Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Roda2»Skuter EV dari Indonesia United TX1800, TX3000 Masuk Malaysia, Harga Rasmi Masih Rahsia!
Roda2

Skuter EV dari Indonesia United TX1800, TX3000 Masuk Malaysia, Harga Rasmi Masih Rahsia!

Admin PanduLajuBy Admin PanduLaju31/10/2023
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


DUA varian skuter elektrik United E-Motor, iaitu TX1800 dan TX3000 diperkenalkan ke pasaran Malaysia hari ini. Bagaimanapun, harga kedua-dua skuter elektrik itu hanya akan diumumkan 24 Disember nanti.

Asasnya, United E-Motor ialah skuter elektrik dari Indonesia di bawah syarikat Terang Dunia Internusa (PT TDI), dan kemasukan jenama itu ke Malaysia dibuat menerusi sokongan firma pelaburan Malaysia, Artroniq Berhad.

Menariknya, kedua-dua varian skuter siri United TX itu menampilkan gaya skuter advencer yang jauh lebih menarik berbanding skuter elektrik tipikal sedia ada di pasaran tempatan.

Dua varian itu berkongsi rekabentuk sama yang berbeza beberapa komponen, kapasiti bateri, dimensi dan jarak tunggangan. Berikut perinciannya:

WARNA

  • TX3000: Sapphire Black (hitam), Milano Red (merah), Electric Blue (biru), Matte Grey (kelabu kusam) dan Pearl White (putih).
  • TX1800: Lima warna sama seperti TX3000 dengan tambahan satu warna baharu iaitu Golden Yellow (kuning).

HARGA

  • Tiada pengumuman rasmi harga, tetapi dijangka ditawarkan pada harga tidak kurang RM10,000.

TRENKUASA

TX3000

  • Motor elektrik tunggal 60V 3000W (puncak 4200w atau 5.6hp) dan tork 145Nm.
  • 3 mod kelajuan: Mod 1 (40kmj), Mod 2 (60kmj) dan Mod 3 (90kmj).
  • Pecutan 0-100m: 8.85 saat.
  • Kelajuan undur: 5kmj.
  • Bateri litium 60V 28Ah (dua pek bateri) jenis boleh tanggal untuk cas, atau dicas terus dari skuter.
  • Masa mengecas: 4 jam untuk 0-80 peratus kapasiti bateri.
  • Jarak tunggangan maksimum 120km.
TX1800

  • Motor elektrik tunggal 60V 2000W (2.68hp) dan tork 106Nm.
  • 3 mod kelajuan: Mod 1 (45kmj), Mod 2 (65kmj) dan Mod 3 (75kmj).
  • Pecutan 0-100m: 10.2 saat.
  • Kelajuan undur: 5kmj.
  • Bateri litium 60V 28Ah jenis boleh tanggal atau dicas terus dari skuter
  • Masa mengecas: 1.5 jam untuk 0-80 peratus kapasiti bateri.
  • Jarak tunggangan maksimum 65km.

DIMENSI

  • TX3000: panjang 1,890mm, lebar 765mm, tinggi 1,195mm; Berat 118kg (maksimum berat muatan 167kg).
  • TX1800: panjang 1,880mm, lebar 765mm, tinggi 1,180mm; Berat 89kg (maksimum berat muatan 150kg).

