6.9 saat
  • Harga: 240,000 yuan (RM155,380)

4. Excellence Version (662km)

  • Bateri LFP 87.04kWh
  • Jarak pemanduan: 662km (CLTC)
  • RWD; Kuasa 313hp
  • Pecutan 0-100kmj: 6.9 saat
  • Harga: 260,000 yuan (RM168,330)

5. Excellence Version 4WD (602km)

  • Bateri LFP 87.04kWh
  • Jarak pemanduan 602km (CLTC)
  • 4WD; Kuasa 517hp
  • Pecutan 0-100kmj: 4.3 saat
  • Harga 280,000 yuan (RM181,280)

Tesla dilihatkan lebih menumpukan kepada saingan model Cybertruck. Justeru perlumbaan EV dijangka semakin panas dengan model BYD akan datang seperti Sea Lion 07 dan UP yang bocor, baru baru ini.

byl song L launching at shanghai autoshow 2024
byl song L launching at shanghai autoshow 2024
byl song L launching at shanghai autoshow 2024
byl song L launching at shanghai autoshow 2024

SUMBER: Moomoo.com | reddit.com | Twitter Tychode Feijter | reddit.com

Auto Terkini BYD BYD 2024 BYD SONG L BYD Song L 2024 Kenderaan Utiliti Sukan (SUV) NEW BYD PROTON X50 COMPETITOR Roda4 SUV SUV EV Tesla
Firdaus Khamaruddin

    Artikel Berkaitan

    Auto Terkini

    CHJ Motors Sambut Ulang Tahun ke-55, Lancar Kempen ‘Satu Motor, Satu Rumah Impian’ – Hadiah Kondominium

    28/03/2026
    AFEELA Prototype 2026
    Auto Terkini

    Sony Honda Mobility Tamatkan EV AFEELA, Duit Pelanggan Pulang Balik!

    27/03/2026
    Roda4

    #BIMS2026: Nissan Kicks e-POWER Terima Facelift di Thailand

    27/03/2026
    Auto Terkini

    JPJ: Lesen Tamat Tempoh Lebih 36 Bulan Tidak Layak Terima BUDI95

    27/03/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Kemeriahan Raya Ganjaran Berganda | Jetour 2026
    Roda4

    Beli Jetour Dashing, VT9 Boleh Dapat ‘Duit Raya’, dan Baucar Petrol!

    By Han Othman12/03/2026
    Petrol RON95
    Auto Terkini

    Kuota BUDI95 Mungkin Dikurangkan Kepada 200 Liter Sebulan

    By Syafie26/03/2026
    Auto Terkini

    Bila Ayah ‘Kaki Kereta’, Nama Anak Pun Jadi Jenama Kereta

    By Syafie25/03/2026
    Autotainment

    #ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)

    By Han Othman03/08/201957
    Autotainment

    Inilah 10 Lagu Raya Buat Air Mata Meleleh Sempena PKP 3.0

    By Admin PanduLaju12/05/2021
    Autotainment

    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu

    By Admin PanduLaju28/06/20211
    Roda2

    MV Agusta Dedah Konsep Enjin Lima Silinder Baharu

    By Shazwan Hisam24/03/2026
    Autotainment

    Apakah Notis 114? JPJ Boleh Guna Aduan Umum Sebagai Bukti Saman

    By Admin PanduLaju11/06/20166
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.