Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Roda2»Voge SR3 2025 – Skuter Gaya Moden dengan Teknologi Premium, Harga RM15,888
Roda2

Voge SR3 2025 – Skuter Gaya Moden dengan Teknologi Premium, Harga RM15,888

Shazwan HisamBy Shazwan Hisam22/10/2025
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads

Voge SR3 2025

VOGE Malaysia kini rasmi melangkah ke segmen skuter tempatan menerusi pelancaran Voge SR3 2025, sempena pembukaan Mforce Best Shop Johor Bahru by Meng Soon Auto Sdn Bhd.

Skuter itu menampilkan rekabentuk moden, prestasi teguh dan teknologi pintar yang menjadikan ia pilihan utama buat penunggang yang mencari gabungan gaya, keselesaan dan keselamatan terkini.

  • Harga: RM15,888 (tidak termasuk cukai jalan dan insurans)
  • Pilihan warna: White (putih), Silver (perak) dan Grey (kelabu)

Model tersebut kini bakal berada di semua pengedar sah Mforce seluruh Malaysia dalam masa terdekat.

Enjin, Prestasi

Voge SR3 2025

Voge SR3 2025 dikuasakan enjin 4-injap silinder tunggal 244.3cc SOHC penyejukan cecair dengan suntikan bahan api elektronik (EFI):

  • Kuasa maksimum 19.4kW (26hp) @ 8,250rpm, dan tork 23Nm @ 6,500rpm
  • Nisbah mampatan: 11.5:1
  • Gerak x lejang: 72 mm × 61 mm

Kuasa disalurkan melalui transmisi automatik CVT dengan pacuan akhir V-Belt, manakala klac automatik memberikan tunggangan mudah dan selesa, yang sesuai untuk kegunaan bandar dan jarak jauh.

Dimensi, Rekabentuk

Voge SR3 2025
Voge SR3 2025
  • Memiliki dimensi panjang 2,100mm, lebar 795mm, dan tinggi 1,392mm, manakala jarak roda 1,525mm
  • Tinggi pelana 780mm
  • Jarak tinggi bumi 140mm
  • Berat kering 156kg
  • Kapasiti tangki petrol 14 liter

Suspensi, Brek

Voge SR3 2025
Voge SR3 2025

Sistem suspensi menggunakan fork teleskopik di depan dan dwi-absorber di belakang untuk perjalanan selesa dengan jarak travel 103mm (depan) dan 130mm (belakang).

Ciri keselamatan dilengkapi sistem brek cakera (depan dan belakang) dengan ABS dwi-saluran, dan fungsi brek parkir untuk kestabilan tambahan di kawasan curam.

Tayar tiubles saiz 120/70-14 (depan) dan 140/60-13 (belakang) memastikan cengkaman mantap di atas pelbagai permukaan jalan.

Ciri Moden, Keselesaan

Voge SR3 2025
Voge SR3 2025

Antara ciri menarik Voge SR3 ialah:

  • Panel meter TFT 7 inci
  • Port USB Type-A
  • Sistem kunci pintar (Smart Key) dengan kunci mekanikal sandaran
  • Lampu LED penuh untuk lampu utama, lampu belakang, lampu siang (DRL) dan lampu signal belok
  • Pelana ergonomik dwi-lapis dan visor angin boleh laras
  • Pemanas grip hendal boleh lara 3-tahap

Selain itu, skuter itu turut menawarkan Sistem Kawalan Traksi (TCS) boleh tukar, Sistem Pemantau Tekanak Tayar (TPMS), dan kamera pemuka di depan untuk rakaman perjalanan secara langsung.

Juga disediakan ruang simpanan luas, dua kotak depan, dan ruang bawah pelana yang boleh memuatkan helmet jenis muka terbuka (open face).

Ciri Konektiviti, Waranti

Fungsi Bluetooth membolehkan paparan notifikasi panggilan dan kawalan suara terus pada skrin utama, yang meningkatkan pengalaman tunggangan pintar dan terhubung.

Setiap pembelian Voge SR3 dipakejkan waranti tanpa had perbatuan selama dua tahun dan akses kepada pembelian alat ganti tulen secara dalam talian daripada Voge Malaysia.

Dengan pakej menyeluruh merangkumi rekabentuk, kuasa dan teknologi moden, Voge SR3 2025 menjadi satu lagi pilihan premium dalam segmen skuter 250cc di pasaran Malaysia.

Voge SR3 2025
Voge SR3 2025
Voge SR3 2025
Voge SR3 2025
Voge SR3 2025
Voge SR3 2025
Voge SR3 2025
Voge SR3 2025
Voge SR3 2025
Voge SR3 2025
Voge SR3 2025
Voge SR3 2025
Voge SR3 2025
Voge SR3 2025
Voge SR3 2025
Voge SR3 2025
Voge SR3 2025
Voge SR3 2025
roda2 skuter Skuter 250cc Skuter Suku Liter Voge VOGE Malaysia Voge SR3
Shazwan Hisam

Capai ketenangan dalam kelajuan, obses dengan sukan ekstrem dan seorang yang senang hafal jalan.

Artikel Berkaitan

Roda2

Model Edisi Khas Vespa 946 Horse Raikan Tahun Kuda

10/03/2026
Roda2

2026 MV Agusta Enduro Veloce Dilancar, Travel Enduro Premium Harga Sekitar RM91k

09/03/2026
Kilang Mforce Bike di Pulau Pinang
Auto Terkini

Mforce Experience Club (MEC) – Platform Komuniti Rasmi Pemilik Motosikal Mforce

09/03/2026
Moto Morini Alltrhike 450
Roda2

Moto Morini Alltrhike 450 Lancar di Malaysia, Harga RM28,888

06/03/2026
Leave A Reply Cancel Reply

  • Facebook 397K
  • Instagram 194K
  • YouTube 589K
  • TikTok 992K
  • Threads
Pilihan Ramai Minggu Ini
Aveta Bellagio 125
Roda2

Aveta Bellagio 125 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM6,998!

By Syafie05/03/2026
Aveta Viper 180
Roda2

Aveta Viper 180 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM8,998!

By Syafie05/03/2026
CFMoto Papio Racer 2026
Roda2

‘Fun Bike’ 126cc Gaya Lumba, CFMoto Papio Racer 2026 Tiba di Malaysia!

By Shazwan Hisam06/03/2026
Mforce sedang bangunkan model konsep Skuchai
Roda2

Mforce Labur RM10 Juta Bangunkan Konsep Motosikal Baharu ‘Skuchai’

By Shazwan Hisam06/03/2026
Mitsubishi Triton Championship Edition 2026
Trak dan Lori

Mitsubishi Triton ‘Championship Edition’ 2026 Diperkenal, Harga Mula RM155.9k!

By Syafie06/03/2026
Autotainment

#TahukahAnda: Selamatkah Memandu dengan Tayar Donat? Bolehkah Dipandu Laju?

By Han Othman08/03/20261
Moto Morini Alltrhike 450
Roda2

Moto Morini Alltrhike 450 Lancar di Malaysia, Harga RM28,888

By Shazwan Hisam06/03/2026
KTMB tambah tren untuk balik raya Aidilfitri 2026
Auto Terkini

KTMB Tambah 26 Tren Khas Raya 2026, Lebih 8,000 Tempat Duduk Sehari

By Shazwan Hisam03/03/2026
PanduLaju.com.my
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
© 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)

Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.