• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Stesen Pengecas Tesla Kini di Pavilion Bukit Jalil

Stesen Pengecas Tesla Kini di Pavilion Bukit Jalil

February 13, 2024 By Shawkath Leave a Comment

FacebookTwitter


TESLA Malaysia mengumumkan pembukaan stesen pengecas super terbaharu di Pavilion Bukit Jalil, menawarkan kemudahan enam pengecas pantas (DC) dan dua pengecas ulang-alik.

Stesen pengecas itu berada di tempat letak kereta tingkat B1 di Pavilion Bukit Jalil dan menawarkan perkhidmatan selama 24 jam. Pengguna juga perlu membayar caj parkir selain bayaran pengecasan kenderaan.

JADUAL, KADAR BAYARAN PARKIR

Isnin hingga Jumaat

  • Caj parkir ialah RM2 untuk jam pertama dan tambahan caj RM1 untuk setiap jam atau sebahagian masa berikutnya. Caj maksimum sehari ialah RM15 (7pagi hingga 7 malam).

Sabtu, Ahad dan Cuti Awam

  • RM3 untuk sejam pertama dan tambahan caj RM1 untuk sejam atau sebahagian masa berikutnya. Caj maksimum tetap RM15.

KADAR CAJ BATERI TESLA

  • Kadar bayaran pengecasan super ialah RM1.25 untuk setiap kWh dan perlu membayar fi Idle sehingga RM4 semasa stesen pengecas penuh.

Setakat ini, Tesla Malaysia sudah memiliki masing-masing enam stesen pengecas super dan AC di seluruh negara, menawarkan 30 pengecas pantas dan 25 pengecas AC.

Kecekapan pengecasan puncak ialah 250kW dan Tesla Model 3 memerlukan masa 15 minit cas untuk mendapat jarak perbatuan sejauh 282km. Selain itu, pengecasan rentas sempadan Malaysia-Singapura kini dibenarkan.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Tesla Malaysia Official Account (@teslamotorsmys)

Related

FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: Kenderaan Elektrik, Pavilion Bukit Jalil, Roda4, Tesla Malaysia

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • #SembangDeras: Lelaki Tak Datang Auto Show Nak Tengok Perempuan!
    #SembangDeras: Lelaki Tak Datang Auto Show Nak Tengok Perempuan!
  • #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
  • #ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)
    #ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)
  • Kutipan Parkir PBT Selangor Diurus Konsesi Baharu 1 Ogos Ini
    Kutipan Parkir PBT Selangor Diurus Konsesi Baharu 1 Ogos Ini

PANDU UJI

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Proton e.MAS 7 Bukan EV Biasa, Ini Masa Depan Automotif Negara!

PROTON e.MAS 7 boleh diibaratkan semacam satu fenomena yang menarik … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Kia Sportage 2025 dari Shah Alam ke Janda Baik, Mampu Cabar Pasaran SUV Segmen-C!

SAYA dan rakan media pada 23 Januari lalu dijemput Dinamikjaya Motors … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev