Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Autotainment»Siapakah Memandai Buat Syarat Lampu Signal Capang? Kerajaankah, Freemasonkah?
Autotainment

Siapakah Memandai Buat Syarat Lampu Signal Capang? Kerajaankah, Freemasonkah?

AryonBy Aryon15/08/202011 Comments
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


MASIH ramai lagi yang bertanya pasal hal ‘signal capang’. Ada yang memaki, ada yang keliru, ada yang buntu dan ada yang salahkan Kerajaan dan Freemason serta macam-macam hal lain yang memang di luar pemikiran logika. Akhirnya terpaksalah kami buat satu artikel khas untuk memberikan penjelasan lanjut, sekali gus menjawab segala kemusykilan yang bersarang dalam hati semua pembaca tercinta.

Diharapkan selepas ini masing-masing dapat faham sejelas-jelasnya tentang sebab kenapa lampu signal motosikal di Malaysia mesti dicapangkan, dan kenapa tidak Vietnam, Indonesia, dan Filipina.

BACA >>> KPDNHEP Cakap Skim ‘Zero Downpayment’ Tidak Sah Ikut Undang-Undang, Tetapi…

Kepada yang tinggal dalam gua, atau pembaca luar Malaysia yang mungkin tersinggah ke laman web ini dan hairan tentang istilah ‘signal capang’ (yang mungkin diterjemahkan sebagai ‘protruding signal’ ), sukacita kami menjelaskan bahawa maksudnya ialah lampu signal belok yang dipisahkan jauh dari lampu utama (depan) dan lampu belakang.

Sebelum ini, lampu signal, terutama lampu belakang boleh digabungkan bersama seperti gambar Yamaha Ego LC di bawah ini.

Namun peraturan atau homologasi terbaharu menetapkan jarak tertentu untuk lampu signal motosikal iaitu:

  • Lampu signal depan – jarak minimum 240mm antara nyalaan lampu signal kiri dan kanan.
  • Lampu signal belakang – jarak minima 180mm antara nyalaan lampu signal kiri dan kanan.

Hal homologasi ini pula terbahagi kepada dua kategori, iaitu penguatkuasaan peringkat domestik dan antarabangsa. Contoh homologasi domestik paling mudah difahami ialah undang-undang ‘Doble Plaka’ yang baru dikuatkuasakan di Filipina yang mensyaratkan semua motosikal negara itu dipasangkan nombor plat bersaiz gergasi. Ataupun boleh jadi sesebuah negara mewajibkan penunggang motosikal memakai jaket kuning.

BACA >>> Presiden Duterte Lulus ‘Doble Plaka’, Semua Motor Wajib Pasang Nombor Plat Gergasi!

Homologasi kedua pula peringkat antarabangsa, dengan merujuk regulasi kenderaan di bawah Suruhanjaya Ekonomi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu untuk Eropah (UNECE). Sebagai makluman, lampu signal capang ialah termasuk dalam kategori homologasi kedua ini, berstatus global. Bukan sesuka hati dibuat Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ). Malah banyak peraturan kelulusan jenis kenderaan (VTA) kita memang sudah sedia mengikut regulasi UNECE seperti syarat emisi.

KENAPA NAK KENA CAPANG?

Objektifnya, supaya negara-negara anggota yang bersekutu di bawah Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dapat menghasilkan atau menjual kenderaan yang lebih selamat dan mesra alam untuk umat manusia.

Jadi terma ‘signal capang’ ini turut terpakai untuk motosikal di Eropah dan Australia. Bezanya, penampakan ‘capang’ pada motosikal tidak begitu ketara kerana segmen moped di sana bertumpu kepada skuter yang sudahpun siap dijarakkan lampu signal depan dan belakang. Nak jelas lagi, cuba tengok barisan produk sportbike Yamaha Australia ini.

Sebaliknya, bukan semua negara jiran Asean bersetuju dengan regulasi baharu UNECE seperti Indonesia, Vietnam dan Filipina. Thailand pula baru saja mahu mematuhi regulasi tersebut bermula 2018.

Dek regulasi UNECE itulah terjadikan bentuk lampu ‘signal capang’ seperti mana yang kita kenal hari ini. Dan foto di bawah ini pula akan menjelaskan sebab kenapa Honda RS150R pasang signal capang di depan, dan tidak untuk Yamaha Y15ZR. Sebabnya, jaraknya tidak cukup syarat. Kesiankan?

KESIMPULAN

Apapun bersabarlah, regulasi baharu ini lambat laun akan mengubah konsep rekabentuk kapcai akan datang. Pengeluar pasti akan cuba mengharmonikan bentuk kecapangan (betul ke ayat ni?) lampu signal produk masing-masing supaya tidak nampak pelik dan janggal supaya dapat terus menarik minat pembeli.

Trend sentiasa berubah, begitu juga peraturan keselamatan dan undang-undang. Asalkan membawa manfaat dan untuk keselamatan bersama, sudah-sudahlah kita bertengkar pasal hal signal capang ni. Ngam?

