Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»SKMM Lancar Sebenarnya.my untuk Elak Insiden ‘Tipah Tertipu Bang, Tipah Tertipu’
Auto Terkini

SKMM Lancar Sebenarnya.my untuk Elak Insiden ‘Tipah Tertipu Bang, Tipah Tertipu’

Han OthmanBy Han Othman15/03/2017
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


SURUHANJAYA Komunikasi dan Multimedia (SKMM) semalam melancarkan portal Sebenarnya.my yang dibangunkan khas untuk menyemak kesahihan berita maklumat tular atau viral di  media sosial. Sudah tentu bagi kami di PanduLaju menganggap penubuhan portal tersebut sebagai langkah positif daripada pihak Kerajaan dalam menangani sebarang isu tular yang tidak benar.

Mengulas mengenai laman web berkenaan, pemilihan nama hip, Sebenarnya.my dan slogan ‘Tidak Pasti Jangan Kongsi’ adalah sangat sesuai dan bertepatan dengan matlamat portal itu yang mahu pembaca mudah ingat. Paparan antaramuka berlatarbelakangkan putih diatur kemas dengan susunan menu dan senarai tajuk berserta petikan berita yang sedap mata memandang sama ada untuk paparan komputer (desktop) atau telefon pintar (mobile).

Paparan ‘Desktop’
Paparan ‘Mobile’

Namun, bar Carian (Search) untuk paparan Mobile diletakkan di bahagian bawah selepas senarai artikel, manakala paparan Desktop pula diletakkan di bar sisi kanan yang lebih mudah diakses. Cadangan kami, sepatutnya fungsi Carian itu ditonjolkan di bahagian atas.

APAKAH CARIAN BERFUNGSI?

Memandangkan PanduLaju ialah portal permotoran terulung di angkasa raya, kami cuba melakukan carian dengan kata kunci ‘kereta’. Ya, memang berfungsi dan kami dihidangkan dengan lapan senarai berita yang ada kaitan dengan kereta! Antaranya ialah kes kereta kabel Genting terputus, TNB minta pemandu buka tingkap 30 peratus untuk kurangkan kepanasan akibat El Nino, dan beberapa siri insiden jenayah yang nyata palsu lagi menipu.

SKMM ADA WARTAWAN KHAS?

Berdasarkan pemerhatian kami, portal Sebenarnya.my bukanlah agensi media khas dan mereka tiada pasukan wartawan sendiri yang ditugaskan untuk menyiasat kesahihan sesuatu berita tular. Sebaliknya, ia lebih kepada hab media yang menghimpunkan semua berita-berita tular di dalam satu laman web khas. Maklumat kesahihan itu pula dipetik daripada sumber media-media arus perdana yang boleh dipercayai kebertanggungjawaban mereka dalam etika kewartawanan. Jadi, hampir mustahil untuk melihat nama portal ikan atau objek angkasa dijadikan sebagai sumber berita Sebenarnya.my.

Sebagai contoh, isu kereta kabel Genting terputus, Sebenarnya.my memetik sumber daripada Utusan, The Star dan New Straits Times, manakala isu cermin kereta perlu dibuka 30 peratus dipetik daripada Sinar Online. Sebagai makluman, status arus perdana adalah merujuk kepada agensi media yang berdaftar dengan Kementerian Dalam Negeri (KDN).

PANDULAJU BAGAIMANA, BOLEH PERCAYA TAK?

Kami tidak mendaftar dengan mana-mana entiti Kerajaan atau bukan Kerajaan, tetapi itu tidaklah bermakna kami tidak boleh menjalinkan hubungan sah dengan mana-mana pihak. Kami sentiasa terbuka untuk bekerjsama. Malah, berita dan artikel dalam PanduLaju akan dipastikan datang daripada sumber sahih dan berkredibel kerana barisan penulis kami sendiri terdiri daripada kalangan manusia yang mempunyai latar belakang kewartawanan, seni bela diri, pelumba amatur, kejuruteraan, keibubapaan, dan hak asasi manusia.

Apapun, inisiatif SKMM untuk menubuhkan Sebenarnya.my sepatutnya dipuji yang bertepatan dengan slogannya, ‘Tidak Pasti Jangan Kongsi’.

KEMAS KINI!

Sebenarnya.my baru saja mengubah paparan portal versi Mobile dengan meletakkan ciri Carian atau ‘Search’ di bahagian atas, sebaris dengan tajuk utama seperti ganbar di bawah. Harap maklum.

Auto Terkini portal atasi berita tular palsu sebenarnya.my Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) tular Viral
Han Othman
  • Website

Kecederaan distal radius fracture memaksa dia menguburkan hasrat berlumba dalam litar GP antarabangsa. Amat mementingkan pemanduan berkeselamatan tinggi, sukakan roller coaster, gemar mendengar muzik jalanan dan selalu membantu ular sawa melintas jalan.

Artikel Berkaitan

Auto Terkini

BYD Dolphin G DM-i Untuk Eropah, Jarak EV 105 km, Jarak Penuh Lebih 1,000 km!

11/06/2026
Menteri Kewangan II, Datuk Seri Amir Hamzah Azizan
Auto Terkini

Konflik Asia Barat Lonjak Bil Subsidi Bahan Api Malaysia Kepada RM7.5 Bilion Pada April

10/06/2026
Auto Terkini

Indonesia Naikkan Harga Petrol Pertamax RON92 Kepada RM3.64 Seliter Mulai Hari Ini

10/06/2026
Auto Terkini

Ducati Desmo450 EDS Diperkenalkan, Motosikal Enduro Pertama Ducati

10/06/2026
Leave A Reply Cancel Reply

  • Facebook401K
  • Instagram194K
  • YouTube593K
  • TikTok1000K
  • Threads46.6K
Pilihan Ramai Minggu Ini
Roda4

Toyota Alphard, Vellfire 2026 Diperkenal di Jepun dengan Varian Baharu, Harga Mula RM141k

By Abang Hirata04/06/2026
Roda2

Yamaha XMAX ABS 2026 Jepun Terima Dua Warna Baharu, Harga 737k Yen (RM18.4k)

By Abang Hirata08/06/2026
Roda2

#MBS2026: Cyclone Lancar Dua Skuter Baharu – RT25 dan RT5, Harga Mula RM13,888

By Syafie09/06/2026
Mforce lancar tiga model Morbidelli baharu - C252V, SC200SR dan Vizy 125
Roda2

#MBS2026: Mforce Lancar Tiga Model Morbidelli Baharu – C252V, SC200SR dan Vizy 125, Harga Mula RM4,988

By Syafie09/06/2026
Roda2

#MBS2026: ARIIC Lancar Dua Skuter Baharu – Touch dan GOBI, Harga Mula RM13,688

By Syafie09/06/2026
Auto Terkini

Chery Malaysia Rai Tiga Tahun dengan Harga ‘Durian Runtuh’: Tiggo Cross Kini Serendah RM80,800

By Han Othman09/06/2026
Roda2

#MBS2026: Brixton Lancar 625V, MOUCCA250 di Malaysia, Harga RM12,888, RM26,888

By Syafie09/06/2026
Roda2

#MBS2026: Honda ADV160 2026 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga Mula RM13,249

By Syafie04/06/2026
PanduLaju.com.my
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
© 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
designXCII TECH

Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.