MENTERI Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP), Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, pengguna kini boleh menyemak status kelayakan Program Subsidi Petrol (PSP) bermula hari ini, lapor Bernama.
Menerusi kenyataannya lagi, program PSP bersasar dapat dimanfaatkan kira-kira 2.9 juta individu yang juga layak mendapat Bantuan Sara Hidup (BSH), iaitu kumpulan B40 dengan pendapatan isi rumah kira-kira RM4,000 sebulan.
Pengguna boleh mula layari portal rasmi KPDNHEP – psp.kpdnhep.gov.my dengan memasukkan nombor kad pengenalan untuk proses semakan.
KUMPULAN M40 TURUT DAPAT MANFAAT
Dalam perkembangan lain, Saifuddin juga berkata ada kira-kira 5 juta pemandu daripada golongan berpendapatan sederhana (M40) dijangka turut menerima manfaat PSP bersasar.
"Mengikut pengumuman Bajet (Belanjawan 2020) Jumaat lalu, jika sebelum ini kita gunakan data Bantuan Sara Hidup (BSH) dan 2.9 juta penerima dikenal pasti, apabila dibuka kepada golongan lain termasuk M40, dianggarkan (penerima) menjadi kira-kira 8 juta dengan membabitkan jumlah RM2.2 bilion," katanya pada sesi soal jawab lisan di Dewan Rakyat, hari ini, dipetik Bernama.
Kelayakan penerimaan sabsidi petrol
Layak BSH, dan ada kereta bawah 1,600cc, atau motosikal bawah 150cc
Appreciate this programme.
Layak ker sy dapat subsidi tuu ??
Kalau layak BSH, boleh layak subsidi petrol asalkan ada kereta
Semakan subsidi minyak kereta rm 30 sebulan