• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Subaru WRX STI Sport♯, Manual, 275 ps/350Nm, Terhad Untuk Jepun Sahaja!

Subaru WRX STI Sport♯, Manual, 275 ps/350Nm, Terhad Untuk Jepun Sahaja!

January 12, 2026 By Abang Hirata Leave a Comment

FacebookTwitter

SUBARU dan divisyen perlumbaannya, Subaru Tecnica International (STI), memperkenalkan WRX STI Sport♯ (Sport Sharp) pada 9 Januari 2026 sebagai model penuh STI.

Dibangunkan sepenuhnya oleh STI, sedan ini menggabungkan enjin boxer turbo, Symmetrical AWD dan transmisi manual dalam satu pakej yang lebih fokus kepada keterlibatan pemandu.

Malah, ini ialah WRX generasi semasa (JDM) pertama yang menerima transmisi manual 6-kelajuan. Kenapa kotak gear manual dijadikan sorotan?

Kerana Subaru telah memfokuskan pada kotak gear CVT jenis berprestasi atau Subaru Performance Transmission (SPT) dan penawaran kali ini berbeza.

WRX STI Sport♯ akan dipasarkan secara terhad di Jepun bermula musim bunga 2026 ( Mac - Mei).

Walaupun dilancarkan sebagai model STI bagi pasaran Jepun, beberapa laporan menunjukkan model ini mempunyai kaitan dengan model WRX tS Spec B yang sudah pun dijual di Australia.

Rangkaian Kuasa: Boxer Turbo + Manual 6-Kelajuan

Penalaan STI memberi fokus kepada respon, sensasi kawalan, dan penghantaran kuasa lebih linear.

Rangkaian Kuasa:

  • Enjin FA24: Boxer 4 silinder 2.4L turbo DIT
  • Kuasa maksimum: 275 PS @ 5600 rpm
  • Tork maksimum: 350 Nm @ 2000–5200 rpm
  • Transmisi: Manual 6 kelajuan
  • Pacuan: Symmetrical AWD dengan viscous LSD

Fokus Pengendalian: Penalaan STI Lebih Responsif

  • Penyerap hentak elektronik talaan STI (ZF)
  • AWD dengan viscous LSD
  • Brembo emas 18 inci: 6-pot depan, 2-pot belakang
  • Tayar Bridgestone Potenza S007 (245/35R19)
  • Rim 19×8.5J matte grey
  • STI Flexible Draw Tower Bar
  • STI Flexible Draw Stiffener (depan-belakang)

Rekaan Luaran & Dalaman: Sporti dan Eksklusif

  • Spoiler kecil warna hitam
  • Rotor berliang depan & belakang
  • Kabin Ultrasuede hitam, liang kuning, logo STI
  • Kerusi RECARO depan
  • Sarung batang gear dan brek tangan kulit

Kelengkapan Khas STI WRX STI Sport♯

  • Manual 6 kelajuan
  • AWD dengan viscous LSD
  • Flexible Draw Tower Bar (depan, Sport♯)
  • Flexible Draw Stiffener (depan & belakang)
  • Penyerap hentak elektronik STI (ZF)
  • Brembo 18” 6-pot depan & 2-pot belakang (emas)
  • Rotor berliang
  • Tayar 245/35R19 Potenza S007
  • Rim 19×8½J matte grey
  • Spoiler belakang kecil
  • Sarung batang gear & brek tangan kulit
  • Kerusi ultrasuede RECARO dengan liang kuning

Related

FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini, Roda4 Tagged With: STI, Subaru, Subaru STI, Subaru WRX, Subaru WRX STI, Subaru WRX STI Sport♯

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Lagi EV Mampu Milik, TQ Wuling Bingo EV Lancar di Malaysia, Harga Mula RM67,800
    Lagi EV Mampu Milik, TQ Wuling Bingo EV Lancar di Malaysia, Harga Mula RM67,800
  • General Tire Kini di Malaysia, Tawar Tayar Kualiti Setanding Continental, Harga Mesra Poket!
    General Tire Kini di Malaysia, Tawar Tayar Kualiti Setanding Continental, Harga Mesra Poket!
  • Kymco AK550 Premium Kini CKD,  Harga Lebih Murah di Malaysia
    Kymco AK550 Premium Kini CKD, Harga Lebih Murah di Malaysia
  • Honda XL750 Transalp SP Edisi Khas di UK Sempena Tamat Pengeluaran, Harga RM57,460
    Honda XL750 Transalp SP Edisi Khas di UK Sempena Tamat Pengeluaran, Harga RM57,460

Pandu Uji

Cabaran pandu uji Chery Tiggo PHEV sejauh 1,200km

#PanduUji: Chery Tiggo 8 PHEV, Tiggo 7 PHEV Langsai 1,200km Setangki Minyak Penuh!

#PanduUji: Inilah Cara Menang Cabaran Pandu Proton e.MAS 5 Paling Jimat, Hanya 9.6kW/100km!

Tunggang uji Yamaha NVX SP 2025

#TunggangUji: Betul Ke Yamaha NVX SP Rasa Macam Ada Turbo atau Sekadar 'Hype'?

Pandu uji Hundai Tucso dan Santa Fe dari KL - Desaru

#PanduUji: Jelajah Hyundai Tucson, Hyundai Santa Fe 2025 dari KL ke Desaru

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my