PERINCIAN LAIN

  • Siri skuter United TX dilengkapi sistem lampu LED penuh dan panel meter digital berwarna dengan paparan maklumat lengkap tunggangan.
  • Sebelah panel depan-kiri skuter dilengkapi konsol kawalan audio dan port USB. Skuter ini juga ada bunyi audio ala ekzos sportbike dan turut dilengkapi radio FM.
  • Pengguna boleh membuat sambungan Bluetooth.
  • Slot masuk bateri ada dua tempat, iaitu di tengah lantai untuk siri TX dan bawah ruang simpanan bawah pelana untuk bateri kedua model TX3000.
  • TX1800 juga ada slot bateri kedua di ruang simpanan bawah pelana tetapi tiada kabel sambungan disediakan.
  • United TX1800 menggunakan sistem brek cakera untuk kedua-dua roda, manakala TX3000 pula ada tambahan Sistem Brek Kombi (CBS).
  • Rim aloi 12 inci TX1800 bercorak tiga jejari dengan saiz tayar 100/70 (depan), dan 120/70 (belakang).
  • TX3000 juga menggunakan rim aloi saiz sama, tetapi dengan rekaan lima jejari kembar, kedua-dua saiz tayar 120/70.

MALAYSIA HAB EKSPORT?

  • Ketua Pegawai Kewangan Artroniq, Marcus Chin menjelaskan kedua-dua model TX akan dipasang di kilang pemasangan di Batu Kawan, Pulau Pinang dengan 30 peratus komponen tempatan dan baki komponen dari Indonesia.
  • Satu lagi kilang bakal dibangunkan di Johor.
  • Sasaran jualan sekitar 2,000 unit hingga hujung 2024.
  • Ada rancangan memperkenalkan skuter elektrik ke negara Asean lain seperti Thailand.
TX1800
TX3000
PELANCARAN TX1800 VS TX3000
Artroniq Berhad roda2 Terang Dunia Internusa (PT TDI) United E-Motor United TX1800 United TX3000
Admin PanduLaju

Artikel Berkaitan

Roda2

Boon Siew Honda Beri ‘Nafas’ Baharu Buat Africa Twin, Dari RM99,888

03/03/2026
Aveta Vanguard 250 2026
Roda2

Aveta Vanguard 250 2026 Dikemas Kini dengan 10 Naik Taraf Baharu

27/02/2026
Roda2

Ducati DesertX V2 2026 dengan Enjin V2 890cc Baharu, Lebih Mudah Selenggara

27/02/2026
Kenali jiwa motosikal anda
Tahukah Anda

#TahukahAnda: Kenali ‘Jiwa’ Motosikal Anda – Naked, Sportbike, Cruiser atau…

01/03/2026
Leave A Reply Cancel Reply

  • Facebook 397K
  • Instagram 194K
  • YouTube 589K
  • TikTok 992K
  • Threads
Pilihan Ramai Minggu Ini
Hp vs Tork | James Watt
0
Autotainment

#TahukahAnda: Kuasa Kuda vs Tork, Apakah Perbezaan dan Kenapa Penting?

By Han Othman23/02/2026
Lebuhraya GCE
Auto Terkini

KM18 Lebuhraya Guthrie Arah Utara Ditutup Sementara

By Shazwan Hisam24/02/2026
Aerotrain KLIA
Auto Terkini

MAHB Kenakan Penalti RM9.1 Juta kepada Kontraktor Projek Aerotrain KLIA

By Syafie01/03/2026
Pekerja binaan maut dihempap pengorek jengkaut di Tumpat, Kelantan
Auto Terkini

Pekerja Tapak Binaan Maut Dihempap Pengorek Jengkaut

By Shazwan Hisam25/02/2026
Hakim Danish raih tempat ke-18 di GP Thailand 2026
Moto3

#Moto3: Hakim Danish Tunjuk Taring Walaupun Belum Raih Mata

By Shazwan Hisam02/03/2026
0
ApaNakBuat

Perodua: Tekan ‘Push Start Button’ Sekali Saja, Kalau Lebih Itu Mitos

By Syafie26/02/2026
Stesen minyak Shell di Filipina.
Auto Terkini

Harga Bahan Api Naik Hari ini untuk Petrol, Diesel

By Han Othman24/02/2026
Auto Terkini

Baru 5 Minit Buka! Tiket Bas Balik Raya ke Kelantan Terus ‘Licin’

By Syafie25/02/2026
PanduLaju.com.my
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
© 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)

Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.