Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»Subsidi Kerajaan Berkesan Kekang Harga Tiket Penerbangan Musim Perayaan
Auto Terkini

Subsidi Kerajaan Berkesan Kekang Harga Tiket Penerbangan Musim Perayaan

SyafieBy Syafie28/01/2026
Share
Facebook Twitter Telegram Threads

Penerbangan Batik Air - Malaysia

INISIATIF subsidi kerajaan bagi menstabilkan harga tiket penerbangan sempena musim perayaan sejak dua tahun lalu terbukti berkesan apabila lonjakan harga melampau, khususnya bagi penerbangan dari Semenanjung ke Sabah dan Sarawak, berjaya dikawal.

Menteri Pengangkutan, Anthony Loke berkata, campur tangan kerajaan menerusi penetapan harga maksimum tambang penerbangan membantu rakyat, khususnya anak perantauan, untuk pulang ke kampung halaman tanpa menanggung kos tinggi ketika tempoh permintaan puncak.

Harga Tidak Lagi Melambung Hingga Lebih RM1,000

Menurut beliau, intervensi kerajaan dilaksanakan tiga hari sebelum musim perayaan, iaitu tempoh permintaan tertinggi, dengan kerajaan menanggung perbezaan harga menerusi skim subsidi kepada syarikat penerbangan.

Dengan intervensi yang kita lakukan dalam dua tahun kebelakangan ini, kita tidak lagi mendengar harga tiket melambung sehingga lebih RM1,000 untuk sektor balik ke Sabah dan Sarawak,” katanya.

Harga Maksimum RM499 Sebelum Cukai

Anthony berkata inisiatif tambang tetap yang diperkenalkan syarikat penerbangan melengkapi dasar kerajaan yang menetapkan harga maksimum tambang asas RM499 sebelum cukai bagi semua penerbangan terlibat.

Menurutnya, terdapat penumpang yang membayar sekitar RM580 hingga RM600 bagi tiket penerbangan kerana termasuk cukai, namun dari segi tambang asas, kerajaan menetapkan siling harga RM499.

Mana-mana tiket yang sepatutnya dijual pada harga lebih tinggi akan ditanggung atau diberikan subsidi oleh kerajaan,” katanya.

Kos Subsidi Lebih RM20 Juta Setahun

Anthony menjelaskan pelaksanaan harga maksimum itu melibatkan implikasi kewangan besar, dengan kerajaan membelanjakan lebih RM20 juta setahun, justeru ia hanya dilaksanakan bagi penerbangan sehala dari Semenanjung ke Sabah dan Sarawak.

Penerbangan dari Sabah dan Sarawak ke Semenanjung tidak tertakluk kepada harga maksimum kerana laluan itu tidak mempunyai tekanan masa yang sama.

Untuk sektor kembali ke Semenanjung, penumpang boleh merancang perjalanan mengikut kesesuaian dan kos masing-masing,” katanya.

Tambah Kapasiti Penerbangan Musim Perayaan

Mengulas permintaan tinggi sempena musim perayaan, Anthony berkata syarikat penerbangan turut menambah penerbangan tambahan, termasuk laluan Johor Bahru-Sibu, walaupun ia bukan laluan berjadual.

Menurutnya, permintaan ke Sibu kekal tinggi setiap musim perayaan kerana lapangan terbang itu berfungsi sebagai pintu masuk utama ke kawasan tengah Sarawak seperti Sarikei dan Kapit.

Kerajaan berharap campur tangan ini dapat menstabilkan harga tiket penerbangan dan mengelakkan rungutan berulang setiap kali musim perayaan.

SUMBER: AstroAwani

Anthony Loke Auto Terkini Kementerian Pengangkutan (MOT) Subsidi Tiket Penerbangan
Syafie

Dari 'Negeri Bawah Bayu' membawa semangat ke 'Negeri Jelapang Padi'. Walaupun jauh merantau, Gunung Kinabalu dan Jambatan Tamparuli tetap di hati. Jalan Terus!

Artikel Berkaitan

Auto Terkini

ETS Beroperasi 24 Jam Secara Bermusim Mulai Tahun Baharu Cina, Tambah Hingga 46 Trip Sehari

28/01/2026
Pemandu Singapura isi RON95
Auto Terkini

KPDN Cadang Larang Pembelian RON95 bagi Kenderaan Asing, Berkuat Kuasa 1 April 2026

28/01/2026
Auto Terkini

Loke: Hadkan Motosikal di Lebuh Raya Perlu Dinilai Secara Praktikal, Belum Ada Keputusan

28/01/2026
Anthony Loke dan ECRL
Auto Terkini

MOT Kekal Sasaran Operasi ECRL Januari 2027, Fokus Ujian Integrasi Sistem

28/01/2026
Leave A Reply Cancel Reply

  • Facebook 397K
  • Instagram 194K
  • YouTube 589K
  • TikTok 992K
  • Threads
Pilihan Ramai Minggu Ini
Slip Lesen Kenderaan Motor (LKM) @ Road Tax
Auto Terkini

JPJ Henti Keluar Slip LKM (Road Tax) Bercetak Kenderaan Persendirian 1 Februari Ini

By Syafie26/01/2026
Jamil Manan Supri | Pengasas dan Penasihat Keselamatan Jalan Raya serta Sukan Permotoran, Persatuan Pakar Keselamatan Jalan Raya (PPKJR),
Auto Terkini

Pakar: ‘Lane Hogger’ Punca Jalan Sesak, Boleh Kena Denda RM2,000

By Syafie26/01/2026
Pemegang lesen memandu yang tamat tiga tahun tidak layak mendapat subsidi RON95
Auto Terkini

Tiada Lagi Bukti Perjalanan Luar Negara untuk Lesen Memandu Fizikal, Caj RM20

By Syafie23/01/2026
Warga asing bawa lori sampah
Auto Terkini

JPJ Tak Halang Warga Asing Bawa Lori Sampah Kalau…

By Syafie21/01/2026
Lepas L8
Roda4

Lepas Umum Perluas Rangkaian di Malaysia, Debut Separuh Pertama 2026

By Syafie23/01/2026
Modenas Spider Ace 115 Tiga Roda
Roda2

Modenas Spider Ace 115: daripada Kapcai Standard Jadi Tiga Roda

By Syafie19/01/20261
Yamaha NMAX ABS 2026 | Malaysia
Roda2

Yamaha NMAX ABS 2026 Tampil Dua Warna Baharu, Harga Kekal RM11,498

By Syafie26/01/2026
Yamaha NMAX 155 ABS 2025 | Japan
Roda2

Yamaha NMAX 155 ABS 2026 Perkenal Warna Baharu untuk Jepun!

By Abang Hirata20/01/2026
PanduLaju.com.my
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
© 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)

Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.