Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»Skandal Daihatsu: CEO Perodua Perjelas Status Axia Serba Baharu
Auto Terkini

Skandal Daihatsu: CEO Perodua Perjelas Status Axia Serba Baharu

Admin PanduLajuBy Admin PanduLaju02/05/2023
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


PERODUA Axia kembali menjadi topik perbincangan hangat berikutan Daihatsu Co Ltd (Daihatsu) membuat pengakuan berhubung isu manipulasi ujian keselamatan rempuhan sisi untuk meraih keputusan prestasi tahap keselamatan lebih baik.

Selain Perodua Axia serba baharu, skandal itu membabitkan tiga lagi model, iaitu Toyota Yaris Ativ (Vios), Toyota Agya dan satu lagi produk yang belum diperkenalkan secara rasmi.

Daihatsu dalam pengumuman menyatakan pihaknya menjual 88,123 unit kenderaan terlibat, iaitu 76,289 unit Toyota Yaris Ativ ke Thailand, Mexico dan negara Majlis Kerjasama Teluk (GCC) seperti Arab Saudi Arabia, Emiriyiah Arab Bersatu, Kuwait, Qatar, Bahrain dan Oman.

Baki unit melibatkan 11,834 unit Perodua Axia di Malaysia. Berikut senarai model dan jumlah unit terlibat yang dikongsi Daihatsu:

Susulan kontroversi itu, Perodua mengeluarkan kenyataan untuk memberi penjelasan mengenai status semasa Axia serba baharu.

Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Perodua, Datuk Seri Zainal Abidin Ahmad berkata;

Daihatsu Co Ltd dilantik dan dipertanggungawab Perodua untuk menjalankan ujian keselamatan Perodua Axia baharu di Jepun dan disaksikan pihak berkuasa dan agensi yang relevan bagi tujuan penilaian pihak terbabit.

“Sebaik saja kami menerima berita ‘ketidakaturan prosedur’ Daihatsu, kami menghubungi pihak terbabit serta-merta untuk mengenal pasti sama ada standard keselamatan Perodua Axia baharu turut terjejas atau sebaliknya.

“Kami diberi jaminan pensijilan UN-R95 yang diberikan kepada Perodua Axia model baharu tetap sah dan diperakui walaupun Daihatsu membuat pendedahan sedemikian.

“Ini bermakna, Perodua Axia baharu adalah selamat untuk dipandu dan tiada panggilan semula akan dibuat Perodua dan kami juga tidak akan menghentikan penghantaran kenderaan model baharu ini kepada pelanggan yang kami hargai.

“Kami memohon maaf di atas segala kekeliruan yang berlaku kepada pelanggan kami berhubung perkara ini dan kami memberi jaminan bahawa segala maklumat keselamatan dan spesifikasi semua model kenderaan Perodua adalah diperakui badan profesional.

“Kami akan terus memantau situasi ini dan akan memaklumkan perkembangan terkini kepada orang ramai. Perodua sentiasa mengutamakan keselamatan dan keselesaan para pelanggan kami dan akan terus berbuat demikian sebagai sebahagian amalan kami dalam menjangkau setiap jangkaan.”

Auto Terkini Perodua Axia Perodua Axia (2023) Serba Baharu Perodua axia 2023 Roda4 Skandal Daihatsu-Perodua Viral
Admin PanduLaju

Artikel Berkaitan

Roda2

Moto Morini Alltrhike 450 Dilancar di Malaysia, Harga Mula RM28,888

06/03/2026
Auto Terkini

Chery Malaysia Sambut Raya Dengan Rebat Sehingga RM18,888

06/03/2026
Roda4

Mitsubishi Triton ‘Championship Edition’ Diperkenal, Unit Terhad, Harga Mula RM155k!

06/03/2026
BYD Raya Fiesta 2026
Auto Terkini

BYD Raya Fiesta 2026 Tawar Rebat Hingga RM18,000, Duit Raya RM2,000

06/03/2026
Leave A Reply Cancel Reply

  • Facebook 397K
  • Instagram 194K
  • YouTube 589K
  • TikTok 992K
  • Threads
Pilihan Ramai Minggu Ini
Hp vs Tork | James Watt
0
Autotainment

#TahukahAnda: Kuasa Kuda vs Tork, Apakah Perbezaan dan Kenapa Penting?

By Han Othman23/02/2026
Hakim Danish raih tempat ke-18 di GP Thailand 2026
Moto3

#Moto3: Hakim Danish Tunjuk Taring Walaupun Belum Raih Mata

By Shazwan Hisam02/03/2026
Aveta Viper 180
Roda2

Aveta Viper 180 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM8,998!

By Syafie05/03/2026
Aveta Bellagio 125
Roda2

Aveta Bellagio 125 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM6,998!

By Syafie05/03/2026
Aerotrain KLIA
Auto Terkini

MAHB Kenakan Penalti RM9.1 Juta kepada Kontraktor Projek Aerotrain KLIA

By Syafie01/03/2026
Lebuhraya GCE
Auto Terkini

KM18 Lebuhraya Guthrie Arah Utara Ditutup Sementara

By Shazwan Hisam24/02/2026
KTMB tambah tren untuk balik raya Aidilfitri 2026
Auto Terkini

KTMB Tambah 26 Tren Khas Raya 2026, Lebih 8,000 Tempat Duduk Sehari

By Shazwan Hisam03/03/2026
Timbalan Menteri KPKT, Datuk Aiman Athirah Sabu
Auto Terkini

Isu Kenderaan Terbiar: Bidang Kuasa PBT Terhad Kecuali… – KPKT

By Shazwan Hisam27/02/2026
PanduLaju.com.my
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
© 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)

Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.