• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Roda2 / Skuter Sport Tourer SYM TTLBT Akan Masuk Malaysia, Anggaran Harga RM50k?

Skuter Sport Tourer SYM TTLBT Akan Masuk Malaysia, Anggaran Harga RM50k?

April 28, 2025 By Shawkath Leave a Comment

FacebookTwitter


MFORCE Bike Holdings (MForce Bike) akan memperkenalkan skuter SYM TTLBT ke pasaran Malaysia selepas kedatangan ADXTG 400.

Bagaimanapun, tarikh pelancaran rasmi TTLBT masih belum diumumkan setakat ini, tetapi anggaran harga dikatakan dalam julat RM50,000.

SYM TTLBT ialah skuter maksi yang tergolong dalam kategori sport Grand Touring (GT) yang pernah ditayangkan di Pameran Motosikal Milan (EICMA) 2024.

Beberapa hari lalu, penulis bersama beberapa rakan permotoran lain dijemput MForce Bike ke kilang SYM di Taiwan untuk melihat sendiri skuter berkenaan selain diberi peluang menyertai satu sesi tunggang uji ringkas.

Asasnya, SYM TTLBT menawarkan prestasi kuasa dan kendalian yang cukup baik serta kualiti binaan yang tidak mengecewakan. Bagaimanapun, penceritaan tunggang uji lebih komprehensif akan kami sediakan sebaik saja memperoleh seunit TTLBT kelak.

Namun, skuter SYM TTLBT dilihat ada potensi meraih sokongan di pasaran Malaysia, lebih-lebih lagi keupayaannya memenuhi jangkaan peminat yang mahukan skuter tourer sebenar yang bersifat praktikal pada harga tidak terlalu membebankan. Berikut perincian skuter SYM TTLBT:

  • Enjin 4-lejang 2-silinder 508cc DOHC penyejukan cecair 8-injap dengan sistem suntikan bahan api (FI).
  • Output kuasa 45hp @ 6,750rpm dan tork 49.9Nm @ 5,250rpm.
  • Sistem transmisi CVT, tetapi pacuan akhir jenis rantai.
  • Sistem suspensi fork terbalik (USD) di depan, dan monoshock (belakang).
  • Sistem brek cakera kembar 275mm di depan dan cakera tunggal 275mm (belakang) serta dilengkapkan Sistem Brek Anti-Kunci (ABS) dwi-saluran.
  • Ada Sistem Kawalan Traksi (TCS) untuk meningkatkan kestabilan tunggangan.
  • Rim aloi 15 inci dengan tayar 120/70 (depan) dan 160/60 (belakang).
  • Dimensi panjang 2,235mm, lebar 890mm, dan tinggi antara 1,366mm hingga 1,492mm, manakala jarak roda 1,543mm.
  • Tinggi pelana 780mm.
  • Kapasiti tangki minyak 16 liter.
  • Dilengkapi ciri Kawalan Jelajah (CC) dan visor angin boleh laras.
  • Sistem kunci pintar termaju dengan punat penghidup elektrik, buka pelana dan tempat isi petrol.

  • Ada ciri pemanas grip tangan.
  • Ada tiga mod tunggangan: Normal, Normal + TCS dan Rain.
TTLBT508-6
TTLBT508-29
TTLBT508-17
  • Dilengkapi dua kotak simpanan sisi dengan ciri boleh tanggal pantas.
  • Sistem lampu LED penuh, termasuk lampu siang (DRL).
TTLBT508-22
TTLBT508-13
TTLBT508-2
  • Panel meter digital TFT berwarna 7 inci dengan sambungan Apple CarPlay.
  • Ruang simpanan bawah pelana 37 liter.
  • Ruang simpanan barang kecil dilengkapi soket USB Type-C.
TTLBT508-28
TTLBT508-24
TTLBT508-9
TTLBT508-11
TTLBT508-14
TTLBT508-8
TTLBT508-12
TTLBT508-6
TTLBT508-7
TTLBT508-29
TTLBT508-18
TTLBT508-19
TTLBT508-22
TTLBT508-25
TTLBT508-21
TTLBT508-20
TTLBT508-23
TTLBT508-2
TTLBT508-3
TTLBT508-1
TTLBT508-5
TTLBT508-4
TTLBT508-26
TTLBT508-27
TTLBT508-16
TTLBT508-15
TTLBT508-17
TTLBT508-10
TTLBT508-13

Related

FacebookTwitter

Filed Under: Roda2 Tagged With: MForce Bike Holdings, roda2, skuter, SYM TTLBT

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
  • JPJ Perkenal Rekaan Baharu Lesen Memandu Malaysia (LMM)
    JPJ Perkenal Rekaan Baharu Lesen Memandu Malaysia (LMM)
  • Apakah Notis 114? JPJ Boleh Guna Aduan Umum Sebagai Bukti Saman
    Apakah Notis 114? JPJ Boleh Guna Aduan Umum Sebagai Bukti Saman
  • 'Makgad' Kena Tahan Disyaki Lakukan Pemerasan di Hospital Kajang
    'Makgad' Kena Tahan Disyaki Lakukan Pemerasan di Hospital Kajang

PANDU UJI

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Proton e.MAS 7 Bukan EV Biasa, Ini Masa Depan Automotif Negara!

PROTON e.MAS 7 boleh diibaratkan semacam satu fenomena yang menarik … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Kia Sportage 2025 dari Shah Alam ke Janda Baik, Mampu Cabar Pasaran SUV Segmen-C!

SAYA dan rakan media pada 23 Januari lalu dijemput Dinamikjaya Motors … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev