Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Autotainment»Sistem Nyalaan Enjin: Tentang Distributor yang Perlu Anda Tahu
Autotainment

Sistem Nyalaan Enjin: Tentang Distributor yang Perlu Anda Tahu

TalibBy Talib25/02/2021
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


ASASNYA, enjin pembakaran dalaman melibatkan proses pembakaran berterusan dalam enjin kereta. Tekanan dan kuasa yang terhasil daripada gabungan sistem mekanikal dan elektronik, akan mengalirkan bahan api dan memenuhi udara dalam ruang silinder serta menyalakan percikan api.

Akhirnya proses pembakaran penuh semua elemen itu akan menggerakkan piston dan memberikan kuasa diperlukan kereta untuk dipandu. Artikel sebelum ini membincangkan mengenai kepentingan pemasaan (timing) dan sumber percikan api daripada palam pencucuh (spark plug).

BACA >>> Sistem Nyalaan Enjin: Tentang Operasi Palam Pencucuh yang Perlu Anda Tahu

Koil cucuh (ignition coil).
Keratan rentas distributor.

Ada satu lagi komponen penting untuk mengalirkan voltan tinggi dari koil cucuh (ignition coil) ke palam pencucuh yang diletakkan pada setiap silinder enjin. Komponen itu dikenali sebagai distributor atau pengagih.

FUNGSI DISTRIBUTOR DALAM SISTEM NYALAAN

Tugas pertama distributor adalah mengedarkan arus voltan tinggi dari koil cucuh ke silinder yang betul. Penutup distributor (distributor cap) biasanya memiliki lima corong getah yang akan digunakan setiap kabel distributor ke setiap silinder enjin.

Corong getah di tengah itu akan bersambung ke rotor dan berhubung dengan koil cucuh. Rotor itu kemudian berpusing dalam perumah distributor dan bersentuhan hujung penyambung kabel yang bersambung ke palam pencucuh pada setiap silinder. Semasa melakukan penyesuaian kuasa dan penyelenggaraan, antara komponen perlu ditukar ialah penutup distributor dan rotor.

Contoh pendawaian distributor ke setiap silinder.

Ini kerana struktur rotor akan menipis selepas lama digunakan. Kabel penyambung juga perlu ditukar jika getah penebat (insulator) sudah lembik dan tidak mampu menjadi penebat baik. Jika arus elektrik tidak dikawal, kemungkinan berlaku masalah sistem enjin yang sukar dikenal pasti.

Komponen tambahan dalam distributor ialah peranti titik pemutus kontak (contact breaker point) aliran elektrik. Kedudukannya terletak di bawah distributor. Peranti ini akan memutuskan aliran arus ke bahagian koil cucuh yang bersambung dengan wayar bumi.

Aci (cam) yang bersambung di tengah distributor akan menolak tuas yang menyentuh titik pemutus kontak. Jadi, setiap kali cam menolak tuas, titik pemutus kontak akan terbuka dan menyebabkan koil cucuh tidak bersambung pada wayar bumi dan menjana satu titik nadi voltan tinggi.

Titik pemutus kontak juga mengawal pemasaan percikan api. Maksudnya, setiap kali koil terputus daripada wayar bumi, voltan tinggi akan terhasil dan dialirkan kepada palam pencucuh bagi menjana percikan api. Mekanisma proses pemasaan ini pula berkadaran dengan beban dan halaju enjin.

Enjin sekarang menggunakan sensor bagi memberitahu unit kawalan enjin (ECU) tentang kedudukan semasa setiap piston. Kemudian sistem komputer enjin akan mengawal transistor digunakan untuk membuka dan menutup aliran arus elektrik kepada koil cucuh. Penyesuaian pemasaan dan penyelenggaraan distributor adalah antara kekurangan sistem berkenaan. Antaranya ialah enjin tidak dapat dihidupkan atau hilang kuasa tiba-tiba.

BACA >>> #TahukahAnda: 6 Tip Bezakan Palam Pencucuh Tulen atau Palsu

SISTEM NYALAAN MODEN

Dalam sistem nyalaan tanpa distributor, koil cucuh disatukan dan disambung terus kepada palam pencucuh

Sekarang sudah ada banyak kereta dibina tanpa distributor arus elektrik yang hanya perlu diselenggara dan disesuaikan semula sistem pemasaan nyalaan selepas pemanduan lebih 100,000km.

Salah satu teknologi itu dinamakan sistem nyalaan tanpa distributor (distributorless ignition). Sistem ini masih menggunakan koil cucuh yang beroperasi sama seperti sistem lama. Seperti dibincangkan, komponen transistor dikawal ECU untuk memutuskan arus eletrik ke koil cucuh. Ini memberikan ECU kawalan sepenuhnya pada pemasaan percikan api dalam silinder.

