ZETHS tersenarai dalam kelompok pengeluar dua roda dari China yang baru meluaskan langkah menceburi industri motosikal global. Firma itu didirikan di Kunshan dekat Shanghai, China pada 2016.
Firma itu kurang berminat menghasilkan produk untuk segmen aras mul,a tetapi meletakkan segmen premium sebagai sasaran utama dengan kapasiti enjin minimum 250cc. Setakat ini, laman web Zeths cuma mempamerkan dua model, iaitu Naja 250 dan Boger 250.
BACA >>> EMOS Lancar Modenas Ninja 250 Ohlins (2022) Edisi Terhad, Harga Mula RM20.5k!
ZFR 500 R Avenger (2023) ialah ciptaan terbaharu yang jelas mensasarkan segmen neo-retro dengan ciri rekabentuk sportbike era 1980-an.
Beberapa laporan mendakwa enjin sportbike berkenaan digunakan mungkin dwi-silinder sebaris 500cc penyejukan cecair dengan sistem suntikan bahan api (FI) dan aci engkol 180º yang menawarkan kuasa tidak lebih 50hp.
Fairing sisi ZFR 500 R Avenger (2023) memaparkan maklumat model itu menggunakan frem aluminium. Foto tular pula menunjukkan sportbike tersebut dipasang fork terbalik (USD), swingarm sebelah aluminium, brek cakera kembar dengan kaliper 4-piston di depan, dipercayai Brembo, dan mungkin dilengkapi Sistem Brek Anti-Kunci (ABS).
Zeths belum melancarkan ZFR 500 R Avenger secara rasmi, tetapi model itu dijangka memasuki pasaran menjelang Mei tahun ini dengan anggaran harga AS$7,000 (RM29,725).
BACA >>> Lagi Pengeluar Motosikal China Bikin Sportbike 4-Silinder, Lancar Tahun Depan?
BACA >>> Kawasaki Ninja ZX-25R ABS SE Bakal Jadi CKD, Tiba Pertengahan 2023, Harga Sekitar RM32k?
Leave a Reply