BACA >>> Marsyal Konvoi Tiada Kuasa Kawal Trafik, Boleh Kena Tindakan Undang-Undang

Mungkin ada juga tertanya, kenapa sibuk sangat nak ikut undang-undang PBB ni? Indonesia, Vietnam dan Filipina tak kecoh sangat pun. Pasal hal ini, kami mungkin kena buat satu artikel baharu. Nanti panjang pula jadinya nak kena baca.

autotainment Lampu Signal lampu signal belok Lampu Signal Capang motosikal roda2 Signal Capang UNECE
Aryon

    Artikel Berkaitan

    Mforce lancar tiga model Morbidelli baharu - C252V, SC200SR dan Vizy 125
    Roda2

    #MBS2026: Mforce Lancar Tiga Model Morbidelli Baharu – C252V, SC200SR dan Vizy 125, Harga Mula RM4,988

    09/06/2026
    Pemeriksaan Kenderaan Sukarela (VVI)
    Tahukah Anda

    #TahukahAnda: Lulus MV15 Puspakom Belum Tentu Selamat? Anda Mungkin Kena Buat Pemeriksaan Khas B2

    08/06/2026
    Roda2

    Yamaha XMAX ABS 2026 Jepun Terima Dua Warna Baharu, Harga 737k Yen (RM18.4k)

    08/06/2026
    Moto Morini C3 1/2 Sport dan Rumble 350 previu di Malaysia Bike Show (MBS) 2026 yang berlangsung di Tapak Ekspo Pertanian Serdang Malaysia (MAEPS), Selangor.
    Roda2

    #MBS2026: Moto Morini Rasmi Previu C3 1/2 Sport, Rumble 350 di Malaysia

    03/06/2026

    11 Comments

    1. MaryazlanBinMaarof on 23/03/2019 12:45

      Ejaan silap tu diatas.
      ‘protuding’ sepatutnya, bukan ‘protruding’. Didalam perenggan yg ketiga.
      PisYaw.

      Reply
      • AO on 25/03/2019 14:54

        Memang ‘protruding’, BUKAN ‘protuding’

        http://prpm.dbp.gov.my/Cari1?keyword=protruding

        Reply
      • ,arsehole ke asshole on 08/12/2019 09:44

        lol memang ejaan dia protruding sir btw

        Reply
      • Zulfahmi Zahari on 09/12/2019 17:09

        Betul lah ‘protRuding’, bang…
        Mna ada ‘protuding’?

        Reply
    2. Ali on 27/08/2019 18:16

      Signal capang klau tak bagi signal pun x guna jugak haha

      Reply
    3. Aura19 on 07/12/2019 11:15

      Spesis B*B* memang xkan bgi signal bro apa nak heran

      Reply
      • Cik-keding on 14/12/2019 03:56

        Ada juga yg bagi syarat kanan tapi belok ke kiri. Haha itu spesis gila B*bi

        Reply
    4. Awang on 09/07/2020 17:32

      Signal capang aku ni baru patah. Signal capang ni senang patah sbb dia capangkan. Lagi satu dia punya btg tu x tahan, kena panas ujan reput la capang tu

      Reply
    5. Zack on 30/11/2020 16:00

      Zaman dulu dah ada benda ni. La ni datang balik.

      Reply
    6. zam on 28/05/2021 01:18

      agak² kalo bukak capang yg patah tu, mod lampu led kat sebelah lampu blakang tu buleh dak? hahaha, lepas rasanya jarak 180mm dia tu. sakit hati plak, asik tersepak jer. muto lain yg xde capang tu ok jer x kena saman.

      Reply
    7. phatcat on 09/05/2022 21:31

      3 tahun selepas artikel ini ditulis masih wujud capang yang buruk seperti Suzuki Raider R150 FI yang baru dilancarkan pada quarter pertama tahun 2022. Siapakah lahanat yang bersetuju capang dipakai di Malaysia. Kalau anti-capangers satu Malaysia luku kepala dia, bengkak kepala macam bola basketball.

      Reply
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Roda2

    #MBS2026: Cyclone Lancar Dua Skuter Baharu – RT25 dan RT5, Harga Mula RM13,888

    By Syafie09/06/2026
    Mforce lancar tiga model Morbidelli baharu - C252V, SC200SR dan Vizy 125
    Roda2

    #MBS2026: Mforce Lancar Tiga Model Morbidelli Baharu – C252V, SC200SR dan Vizy 125, Harga Mula RM4,988

    By Syafie09/06/2026
    Roda2

    #MBS2026: ARIIC Lancar Dua Skuter Baharu – Touch dan GOBI, Harga Mula RM13,688

    By Syafie09/06/2026
    Roda2

    Yamaha XMAX ABS 2026 Jepun Terima Dua Warna Baharu, Harga 737k Yen (RM18.4k)

    By Abang Hirata08/06/2026
    Roda4

    Toyota Alphard, Vellfire 2026 Diperkenal di Jepun dengan Varian Baharu, Harga Mula RM141k

    By Abang Hirata11/06/2026
    Auto Terkini

    Chery Malaysia Rai Tiga Tahun dengan Harga ‘Durian Runtuh’: Tiggo Cross Kini Serendah RM80,800

    By Han Othman09/06/2026
    Roda2

    #MBS2026: Brixton Lancar 625V, MOUCCA250 di Malaysia, Harga RM12,888, RM26,888

    By Syafie09/06/2026
    PHEV

    #KLIMS2026: Jetour T2 I-DM Dibuka untuk Tempahan di Malaysia, Harga Anggaran RM168,888

    By Syafie12/06/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.