Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»Sistem Amaran Perlanggaran Motosikal Kerjasama MIROS, PLUS Menang Anugerah GRAA 2023
Auto Terkini

Sistem Amaran Perlanggaran Motosikal Kerjasama MIROS, PLUS Menang Anugerah GRAA 2023

SyafieBy Syafie28/08/2024
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


PROJEK kerjasama antara Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya Malaysia (MIROS) dan PLUS Malaysia Berhad (PLUS) untuk memasang dan menguji keberkesanan Sistem Amaran Perlanggaran Motosikal MIROS (MCAS) memenangi Anugerah Pencapaian Jalan Raya Global (GRAA) 2023 anjuran Persekutuan Jalan Raya Antarabangsa (IRF).

Anugerah diraih MCAS itu adalah dalam kategori Teknologi, Peralatan, dan Pembuatan yang membuktikan keberkesanan dan kemampuan penuh sistem tersebut dalam persekitaran sebenar, sekali gus menjadi penyelesaian berimpak tinggi untuk keselamatan penunggang motosikal.

Ketua Pengarah MIROS, Profesor Madya Ts Dr Siti Zaharah Ishak berkata;

Pembangunan sistem MCAS adalah satu pencapaian signifikan bagi MIROS dalam usaha meningkatkan keselamatan jalan raya negara kita.”

“Kerjasama antara MIROS dan PLUS melalui projek pemasangan rintis MCAS ini ialah penanda aras penting keberhasilan yang mampu dicapai melalui kerjasama strategik dan penglibatan semua pemegang taruh.

“Penemuan dan pembuktian impak MCAS ini dapat diperluas ke peringkat industri dan pasaran dengan ketersediaan dan akses meluas kepada semua penunggang motosikal.”

Sementara itu, Pengarah Urusan PLUS, Datuk Nik Airina Nik Jaffar berkata;

Sebagai pengendali lebuh raya utama Malaysia, PLUS sentiasa memberi penekanan penting dalam meningkatkan tahap keselamatan lebuh raya, selaras aspirasi PLUS ke arah lebuh raya pintar, lestari, dan selamat.”

“Berdasarkan statistik kemalangan PLUS pada 2023, penunggang motosikal menyumbang 72 peratus daripada jumlah keseluruhan kemalangan maut di lebuh raya.”

Jalinan strategik dua pihak itu dalam membangunkan sistem MCAS ialah kolaboratif inovatif yang bertujuan membantu meningkatkan tahap keselamatan penunggang motosikal di lebuh raya.

Kejayaan usahasama MIROS dan PLUS tersebut juga diharap dapat memberikan inspirasi lebih banyak inisiatif keselamatan jalan raya berimpak tinggi pada masa depan.

SUMBER: Malaysian Institute of Road Safety Research

Anugerah Pencapaian Keselamatan Jalan Raya Global 2023 (GRAA 2023) Auto Terkini Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya Malaysia (MIROS) International Road Federation (IRF) MIROS PLUS Malaysia Berhad (PLUS)
Syafie

Dari 'Negeri Bawah Bayu' membawa semangat ke 'Negeri Jelapang Padi'. Walaupun jauh merantau, Gunung Kinabalu dan Jambatan Tamparuli tetap di hati. Jalan Terus!

Artikel Berkaitan

Auto Terkini

Syarikat Penerbangan Asia Mula Naikkan Harga Tiket

10/03/2026
Roda4

Porsche Pertimbang Satukan Model Taycan dan Panamera

10/03/2026
Auto Terkini

Chery TIGGO 7 Raih Empat Penarafan Keselamatan Lima Bintang Global

10/03/2026
Auto Terkini

JPJ Bakal Guna Dron Teknologi Tinggi Dalam Ops Hari Raya Aidilfitri

10/03/2026
Leave A Reply Cancel Reply

  • Facebook 397K
  • Instagram 194K
  • YouTube 589K
  • TikTok 992K
  • Threads
Pilihan Ramai Minggu Ini
Aveta Bellagio 125
Roda2

Aveta Bellagio 125 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM6,998!

By Syafie05/03/2026
Aveta Viper 180
Roda2

Aveta Viper 180 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM8,998!

By Syafie05/03/2026
CFMoto Papio Racer 2026
Roda2

‘Fun Bike’ 126cc Gaya Lumba, CFMoto Papio Racer 2026 Tiba di Malaysia!

By Shazwan Hisam06/03/2026
Mforce sedang bangunkan model konsep Skuchai
Roda2

Mforce Labur RM10 Juta Bangunkan Konsep Motosikal Baharu ‘Skuchai’

By Shazwan Hisam06/03/2026
Mitsubishi Triton Championship Edition 2026
Trak dan Lori

Mitsubishi Triton ‘Championship Edition’ 2026 Diperkenal, Harga Mula RM155.9k!

By Syafie06/03/2026
Autotainment

#TahukahAnda: Selamatkah Memandu dengan Tayar Donat? Bolehkah Dipandu Laju?

By Han Othman08/03/20261
KTMB tambah tren untuk balik raya Aidilfitri 2026
Auto Terkini

KTMB Tambah 26 Tren Khas Raya 2026, Lebih 8,000 Tempat Duduk Sehari

By Shazwan Hisam03/03/2026
Moto Morini Alltrhike 450
Roda2

Moto Morini Alltrhike 450 Lancar di Malaysia, Harga RM28,888

By Shazwan Hisam06/03/2026
PanduLaju.com.my
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
© 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)

Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.