• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Automotif Telus dan Tulus

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Roda2 / Skuter Elektrik Gogoro Delight (2022) yang Direka Khas untuk Penunggang Wanita

Skuter Elektrik Gogoro Delight (2022) yang Direka Khas untuk Penunggang Wanita

August 4, 2022 By Shawkath Leave a Comment

58
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


PENGELUAR mobiliti elektrik Taiwan, Gogoro menawarkan produk skuter baharu khas untuk penunggang wanita di negara Asia Timur itu.

Dinamakan Delight, skuter itu dibangunkan berasaskan kajian dan penyelidikan (R&D) dilakukan Gogoro. Berikut mengulas hasil tinjauan diperoleh yang mendorong Gogoro mencipta skuter khas untuk wanita.

HASIL TINJAUAN

  • Keputusan dibuat berdasarkan kaji selidik dilaporkan media Taiwan, MotoBuy.
  • Survei mendapati nisbah pembeli kenderaan dengan enjin konvensional ialah 53.21 peratus lelaki dan 46.79 peratus wanita.
  • Sebaliknya bagi kenderaan elektrik, pembeli wanita mendahuli 51.54 peratus, manakala lelaki cuma 48.46 peratus.
  • Ini menunjukkan pembeli lelaki Taiwan lebih meminati motosikal dengan ekzos (petrol), berbanding wanita yang sukakan tunggangan lebih lancar, dan kurang emisi.
  • Gogoro membentuk pasukan khas pada 2021 yang dianggotai 11 wanita pelbagai divisyen untuk proses pembentangan idea.
  • Satu senarai fungsi dan ciri wanita mahukan dibentangkan untuk diaplikasi pada satu skuter elektrik.

INPUT PASUKAN KHAS WANITA

  • Menjadikan skuter lebih mudah digunakan.
  • Mengurangkan berat skuter.
  • Meningkatkan sekuriti dan keselamatan.

PERINCIAN DELIGHT

  • Direka lebih ringan dan lebih kompak berbanding skuter konvensional.
  • Pelana direndahkan kepada 729mm, memudahkan wanita memijak permukaan tanah ketika berhenti.
  • Menaikkan tongkat kembar tidak memerlukan banyak tenaga, iaitu 25 peratus lebih rendah penggunaan tenaga badan.
  • Lebih mudah ditolak atau ditarik untuk meletakkan skuter dalam petak parkir.
  • Ada mod jalan (Walk) dan fungsi undur (Backward)  berkelajuan rendah.
  • Ada pelapik Air Cush yang membantu melindungi lutut wanita daripada impak hentakan jika meredah permukaan jalan tidak rata.
  • Ada lampu siang (DRL) depan yang menyala seketika sebelum terpadam automatik sebagai ciri keselamatan di tempat gelap.
  • Bau aroma dan bunga akan dibebaskan ketika membuka pelana untuk akses ke ruang simpanan.
  • Ada lampu lengkung dalam ruang simpanan bawah pelana.
  • Grip hendal ada lapisan anti-bakteria.
  • Ada opsyen cangkuk gantung beg tangan, pelapik kaki aloi aluminium, pemegang dan pengecas telefon wayarles, kotak simpanan multifungsi dan perehat belakang badan untuk pembonceng.

BACA >>> Gogoro-Yamaha Bakal Lancar Skuter Elektrik, EC-05 dengan Bateri Boleh Tanggal
BACA >>> Yamaha dan Gogoro Bergabung, Sasar Mahu Monopoli Pasaran Skuter Elektrik Taiwan
BACA >>> e-Skuter Yamaha EMF (2022) Diperkenal di Taiwan dengan Bateri Boleh Ganti

SUMBER: Gogoro | TMCBlog

58
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Roda2 Tagged With: Gogoro Delight, roda2, skuter elektrik, Skuter Wanita

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Facebook

PanduLaju.com.my

Pilihan Ramai

  • Ducati Malaysia Lancar Multistrada V4 S (2021), Harga RM146k!
    Ducati Malaysia Lancar Multistrada V4 S (2021), Harga RM146k!

PANDU UJI

#PanduUji: Honda HR-V (2022) yang Bakal Jadi SUV Segmen-B Paling Win!!!

 KENDERAAN Utiliti Sukan (SUV) segmen-B dinantikan ramai, Honda HR-V … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Honda Civic FE (2022) yang Sedap Lain Macam!

 SOALAN paling kerap ditanya kepada abang, macam mana Honda Civic FE … [Baca Lagi...]

#TunggangUji: 7 Fakta Asas Aprilia SR GT 200 (2022) Anda Perlu Tahu

APRILIA SR GT 200 (2022) yang diperkenalkan ke Malaysia Jumaat lalu … [Baca Lagi...]

2014 – 2022 © PanduLaju.com.my