• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Automotif Telus dan Tulus

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / “Setakat Saman 10 Ribu, 10 Juta Aku Boleh Bayar!”

"Setakat Saman 10 Ribu, 10 Juta Aku Boleh Bayar!"

August 26, 2020 By Admin Leave a Comment

FacebookTwitter


* Gambar sekadar hiasan

TULISLAH cepat sikit, aku banyak kerja lagi ni. Setakat saman (RM)10 ribu, (RM)10 juta aku boleh bayar."

Begitu samseng sekali kata-kata dilontarkan suspek kepada seorang anggota Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dalam sekatan jalan raya di Jalan Teluk Ketapang, Kuala Nerus, Terengganu.

Kereta BMW dinaiki suspek ditahan JPJ kerana tidak mempamerkan cukai jalan dan menggunakan cermin gelap. Ketika pemandu diberikan penjelasan mengenai kesalahan dilakukan, suspek yang menumpang kereta tersebut keluar dan menghamburkan kata-kata kesat dalam nada tinggi kepada anggota bertugas itu.

BACA >>> Inilah Sebab Kenapa Kerajaan Caj RM5k untuk Cermin Gelap Atas Faktor Keselamatan

Menurut sumber, suspek sempat menghubungi seseorang untuk mengadu mengenai kejadian tersebut, termasuk menolak dan mengeluar kata-kata berbaur ugutan terhadap mangsa.

Suspek cuba ditenangkan pegawai bertugas tetapi tidak dipedulikan, malah nekad menolak mangsa sebelum sempat dihalang pemandu. Suspek kemudian mengajak pemandu meninggalkan lokasi kejadian tanpa mempedulikan notis saman dikeluarkan.

Bimbang dengan keselamatan anggotanya dan mahu menjaga maruah JPJ, pegawai JPJ bertugas itu tampil membuat laporan polis. Laporan berkenaan disahkan Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu, Asisten Komisioner Abdul Rahim Md Din, dan kes disiasat mengikut Seksyen 186 Kanun Keseksaan kerana menghalang tugas penjawat awam.

BACA >>> FAQ: Peraturan Baharu Cermin Gelap 2019 [Edisi Mudah Faham]

SUMBER : BHarian

FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: Asisten Komisioner Abdul Rahim Md Din, auto terkini, Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), JPJ, Suspek BMW Hamun JPJ

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Facebook

Pilihan Ramai

  • #TahukahAnda: Kenapa Kereta Malaysia Ada Lampu Kabus Belakang?
    #TahukahAnda: Kenapa Kereta Malaysia Ada Lampu Kabus Belakang?
  • Hero - Satu-Satunya Syarikat Automotif India Capai 100 Juta Unit Pengeluaran
    Hero - Satu-Satunya Syarikat Automotif India Capai 100 Juta Unit Pengeluaran
  • #TahukahAnda: Halogen, HID dan LED, Apakah Beza Jenis Lampu Utama Kereta Ini?
    #TahukahAnda: Halogen, HID dan LED, Apakah Beza Jenis Lampu Utama Kereta Ini?
  • Honda Winner X 160 Mampu Cabar Yamaha Exciter 155 VVA?
    Honda Winner X 160 Mampu Cabar Yamaha Exciter 155 VVA?

PANDU UJI

#PanduUji: Apa Saya Suka, Kurang Suka Pasal BMW X1 sDrive20i M Sport?

SEKILAS pandang bagi sesetengah orang mungkin menganggap BMW X1 … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Inilah Reviu Jujur Abang Gan Pasal Proton X50!

 ABANG Gan baru saja memandu uji Proton X50 1.5TGD-i Flagship yang … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Hyundai Kona - SUV Jiwa Muda dengan Pakej Teknologi Mantap!

SEBELUM dilancarkan secara rasmi ke pasaran tempatan, saya baru-baru … [Baca Lagi...]

2014 – 2020 © PanduLaju.com.my