• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Automotif Telus dan Tulus

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Stesen LRT Masjid Jamek Tutup Sementara Sampai 28 April

Stesen LRT Masjid Jamek Tutup Sementara Sampai 28 April

April 16, 2020 By AO Leave a Comment

54
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


RAPID Rail Sdn Bhd mengumumkan semua pintu keluar-masuk Plaza Stesen Transit Aliran Ringan (LRT) Masjid Jamek yang terletak bersebelahan OCBC Bank dan Bank Muamalat ditutup sementara bermula hari ini hingga 28 April.

Prasarana Malaysia Berhad (Prasarana) untuk Rapid Rail dalam kenyataan hari ini berkata penutupan sementara ini adalah susulan peluasan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketat (PKPD) sekitar kawasan Masjid India.

Menurut Prasarana;

Bagaimanapun, pintu keluar-masuk Stesen LRT Masjid Jamek yang terletak bersebelahan Masjid Jamek masih dibuka dan perkhidmatan LRT akan beroperasi mengikut waktu operasi semasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

“Pengguna LRT Laluan Kelana Jaya atau Laluan Ampang/Sri Petaling hanya boleh membuat penukaran tren sahaja di Plaza Stesen LRT Masjid Jamek. Pengguna yang ingin ke atau dari arah Sentul Timur dinasihatkan menggunakan terowong sambungan di stesen tersebut bagi membuat penukaran dan untuk keluar atau masuk melalui bahagian stesen (bersebelahan Masjid Jamek) yang tidak ditutup."

Langkah itu diambil bagi membantu pihak berkuasa dalam mengurangkan pergerakan orang awam yang tidak sepatutnya pergi ke kawasan terlibat.

Orang awam diingatkan supaya sentiasa mematuhi PKP, menjaga jarak sosial yang ditetapkan dan merancang perjalanan berikutan penutupan sementara ini. Maklumat lanjuut boleh layari laman media sosial Rapid KL atau hubungi talian bantuan di 03-7885 2585.

BACA >>> Pintasan Saloma Kini Dibuka, Jadi Mercu Tanda Baharu Ibu Kota

54
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: Auto Terkini, LRT, LRT Masjid Jamek, Perintah Kawalan Pergerakan Diperketat (PKPD), Prasarana, Prasarana Malaysia Berhad, RAPID Rail Sdn Bhd, Transit Aliran Ringan (LRT)

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Facebook

Pilihan Ramai

  • #TahukahAnda: 4 Jenis Coolant yang Perlu Anda Tahu
    #TahukahAnda: 4 Jenis Coolant yang Perlu Anda Tahu

PANDU UJI

#PanduUji: Honda HR-V (2022) yang Bakal Jadi SUV Segmen-B Paling Win!!!

 KENDERAAN Utiliti Sukan (SUV) segmen-B dinantikan ramai, Honda HR-V … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Honda Civic FE (2022) yang Sedap Lain Macam!

 SOALAN paling kerap ditanya kepada abang, macam mana Honda Civic FE … [Baca Lagi...]

#TunggangUji: 7 Fakta Asas Aprilia SR GT 200 (2022) Anda Perlu Tahu

APRILIA SR GT 200 (2022) yang diperkenalkan ke Malaysia Jumaat lalu … [Baca Lagi...]

2014 – 2022 © PanduLaju.com.my