Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»Subsidi Kerajaan Kekang Lonjakan Harga Tiket Penerbangan Musim Perayaan
Auto Terkini

Subsidi Kerajaan Kekang Lonjakan Harga Tiket Penerbangan Musim Perayaan

SyafieBy Syafie29/01/2026
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads

Penerbangan Batik Air - Malaysia

INISIATIF subsidi Kerajaan bagi menstabilkan harga tiket penerbangan sempena musim perayaan sejak dua tahun lalu terbukti berkesan apabila lonjakan harga melampau, terutama penerbangan dari Semenanjung ke Sabah dan Sarawak, berjaya dikawal.

Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siewa Fook berkata, campur tangan Kerajaan menerusi penetapan harga maksimum tambang penerbangan membantu rakyat, khususnya anak perantauan, untuk pulang ke kampung halaman tanpa menanggung kos tinggi ketika tempoh permintaan puncak.

Harga Tidak Lagi Melambung Hingga Lebih RM1,000

Menurut Loke, campur tangan Kerajaan dilaksanakan tiga hari sebelum musim perayaan, iaitu tempoh permintaan tertinggi, dengan Kerajaan menanggung perbezaan harga menerusi skim subsidi kepada syarikat penerbangan.

Dengan intervensi yang kita lakukan dalam dua tahun kebelakangan ini, kita tidak lagi mendengar harga tiket melambung hingga lebih RM1,000 untuk sektor balik ke Sabah dan Sarawak,” katanya.

Harga Maksimum RM499 Sebelum Cukai

Loke berkata, inisiatif tambang tetap yang diperkenal syarikat penerbangan melengkapi dasar Kerajaan yang menetapkan harga maksimum tambang asas RM499 sebelum cukai bagi semua penerbangan terlibat.

Menurutnya, terdapat penumpang yang membayar sekitar RM580 hingga RM600 bagi tiket penerbangan kerana termasuk cukai, tetapi dari segi tambang asas, Kerajaan menetapkan siling harga RM499.

Mana-mana tiket yang sepatutnya dijual pada harga lebih tinggi akan ditanggung atau diberikan subsidi Kerajaan,” katanya.

Kos Subsidi Lebih RM20 Juta Setahun

Loke menjelaskan, pelaksanaan harga maksimum itu melibatkan implikasi kewangan besar, dengan Kerajaan membelanjakan lebih RM20 juta setahun, justeru hanya dilaksanakan bagi penerbangan sehala dari Semenanjung ke Sabah dan Sarawak.

Penerbangan dari Sabah dan Sarawak ke Semenanjung tidak tertakluk kepada harga maksimum kerana laluan itu tidak mempunyai tekanan masa yang sama.

“Untuk sektor kembali ke Semenanjung, penumpang boleh merancang perjalanan mengikut kesesuaian dan kos masing-masing,” katanya.

Tambah Kapasiti Penerbangan Musim Perayaan

Mengulas permintaan tinggi sempena musim perayaan, Loke berkata, syarikat penerbangan turut menambah penerbangan tambahan, termasuk laluan Johor Bahru-Sibu, walaupun bukan laluan berjadual.

Menurutnya, permintaan ke Sibu kekal tinggi setiap musim perayaan kerana lapangan terbang itu berfungsi sebagai pintu masuk utama ke kawasan tengah Sarawak seperti Sarikei dan Kapit.

Kerajaan berharap campur tangan itu dapat menstabilkan harga tiket penerbangan dan mengelakkan rungutan berulang setiap kali musim perayaan.

SUMBER: AstroAwani

Anthony Loke Anthony Loke Siew Fook Auto Terkini Kementerian Pengangkutan (MOT) Subsidi Tiket Penerbangan
Syafie

    Dari 'Negeri Bawah Bayu' membawa semangat ke 'Negeri Jelapang Padi'. Walaupun jauh merantau, Gunung Kinabalu dan Jambatan Tamparuli tetap di hati. Jalan Terus!

    Artikel Berkaitan

    Roda2

    Honda CRF250R, CRF250RX, CRF450R dan CRF450RX 2027 – Model 450 Rombakan Besar!

    20/06/2026
    Auto Terkini

    Honda N-BOX 2026 – Wajah N-BOX Custom lebih garang!

    19/06/2026
    Auto Terkini

    Tiada Lagi Sekatan Jalan Raya, JPJ Akan Guna Kamera 360 Darjah dan Teknologi ANPR

    19/06/2026
    Auto Terkini

    Loke: Pasang ‘Sunshade’ Memang Satu Kesalahan, Tapi…

    19/06/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Auto Terkini

    Tiada Lagi Sekatan Jalan Raya, JPJ Akan Guna Kamera 360 Darjah dan Teknologi ANPR

    By Syafie19/06/2026
    Auto Terkini

    Loke: Pasang ‘Sunshade’ Memang Satu Kesalahan, Tapi…

    By Syafie19/06/2026
    Auto Terkini

    Geely Sapu Bersih, Menang 3 Perlumbaan TCR di Sepanyol!

    By Abang Hirata16/06/2026
    Auto Terkini

    Perodua Turunkan Harga QV-E, Kini Bermula RM63,499 dengan Pakej BAAS

    By Syafie15/06/2026
    Roda2

    Yamaha YZ250F 2027 – Enjin Baharu Dalam Lapan Tahun!

    By Abang Hirata18/06/2026
    Roda4

    #KLIMS2026: Mazda CX-5 Serba Baharu Previu di Malaysia, Kini Dibuka untuk Tempahan!

    By Syafie15/06/2026
    PHEV

    #KLIMS2026: Jetour T2 I-DM Dibuka untuk Tempahan di Malaysia, Harga Anggaran RM168,888

    By Syafie12/06/2026
    Roda2

    SYM Husky 200 Rasmi Di Malaysia – Skuter Adventure 175cc, Harga RM10,988

    By Shazwan Hisam21/06/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.