Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»Škoda Octavia RS (vRS) 2024 Diperkenal di Eropah, Muka Garang, Kuasa Lebih Tinggi!
Auto Terkini

Škoda Octavia RS (vRS) 2024 Diperkenal di Eropah, Muka Garang, Kuasa Lebih Tinggi!

Abang HirataBy Abang Hirata20/07/2024
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads

VOLKSWAGEN baru sahaja memperkenalkan Golf 2024 (Mk8.5) dan kini giliran saudara dekat iaitu Škoda Octavia dan didatangkan dalam kedua-dua gaya badan sedan dan wagon (estate).

Octavia masih lagi berada dalam generasi keempat yang diperkenal pada November 2019 namun pelbagai perubahan dibuat termasuk ukuran panjang bertambah sembilan milimeter hasil apron depan dan belakang baharu.

Seperti biasa, jika Golf mempunyai GTI, Octavia pula diserlahkan dengan model RS (vRS) dan sekali lagi pelanggan diberi pilihan sedan atau wagon.

Dari depan, rekaan lampu dengan teknologi LED Matrix nampak garang dan bergaya selain jeriji hitam lebar dan bampar yang menonjol melalui garisan dan bentuk tajam.

Perumah cermin sisi dan rel bumbung (Octavia Combi RS estate) dibuat dalam warna hitam kilat.

Dari kilang, Octavia RS dipasang rim aloi Comet 18 warna hitam dengan rekaan yang dioptimum untuk aerodinamik atau pelanggan boleh memesan rim aloi Elias 19 inci dalam warna perak atau antrasit (batu arang).

Pada bahagian belakang, bampar dibuat ringkas tanpa berlebihan dan begitu juga apron dan difuser yang diserikan jalur merah yang juga identiti model RS.

Pada bahagian dalam warna hitam sporti menguasai selain skrin besar saiz 13 inci. Sistem perhubungan juga canggih dengan integrasi ChatGPT di dalam bantuan suara Laura.

Škoda menawarkan dua pilihan iaitu kekal dengan RS Fabric Design Selection atau pilihan RS Suite Design Selection.

Dalam keadaan asal, kerusi sport dibalut fabrik dan sulaman merah. Papan pemuka dibalut neoprena (getah tiruan) dan bersama kulit tiruan diguna pada panel pintu.

Papan pemuka juga nampak sporty dengan kemasan karbon. Stereng sport dibalut kulit dan pedal kaki menyerlah dengan kemasan aluminium.

Pelanggan yang memilih RS Suite Design Selection dibekal kerusi sport balutan mikrofiber Suedia dan kulit tiruan selaian tambahan jahitan merah.

Mikrofiber juga diguna pada papan pemuka dan sulaman merah. Gabungan Suedia dan kulit tiruan turut digunakan pada panel pintu.

Kerusi depan mempunyai fungi larasan elektrik, ingatan dan kedalaman kusyen sebagai ciri asas. Turut dilengkapi sokongan badan belakang boleh laras dan fungsi urutan.

Di dalam barisan model Oktavia, varian RS paling bertenaga dengan enjin 2.0 TSI yang menghasilkan 265 kuasa kuda (hp) atau peningkatan 20 hp dan daya kilas 370Nm.

Enjin itu dipadan bersama kotak gear DSG tujuh kelajuan. Bukan sahaja berkuasa, enjin yang digunakan juga cekap melalui kitaran Budack (variasi baharu kitaran Atkinson).

Sebagai sebuah sedan dan wagon berprestasi, suspensi sport Octavia RS merendahkan badan sebanyak 15 mm.

Suspensi, stereng progresif dan diferensial kawalan elektronik VAQ memberikan tahap cengkaman dan dinamika pemanduan yang cemerlang di dalam pelbagai keadaan.

Ekzos sport Octavia RS menggunakan muncung hitam dan perisian baharu enjin melontar nyanyian yang berkuasa.

Simfoni enjin dan ekzos boleh didengari semasa enjin dihidupkan dan lebih menghiburkan di dalam mod Sport.

ŠKODA Skoda Octavia Škoda Octavia RS Škoda Octavia vRS
Abang Hirata

    Artikel Berkaitan

    Petrol RON95
    Auto Terkini

    Kuota BUDI95 Mungkin Dikurangkan Kepada 200 Liter Sebulan

    26/03/2026
    Nozel RON95 dan RON97
    Auto Terkini

    BUDI95 Kekal RM1.99 Seliter, RON97 dan Diesel Semenanjung Cecah Lebih RM5 Seliter

    26/03/2026
    Auto Terkini

    Bila Ayah ‘Kaki Kereta’, Nama Anak Pun Jadi Jenama Kereta

    25/03/2026
    Auto Terkini

    JPJ Ambil Tindakan Ke Atas 14,455 Kenderaan Sepanjang Op HRA 2026

    25/03/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Kemeriahan Raya Ganjaran Berganda | Jetour 2026
    Roda4

    Beli Jetour Dashing, VT9 Boleh Dapat ‘Duit Raya’, dan Baucar Petrol!

    By Han Othman12/03/2026
    Autotainment

    Inilah 10 Lagu Raya Buat Air Mata Meleleh Sempena PKP 3.0

    By Admin PanduLaju12/05/2021
    Autotainment

    #ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)

    By Han Othman03/08/201957
    Autotainment

    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu

    By Admin PanduLaju28/06/20211
    Auto Terkini

    Bila Ayah ‘Kaki Kereta’, Nama Anak Pun Jadi Jenama Kereta

    By Syafie25/03/2026
    Petrol RON95
    Auto Terkini

    Kuota BUDI95 Mungkin Dikurangkan Kepada 200 Liter Sebulan

    By Syafie26/03/2026
    Roda2

    MV Agusta Dedah Konsep Enjin Lima Silinder Baharu

    By Shazwan Hisam24/03/2026
    Auto Terkini

    Honda N-VAN 2026, Varian Turbo Baharu, Harga Mula RM37 Ribu

    By Abang Hirata20/03/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.