• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Automotif Telus dan Tulus

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Shawn Lee Terus Mengganas, Shukri Yahya Terpaksa Akur di Tempat Kedua

Shawn Lee Terus Mengganas, Shukri Yahya Terpaksa Akur di Tempat Kedua

January 20, 2018 By Abang GYL Leave a Comment

FacebookTwitter

Toyota Gazoo Racing Johor BahruPERMBUKAAN festival Toyota Gazoo Racing (TGR) yang berlangsung di Medini City, Johor Bahru berlangsung meriah dengan ribuan pengunjung dan pelbagai acara menarik.

Walaupun hujan turun lebat pada sebelah petang, semua pelumba dalam tiga kelas perlumbaan Vios Challenge mempamerkan aksi-aksi menarik. Berbanding perlumbaan sebelum ini, litar di Medini City adalah lebih lebar dan pantas. Ini membolehkan pelumba merasai kuasa dan keupayaan jentera masing-masing.

Toyota Gazoo Racing Johor BahruBagi kelas Promotional, perlumbaan dimulakan dengan Shawn Lee, Shukri Yahaya dan Danny Koo. Ketika Shawn dan Shukri bersaing sengit untuk merebut tempat pertama dan kedua, nasib Danny Khoo tidak sebaik perlumbaan terdahulu.

Danny Khoo yang sebelum ini berada di tempat ketiga dikenakan penalti kerana melanggar Diana Danielle. Akibat pelanggaran tersebut, Diana yang bermula dengan baik dan berjaya memintas Danny terpaksa menarik diri dari perlumbaan akibat kerosakan jentera. Manakala Fattah Amin berada di kedudukan ketiga.

Toyota Gazoo Racing Johor BahruKATEGORI SPORTING

Manakala kategori Sporting pula menyaksikan Wong Chin Eeg dari Hiewa Racing Team muncul juara dan meninggalkan Brendan Paul Anthony (Dream Chaser) di kedudukan ketiga. Tempat ketiga pula menjadi milik Kenneth Koh Keik Lun dari Panglima City Rqacing Team.

BACA >>> 7 Sebab Kenapa Anda Wajib Turun Festival Perlumbaan Toyota Gazoo Racing di JB

Toyota Gazoo Racing Johor BahruKATEGORI SUPER SPORTING – PENUH AKSI

Dalam pada itu, kategori Super Sporting berlangsung dengan penuh dramatik dengan menyaksikan beberapa pelanggaran. Terpaksa beraksi dalam keadaan litar basah, Ho Wil Liam dinobatkan sebagai juara bagi pusingan pertama dengan menamatkan perlumbaan dengan catatan masa 30 minit dan 35 saat.

Tempat kedua pula jadi miliki Wong Yew Choong dari ST Wangan Racing Team fan diikuti dengan Syafiq Ali (M7 Racing Team) di kedudukan ketiga.

Pusingan kedua bakal berlangsung petang ini dan sekiranya anda berada di sekitar kawasan Johor Bahru, jom ke Toyota Gazoo Racing di Medini City sekarang. Macam-macam aktiviti menarik ada!

GALERI

 

FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: Brendan Paul Anthony, Diana Danielle, Fattah Amin, festival Toyota Gazoo Racing, Ho Wil Liam, Janna Nick, Kenneth Koh Keik Lun, M7, M7 Racing team, Shawn Lee, Shukri Yahaya, Syafiq Ali, Toyota Gazoo Racing, Toyota Gazoo Racing Johor Bahru, Vios Challenge, Wong Chin Eeg, Wong Yew Choong

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Facebook

PanduLaju.com.my

Pilihan Ramai

  • Perodua Terima Tempahan Kenderaan Lebih 25k Unit Sehari!
    Perodua Terima Tempahan Kenderaan Lebih 25k Unit Sehari!
  • Penunggang Bawah 400cc Mula Guna Lebuhraya CCLEX di Filipina, Tol RM4.80
    Penunggang Bawah 400cc Mula Guna Lebuhraya CCLEX di Filipina, Tol RM4.80
  • 34 Motosikal Rosak Terbakar di PPR Kg Muhibbah, Polis Syak Unsur Khianat
    34 Motosikal Rosak Terbakar di PPR Kg Muhibbah, Polis Syak Unsur Khianat
  • Proton Perkenal Kilang Pemasangan Enjin 1.5 TGDI untuk Model Baharu di Tanjung Malim
    Proton Perkenal Kilang Pemasangan Enjin 1.5 TGDI untuk Model Baharu di Tanjung Malim

PANDU UJI

#PanduUji: Honda HR-V (2022) yang Bakal Jadi SUV Segmen-B Paling Win!!!

 KENDERAAN Utiliti Sukan (SUV) segmen-B dinantikan ramai, Honda HR-V … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Honda Civic FE (2022) yang Sedap Lain Macam!

 SOALAN paling kerap ditanya kepada abang, macam mana Honda Civic FE … [Baca Lagi...]

#TunggangUji: 7 Fakta Asas Aprilia SR GT 200 (2022) Anda Perlu Tahu

APRILIA SR GT 200 (2022) yang diperkenalkan ke Malaysia Jumaat lalu … [Baca Lagi...]

2014 – 2022 © PanduLaju.com.my