Sistem ini memiliki kelebihan besar berbanding sistem lama. Pertama, tiada lagi komponen distributor arus elektrik yang perlu diselenggara dan ditukar. Kemudian, kabel palam pencucuh voltan tinggi juga tidak diperlukan lagi. Jadi, tiada lagi kabel penyambung palam pencucuh bagi model enjin baharu itu yang perlu diperiksa atau diganti.

Asasnya, dari segi kos penyelenggaraan dan tahap kebimbangan pemandu dapat dikurangkan. Selain itu, sistem bahatu ini juga memberikan kawalan lebih tepat kepada pemasaan percikan api, sekali gus meningkatkan kecekapan enjin, kualiti hasil pembakaran dan keseluruhan kuasa sesebuah kereta.

BACA >>> #Videotomotif: Beginilah Enjin Pembakaran Dalaman Bekerja, Gerak Perlahan 4,000fps!

INFO TAMBAHAN

Sebenarnya, ada sistem nyalaan lain yang digunakan dalam sistem enjin. Selain dua sistem nyalaan di atas (dengan distributor dan tanpa distributor), sistem nyalaan elektronik dan sistem nyalaan koil cucuh pada palam pencucuh juga ada.

Sistem nyalaan elektronik turut dipanggil sebagai sistem nyalaan berkuasa tinggi. Litar elektronik digunakan untuk mengawal pemasaan dan jangka hayat operasi lebih lama kerana tiada banyak bahagian bergerak apabila beroperasi.

Sistem nyalaan koil cucuh pada palam pencucuh pula memiliki keunikan tersendiri kerana setiap palam pencucuh ada koil cucuh sendiri. Komponen itu diletakkan terus pada bahagian atas setiap palam pencucuh. Ini memudahkan ECU mengaktifkan percikan api palam pencucuh dan meningkatkan kecekapan enjin.

Jadi, apa yang kita boleh faham adalah pemasaan percikan api sangat penting bagi memberikan kuasa dan kemampuan ditetapkan bagi setiap kereta.

alat ganti kereta autotainment Distributor Komponen Kereta Pengagih Sistem Nyalaan Enjin tahukah anda
Talib

    Artikel Berkaitan

    Pemeriksaan Kenderaan Sukarela (VVI)
    Tahukah Anda

    #TahukahAnda: Lulus MV15 Puspakom Belum Tentu Selamat? Anda Mungkin Kena Buat Pemeriksaan Khas B2

    08/06/2026
    Orang ramai di Kuala Lumpur
    Tahukah Anda

    #TahukahAnda: Rakyat Malaysia antara Paling Malas Jalan Kaki di Dunia?

    21/05/2026
    Steinwinter Supercargo 1983
    Tahukah Anda

    #TahukahAnda: Steinwinter Supercargo – Lori Futuristik yang Melangkaui Zaman

    05/06/2026
    Autotainment

    #TahukahAnda Ini Risiko Jangka Panjang Jika Abaikan Servis Berkala Kenderaan

    21/05/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Roda2

    #MBS2026: Cyclone Lancar Dua Skuter Baharu – RT25 dan RT5, Harga Mula RM13,888

    By Syafie09/06/2026
    Roda2

    Yamaha XMAX ABS 2026 Jepun Terima Dua Warna Baharu, Harga 737k Yen (RM18.4k)

    By Abang Hirata08/06/2026
    Mforce lancar tiga model Morbidelli baharu - C252V, SC200SR dan Vizy 125
    Roda2

    #MBS2026: Mforce Lancar Tiga Model Morbidelli Baharu – C252V, SC200SR dan Vizy 125, Harga Mula RM4,988

    By Syafie09/06/2026
    Roda4

    Toyota Alphard, Vellfire 2026 Diperkenal di Jepun dengan Varian Baharu, Harga Mula RM141k

    By Abang Hirata11/06/2026
    Roda2

    #MBS2026: ARIIC Lancar Dua Skuter Baharu – Touch dan GOBI, Harga Mula RM13,688

    By Syafie09/06/2026
    Auto Terkini

    Chery Malaysia Rai Tiga Tahun dengan Harga ‘Durian Runtuh’: Tiggo Cross Kini Serendah RM80,800

    By Han Othman09/06/2026
    Roda2

    #MBS2026: Brixton Lancar 625V, MOUCCA250 di Malaysia, Harga RM12,888, RM26,888

    By Syafie09/06/2026
    Alpinestars Supertech R10
    Aksesori

    Alpinestars Supertech R10 Rasmi di Malaysia, Harga RM3,999 – RM4,799

    By Shazwan Hisam08/06/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.